Cubaan Pertama Guna Cleansing Balm Obsess

Thursday, 5 May 2022

 

Dah lama nak beli cleansing balm Obsess ni sebab selalu nampak Kak Yana update dekat Instagram dia. Tengok video tu mudah sangat nak bersihkan muka guna cleansing balm. Sebelum ni pakai micellar water dengan kapas muka untuk bersihkan muka. Harga untuk satu unit cleansing balm Obsess dengan kuantiti 15ml ni RM20 exclude postage. 

Ada dua sebab tertarik nak beli Cleansing Balm Obsess ni. Pertama, sebab mudah nak guna. Ambil je cleansing balm kemudian calit dekat muka lepastu gosok sampai makeup keluar. Sambil gosok tu sambil buat urutan muka macam cuci muka. 


Keduanya, sebab jimat ruang. Saiz cleansing balm ni kecil jadi mudah sangat nak bawa pergi ke mana-mana. Selalunya guna heavy makeup bila ada event dekat office jadi mudah la nak bawa cleansing balm ni ke pejabat. Sekaligus tambah lagi satu sebab bila tak perlu risau pasal cotton pad. Bila guna micellar water mesti kena ada kapas muka tapi bila habis mula lah resah sebab tisu agak kasar permukaan dia. Boleh je nak guna tapi tak syok lah. Bila guna cleansing balm ni guna jari je. 

Jimat pun ye jugak sebab tak payah habiskan duit beli kapas muka. Sekali cuci muka dari makeup sampai 5 atau 6 kapas muka. Kalau guna waterproof eyeliner atau maskara lagi banyak guna kapas muka. Tapi kalau guna cleansing balm Obsess ni tak payah beria gosok muka untuk tanggalkan makeup pun. Gosok macam cuci muka dengan cleanser tu. 

Mesra alam sekitar pun ye jugak sebab tak perlu tambah sampah semata untuk cuci muka. Guna balm dengan air je. Haaa banyak kan alasan menarik untuk beli. Ni pandangan I sendiri lah sebab I sebolehnya nak kurangkan barang memandangkan handbag kecil dan malas nak angkut banyak benda. 


Bahan yang digunakan dalam Cleansing Balm Obsess adalah bahan semulajadi macam minyak argan (merawat acne), shea butter (melembapkan kulit), chamomile oil (menjana semula kulit), geranium oil (memulihkan kulit) dengan orange peel oil (antibakteria). Kesemua minyak yang ada ni dibekukan dan diproses membentuk cleansing balm yang lebih mudah menanggalkan makeup lagi laju dan lebih efektif dari micellar water. 

Selain dari membersihkan muka dari makeup, cleansing balm Obsess ni boleh menanggalkan blackhead dengan whitehead jugak. Membersihkan muka dari debu dan lebihan minyak pada kulit muka. Sesuai sangat guna cleansing balm Obsess untuk double cleansing sebab minyak akan menarik minyak pada muka. 

At first macam takut jugak kulit muka tak serasi dengan cleansing balm ni sebab tu cuba satu unit dulu. Lepas guna tu rasa lembut dan lembab je muka. Boleh rasa lah yang cleansing balm ni ada low PH sebab kulit tak merah ataupun tegang lepas guna. Masa Raya ni lagi sakan lah guna sampai dah nak habis dah sebab rajin makeup pergi beraya. Balik je terus cuci dengan cleansing balm Obsess. 

Dah habis ni mungkin akan beli lagi lah cleansing balm Obsess ni. Mungkin harga dia agak mahal sikit berbanding micellar water tapi kelebihan dia lebih banyak. Sesuai lah dengan bahan yang digunakan dan kesan pada kulit muka. Berbaloi! 

1 comment

  1. Tak pernah try lagi cleansing balm. Tertarik dekat point mesra alam tu. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.