TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 4
Sunday, 3 April 2022
Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :
Walaupun YG dah pilih siapa yang bakal masuk ke team Treasure tapi dia buat pengumuman mengejut bila dia akan pilih cuma 7 orang sahaja. Pemilihan tersebut dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh para juri. Kesian jugak lah tengok sebab dah dapat tempat tiba-tiba kena rombak balik dalam masa yang singkat.
1.Bang Yedam
2.Watanabe Haruto
3.Kim Junkyu
4.Ha Yoonbin
5.So Junghwan
Ramai yang terkejut Junghwan dipilih untuk masuk ke Treasure sebab masa dalam penilaian bulanan dalam Episod 1, YG cakap dia menari macam amateur. Happy tengok Jeongwoo senyum lebar bila YG pilih Junghwan walaupun dia tak terpilih. Iksan Boys dari dulu memang support each other and improve together.
Memandangkan ada lagi 5 orang trainee yang tak terpilih, YG minta diorang discuss lagu apa untuk perform dalam masa satu jam. 20 minit berlalu sebab nak pilih lagu padahal nak berlatih dance dengan bahagikan part lagi. Sudahnya Seunghoon cadangkan lagu yang semua orang tahu, Love Scenario – iKON. Sebagai iKONIC yang berjaya, Mashiho offer untuk rap sebab dia confident dengan part Bobby.
Terkejut YG bila tengok Jeongwoo rap part B.I dalam lagu tu sebab dia tak tahu Jeongwoo boleh rap selain menyanyi dan menari. Happy lah dia sebab Jeongwoo memang pilihan dia dari awal lagi. Dekat sini boleh nampak lah pendirian YG berubah gara-gara calon pilihan dia tak terpilih. Dia berjaya selamatkan Junghwan tapi bukan Jeongwoo dan Jihoon.
Walaupun terpilih dalam team Treasure, bila balik jumpa dengan trainee lain mula la rabak sebab rasa sedih terpaksa berpecah dengan member lain. Laju je Yoshi tenangkan Haruto sebab dia jaga Haruto dari umur 12 tahun lagi. Bila Yoshi kata member yang lain okay baru lah Haruto berhenti menangis.
21 trainee yang lain ditempatkan di studio dance yang lain sebab diorang ada sesi penilaian yang baru. Semua trainee perlu berlawan 1:1 dengan team Treasure 7. Tapi tak semua akan terpilih, hanya 5 orang sahaja dan untuk terpilih ke pentas, diorang kena buat video tonjolkan bakat khas yang ada. Video tersebut akan dinilai oleh Blackpink.
Kelakar tengok video Asahi sampai Lisa dengan Jennie terkejut sebab muka comel boleh jadi kelakar macam tu. Jennie siap simpan dalam hati dia sebab Asahi comel sangat. Jisoo pula kutuk Jihoon ‘Kids these days are shameless’ padahal dia pun sama je tebal muka timbang botol air guna bahu dekat award show. Comel bila Hyunsuk dapat tahu Blackpink jadi juri sebab dia suka Jennie. Siapa sangka dia dapat join Game Caterer dengan Jennie Blackpink 5 tahun kemudiannya.
Untuk battle 1:1, Treasure 7 dapat peluang untuk pilih lagu apa yang diorang nak perform. Ramai yang pilih untuk buat dance battle dengan Junghwan sebab senang nak kalahkan. YG staff pasang demo lagu Going Crazy untuk naikkan semangat semua trainee masa battle nanti. Treasure 7 dapat perform buat pertama kali lagu yang digubah oleh MILLENIUM dan Future Bounce. Lagu kedua dari Treasure yang menarik untuk stan diorang haha.
Trainee pertama terpilih untuk 1:1 Battle ialah Kim Yeon Gyu dan dia pilih untuk battle dengan Jeongwoo untuk bahagian vokal. Sedih tengok Jeongwoo masa ni sebab dia kecewa kawan baik dia pilih untuk battle dengan dia sedangkan ada Junkyu dengan Yedam.
Battle ni musibat lah jugak sebab Treasure 7 kena pilih sama ada kad Emas ataupun Silver. Kalau dia pilih Emas, keluar keputusan YG then keputusan YG lah muktamadnya. Kalau kad Emas keluar keputusan Treasure Maker yakni 100 orang staff YGE maka ikut lah keputusan tu. Kiranya kalau buat bagus tapi salah pilih terpaksa lah keluar dari Treasure 7.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
tak pernah tengok langsung..ammi baca tapi tak faham konsepnya
ReplyDelete