Drama Review | 18 Again (2020)

Friday, 6 May 2022


Director : Ha Byung-hoon
Writer : Ahn Eun-bin, Choi Yi-ryool, Kim Do-yeon
Cast :  Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun, Lee Do-hyun, Choi Bo-min, Hwang In-youp, Ryeoun
Production Company : JTBC Studios
Distributor : JTBC, Netflix, Viu, WeTV, iQiyi
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 16 episodes (67–75 minutes per episode)
Release Date : 21 September 2020 – 10 November 2020
Trailer : 


Drama 18 Again mengisahkan tentang Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) yang kecewa dengan kehidupannya setelah berbelas tahun berkahwin dengan Jung Da-jung (Kim Ha-neul). Zaman remaja dia indah dan mempunyai arah tuju yang jelas. Dia adalah pemain bola keranjang yang bakal mendapat biasiswa dari Hangeuk University namun dia memilih tanggungjawab untuk besarkan anak-anak kembar dia - Hong Si-a (Roh Jeong-eui) dan Hong Si-u (Ryeoun).

Dae-young pergi ke basketball court dan buat satu lontaran jauh dengan hajat yang besar supaya dia boleh kembali ke zaman remaja. Hajat dia tercapai tapi bukanlah masa yang berpatah balik cuma fizikalnya saja berubah menjadi muda. Dae-young minta bantuan kawan baik dia, Go Deok-jin (Kim Kang-hyun) untuk sara dia sepanjang kehidupan dia berubah. 


Dae-young (Lee Do-hyun) daftar masuk di sekolah yang sama dengan si kembar dan tahu banyak perkara yang berlaku dalam hidup anak-anak dia. Dari perspektif dia sebagai ketua keluarga, Dae-young dah buat yang terbaik untuk sara keluarga tapi pada perspektif anak-anak pula, dia sentiasa sibuk sampai tak ada masa untuk mereka. Da-jung pula anggap diri dia sebagai beban kepada Dae-young dan punca kenapa Dae-young hidup melarat kemudian menyesal berkahwin. 

Remake kepada movie 17 Again (2009) arahan Jason Filardi ni masih mengekalkan plot utama movie tersebut. Baik movie ataupun drama, kedua-duanya dipersembahkan dengan baik dan menghiburkan. Kagum dengan lakonan Lee Do-hyun sebab dia boleh lakonkan watak Dae-young dan padankan tahap lakonan dia dengan Sang-hyun. Cara dia bercakap, cara makan dan lain-lain sampai kita pun rasa diorang berdua memang Dae-young. 


Dah 5 kali tengok Wi Ha-joon berlakon dalam 18 Again, The Chase (2017), Gonjiam : Haunted Asylum (2018), Squid Game (2021) dengan Bad and Crazy (2021) tapi setiap kali tengok lah rasa kagum dengan dia. Mungkin sebab senyuman dia menawan kot. Rasanya dia pun tahu senyuman dia antara kekuatan besar dalam hidup sebab dalam drama ni entah berapa kali dia senyum walaupun kecewa. Watak dia memang sesuai lah untuk stress reliever dalam drama dan konflik keluarga kecil yang dipaparkan ni. Chemistry dia dengan Kim Ha-neul pun meyakinkan baik sebagai kawan baik ataupun kekasih. 


Watak sampingan yang lain pun bagus dalam watak masing-masing. Selain dari plot yang mnarik, barisan pelakon yang kacak pun antara kekuatan drama 18 Again. Happy betul tengok Choi Bo-min, Hwang In-youp dengan Ryeoun. Ditambah dengan sinematografi yang menarik, makin bertambah terpukau lah tengok kehebatan visual masing-masing. 


Tak suka dengan watak Da-jung yang tak pernah puas atau bersyukur dengan usaha Dae-young. Betul lah apa yang Dae-young rungutkan, dia bukannya pergi curang ataupun malas nak buat kerja rumah. Kalau malas pun bersebab lah bila dia dah stress dengan kerja, dimaki customer, ditekan oleh boss sampai dia pilih untuk minum arak. Da-jung cakap tak suka suami dia minum arak tapi dia pun buat benda yang sama. 

Another thing yang I rasa kurang bila pengarah tak tonjolkan sangat watak Si-u sedangkan dia pun anak Da-jung dengan Dae-young, lahir sama-sama dengan Si-a tapi banyak flashback dan babak terarah pada Si-a. Nampak tak seimbang lah dekat situ sebab diorang kembar tapi parents utamakan yang sulung saja walhal si bongsu pun sebahagian dari keluarga juga. 


Walaupun kekurangan yang I pointed out ni mengganggu penceritaan tapi sepanjang tengok drama ni banyak kali jugak lah menangis sebab penceritaan dia buat kita berfikir tentang usaha dan pengorbanan ibu bapa. My mom kahwin muda dan tak sempat habiskan pelajaran pun lepastu dah dapat tanggungjawab besarkan anak. So along the way a lot of frustrations and anger was thrown. 

Sama macam Si-a, I rasa macam beban kepada parents sebab jadi batu penghalang untuk diorang achieve what they supposed to achieve. Tapi bukan salah Si-a jugak sebab tak minta pun lahir ke dunia ni. Da-jung dengan Dae-young ada pilihan untuk gugurkan kalau masing-masing belum bersedia. 


Masa Dae-young bermonolog yang dia benci ayah dia sebab minum alkohol dan abaikan dia masa remaja tapi dia juga buat benda yang sama bila jadi seorang ayah tu memang tepat kena batang hidung sendiri. Dulu menyampah tengok ayah balik marah-marah tapi sekarang bila dah kerja baru faham especially bila awal pagi keluar pergi kerja hadap jam, pergi kerja hadap stress, masa balik kerja pun stress stuck dalam jam. Balik rumah nak rehat tapi kena hadap pulak stress dekat rumah. 


A clear message that I can learn from this drama definitely about appreciate and be grateful. Kadang kita tak nampak effort orang lain untuk bahagiakan kita sebab susah payah orang banyak disimpan supaya tak nampak lemah atau tak nak orang sedih. Satu benda kitab oleh buat cuma appreciate and be kind toward others. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.