TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 10

Sunday, 3 April 2022


Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :


Episod terakhir di mana final stage berlangsung untuk menentukan siapa trainee yang dipilih untuk debut dalam idol group Treasure. Pemilihan ahli tetap Treasure 7 adalah berdasarkan jumlah points paling banyak dari 1000 points yang dibahagikan kepada beberapa bahagian :

i. 50% dari markah main producer YG Entertainment, Yang Hyunsuk 
ii. 20% dari pre-online votes yang dikumpul sebelum final stage
iii. 300% lagi dari undian Treasure Makers yang hadir pada malam tersebut


Kumpulan A yang menang di semi-final dalam Episod 9 dapat hadiah dari YG Entertainment dengan set pakaian yang ditaja oleh Adidas. Berbaloi lah usaha diorang practice sehabis baik dan menang undian juga hati juri. 

Staff YG bagitahu 11 orang yang dapat masuk ke final akan bertanding mengikut kategori bakat masing-masing sama ada vokal, rap ataupun tarian. YG buat kejutan sehari sebelum final bila dia pilih dua orang lagi trainee untuk berentap di pentas pusingan akhir. Dah agak dah dia akan tambah lagi trainee sebab Jaehyuk beria nangis depan dia dalam Episod 9. Rugi besar dia kalau dia lepaskan Jaehyuk. 


Lepas persembahan Going Crazy dengan kejutan 2 orang trainee tambahan, pusingan akhir bermula dengan persembahan dari Rapper Line – Lee Byoung Gon, Choi Hyunsuk, Haruto dan Ha Yoon Bin. Rapper Line pilih lagu popular Hit Me – MOBB (Mino WINNER & Bobby iKON).

Persembahan kedua dari Dancer Line – So Junghwan, Jaehyuk, Mashiho, Kim Seung Hun, Park Jihoon dan Kim Doyoung. Team ni paling ramai antara 3 kategori yang dipertandingkan di pentas akhir YG Treasure Box. Dancer Line bawa lagu Earned It – The Weekend & Goosebumps – Travis Scott dengan beberapa dance stunt untuk tambat hati penonton dan juri. 


Persembahan terakhir dari Vocal Line – Kim Junkyu, Bang Yedam dan Park Jeongwoo dengan lagu Last Dance – Big Bang. Masa tengok VT practice diorang rasa happy tengok cikgu vokal menangis terharu bila Jeongwoo boleh hit high note padahal dulu dia yang cakap Jeongwoo tak boleh menyanyi high note. Sekarang Jeongwoo dah confident nak menyanyi high note atas stage. Selain guru vokal, Yedam dengan Junkyu banyak bantu dia untuk improve lepas 11 bulan berlatih di YG Entertainment.
 
Lega selesai perform atas stage, datang lah debaran untuk tentukan siapa yang akan debut dalam Treasure 7. Geram jugak lah YG Treasure Box tak umumkan malam tu tapi umumkan 4 orang saja dari kesemua finalis. Lagi 3 orang ahli akan diumumkan melalui Instagram. I macam mehhhh, penat tengok sampai 10 episod rupanya tergantung. 


Disebabkan malam tu YG cuma boleh pilih 7 orang saja trainee untuk debut dalam Treasure, dia tiba-tiba announce Magnum 6 dengan Park Jihoon sebagai leader untuk Doyoung, Ha Yoonbin, Yoshinori, Mashiho dan Asahi. Mashiho dengan Asahi dapat call dari YG staff untuk datang ke Korea sebab terpilih untuk debut. Yoshi pula dapat call dari Haruto sebab maknae dia insist untuk bagitahu berita gembira ni sendiri. 


Banyak drama masa YGE umumkan Magnum 6 sampai YG buat keputusan untuk gabungkan Magnum 6 dengan Treasure 7 sampai terbentuknya Treasure 13 tapi Ha Yoonbin tarik diri sebab dia rasa dia tak boleh ikut rentak hip-hop yang dibawa oleh YGE. Fast forward to August 2021, Treasure 12 debut dengan lagu Boy dan menang Best Rookie Award. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.