TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 6
Sunday, 3 April 2022
Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :
Walaupun awalnya staff YG Entertainment bagitahu dalam Episod 5 hanya 5 orang trainee saja dapat challenge Treaure 7 tapi YG buat kejutan dengan pilih 2 orang lagi trainee untuk Battle 1:1. Keita dan Jang Yun Seo terpilih untuk challenge Junkyu (vocal) dan Haruto (rap). Tergelak setiap kali Junkyu nyanyi intro lagu Beautiful – Crush sebab Doyoung membahan dalam Treasure Map Season 2.
Agak susah sebenarnya Yun Seo nak challenge Junkyu sebab line distribution tu lebih berpihak kepada Junkyu sebab dia yang decide berapa banyak dia akan nyanyi. Yun Seo pula start dengan part chorus sedangkan part tu dah kena tarik tinggi. Jarang nak tengok orang nyanyi duet tapi penyanyi kedua start dekat bahagian chorus sebab dia kena warm up dulu suara dan bukan terus terjah naik high note. Junkyu bijak dekat strategi lah walaupun nyanyi kedua-duanya bagus.
Kesian Haruto kena compete dengan Keita untuk bahagian rap sebab Keita geng Jepun dan senior dia. Masa tunggu turn untuk battle pun Haruto banyak diam lepastu menangis. But still he did his best untuk lagu OLNL – Oh Yeah. I dah tahu Haruto debut dengan jayanya pun still sedih bila tengok scene ni.
Boleh nampak muka YG terkejut dengan keputusan Treasure Maker padahal Haruto dah bagi mini love masa perform. I syak staff YGE kena marah sebab buat Haruto menangis lepas keputusan keluar. Muka YG sikit pun tak happy dengan keputusan tu. Comel sangat Yoshi panggil Haruto datang dekat dia lepastu comfort Haruto padahal dia pun baru je lepas bersedih sebab kalah.
YG umumkan Treasure 7 akan jadi Treasure 6 dengan barisan Top 3 – Yedam, Junkyu dan Yoonbin. Kesemua 7 orang dibawa ke amusement park tapi lepas puas enjoy, diorang kena pilih singing partner untuk Battle 2:2 pula.
Menyampah tengok Keita yang nak sangat jadi partner Yedam sampai berpura je depan Junkyu padahal Junkyu betul-betul have fun dengan dia. Dah la memang menyampah bila dia happy dapat kalahkan Haruto, lepas tu tengok dia dok menyebut Yedam je dari awal. Masa ni kesian tengok Junghwan sebab tak ada orang pilih dia sebagai partner. Lama dia tunggu dekat amusement park tu.
Sementara Treasure 7 pilih singing partner dekat amusement park, 21 orang trainee yang lain pilih singing partner dekat dalam dewan bangunan YG Entertainment. Sama macam Junghwan, sedih juga tengok Jaehyuk sebab tak ada orang pilih dia sebagai singing partner. Sebab tu setiap kali tengok Treasure Map Episod 13 tu rasa happy bila semua Treasure member pilih Jaehyuk untuk jadi partner.
Lepas dah settle pilih partner untuk Battle 2:2, setiap unit kena buat video assessment dan WINNER akan pilih siapa yang dapat berentap dengan Treasure 6 dekat stage nanti. Yang tak terpilih akan berlawan dengan partner masing-masing. Menangis tengok Yoshi dengan Mahiro bila dapat tahu peraturan tu sebab diorang berkawan dari sekolah rendah lagi. Terpilih jadi trainee dekat YG Japan tiba-tiba kena compete with each other.
‘We went out to have fun together and we were together for the laughs. We’ve been friends who practiced together, so it breaks my heart to compete against him.’ – Yoshinori
Performance diorang paling sedih sebab siapa yang kalah akan balik ke YG Jepun malam tu jugak. Semua geng Jepun menangis tengok sebab diorang tahu Yoshi dengan Mahiro kawan baik. I happy Yoshi dapat debut tapi cara dia masuk tu kejam sangat. Menyampah tengok survival show sebab benda macam ni lah.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aduh!! Part yang last tu sedihnya.. kena berentap dengan rakan baik sendiri..
ReplyDelete