Drama Review | Business Proposal (2022)

Friday, 20 May 2022


Director : Park Seon-ho
Writer : Han Seol-hee, Hong Bo-hee
Cast : Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Kim Min-kyu, Seol In-ah, Song Won-Seok, Lee Deok-hwa, Seo Hye-Won, Choi Byung-chan, Kim Kwang-kyu, Lee Ki-young
Production Company : StudioS, Kakao Entertainment, Kross Pictures
Distributors : SBS, Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Episodes : 12 episodes (60 minute per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 5 April 2022
Trailer : 


Drama romantik komedi yang diadaptasikan dari webtoon berjudul The Office Blind Date karya HaeHwa mengisahkan tentang Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) yang menyamar semasa blind date. Rancangan dia mudah, hanya untuk buat calon blind date tersebut reject Jin Young-seo (Seol In-ah) kerana kawan baiknya sejak sekolah menengah tu tak nak berkahwin dengan pilihan bapa (Lee Ki-young). 

Malangnya makin dia tunjuk perangai tak senonoh makin suka Kang Tae-moo (Ahn Hyo-seop) dengan personaliti dia. Di tempat kerja pula dia terpaksa sembunyikan diri bila Kang Tae Moo adalah presiden baru di syarikat Go Food dan sentiasa pantau jabatan Ha-ri bekerja kerana penyelidikan dan proposal yang bagus. 


Dalam masa yang sama Young-seo pula jatuh cinta dengan Cha Sung-hoon (Kim Min-kyu), setiausaha peribadi Kang Tae-Moo. Walaupun suka samaa suka tapi Young-seo geram bila Tae-Moo selalu kacau waktu peribadi sampai masa mereka Bersama agak terhad. 

Walaupun naskhah Business Proposal ni santai dan ringan tapi jalan ceritanya sarat dengan perencah yang bagus untuk sesebuah drama menjadi menarik. Banyak momen kelakar antara watak Kang Tae-moo dan Shin Ha-ri baik di pejabat ataupun masa menyamar sebagai Yung-seo. Chemistry Ahn Hyo-seop dengan Kim Se-jeong kuat tapi boleh naampak yang Se-jeong usaha lebih sikit untuk kisah cinta diorang. 


‘I have feelings for you, Ms. Shin. And I won't give up. If you reject me, I'll ask you out again and again. Until you finally like me back. Why do you keep making it so hard for me? Why do you keep being nice to me and make me think about you? You make me wonder if it really might work out, even though I know that it never could. Stop liking me. Stop trying to get close to me. What you're worried about will never happen. I promise. So stay by my side.’ – Kang Tae-moo

Pengarah masukkan juga watak ketiga, Min-woo (Song Won-Seok) untuk tambahkan range emosi Kang Tae-Moo tapi watak Min-woo terlampau lemah dengan screentime yang pendek. Awalnya nampak macam dia pun suka dengan Ha-ri tapi makin lama dia pun makin keliru dengan perasaan sendiri. Mungkin penulis taknak terperangkap dalam cerita cinta cliché tapi end product tak begitu meyakinkan.


Tak faham kenapa Kang Tae-moo dengan atuk dia, Kang Da-goo (Lee Deok-hwa) tak boleh bezakan Shin Ha-ri dengan Shin Geum-Hui walaupun bezanya cuma make-up tebal dengan rambut panjang. Kalau tak boleh beza, kenapa tak dari awal lagi Ha-ri buat relaks je dekat pejabat? Kesian atuk tu sampai jatuh terbaring nak masuk tandas punya pasal. 

Suka tengok second pairing, Young-seo dengan Cha Sung-hoon sebab chemistry diorang lebih kuat dan comel. Bukan takat kisah cinta je comel, pelakon pun comel juga. Hopefully diorang boleh jadi lead pairing dalam drama lain. 


Kalau naskhah romantik komedi haruslah sinematografi dia memukau tambah pula drama Business Proposal berlatarkan musim bunga dan musim sejuk jadi banyak lah scene berlatarkan pokok ceri dan salji. Visual effects menambahkan lagi impak pada penceritaan especially scene Young-seo jatuh cinta pandang pertama dengan Cha Sung-hoon. 

Busana yang digunakan untuk watak Ha-ri dan Yong-seo dalam Business Proposal antara tarikan sampingan selain kemewahan set dan props. Music album pun sweet terutamanya lagu Love, Maybe dari MeloMance. 


Overall I have fun watching Business Proposal! Tak pasti ada sequel ke tak gara-gara sambutan hangat lepas ditayangkan. Kalau ada bagus juga sebab boleh tengok second pairing 😊

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

6 comments

  1. auwww..tak tengok lagi cita ni...baca cita fana ni teringat cerita what happen to secretary kim tu...aurahhhhh

    ReplyDelete
  2. Yessss.. antara drama yg paling suka ditonton sehingga tertunggu2 tayangannya. Samalah suka jugak second pairing tu dan harap nanti ada drama yg ambil mereka jadi watak utama. Eh, kita tak suka rambut Tae-Moo masa dia jadik bos, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha samaaaa! Masa dia buat rambut jatuh tutup dahi tu comel sangat!

      Delete
  3. ammi dah tengok cerita ni..perghhh bangga rasa bila cerita yg awak review ammi dah tengok ahhahah...selalu manjang belum tengok je.

    comel Na Ri tu..suka betul tgk muka dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sampai macam tu sekali ek. Comel kan, suka tengok masa dia rambut panjang dengan makeup tebal.

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.