Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :
Intro Episod 7 dimulakan dengan performance Treasure 6 dengan lagu Going Crazy yang digubah khas oleh Future Bounce dan MILLENIUM. Rasa janggal betul bila tak ada suara Haruto dalam lagu tu. Hyunsuk jelaous tengok Treasure 6 perform atas stage. No wonder lah dia happy everytime perform lagu Going Crazy especially dalam emoji version dekat Youtube acc Treasure.
Untuk Battle 2:2 ni, YG bawa 100 orang Treasure Maker secara online untuk undi persembahan yang bagus pada malam tersebut. Challenger unit pertama yang dipilih oleh WINNER ialah Seunghun x Byeong Gon dan mereka pilih untuk lawan dengan Yeon Gue x Yoon Bin.
Antara 3 unit dalam Treasure 6, Yeon Gue x Yoon Bin yang paling muda dan senang untuk dikalahkan. Fakta ni bagi pressure pada Yeon Gue untuk nyanyi part dia dalam lagu Woo Ah – Crush tapi vocal trainer bagi semangat supaya jangan give up sebab sayang lah kalau performance dia teruk just because mentaliti dia terganggu padahal dia boleh buat jauh lebih baik dari rehearsal.
Challenger kedua ialah Kim Do Young x Kil Do Hwan dan mereka berdua buat keputusan mengejutkan semua trainee sebab pilih untuk berentap dengan Bang Yedam x Keita bila semua orang tahu Yedam bagus dengan vokal. Do Hwan dah cuak dengan keputusan Doyoung sebab dia baru lagi dan belum cukup experience macam Yedam. Dari YGTB lagi Doyoung sejenis yang unexpected, no wonder lah YG pilih dia untuk masuk dalam Treasure.
‘It doesn’t matter who we compete. We are confident to face any unit.’ – Doyoung
Walaupun YG bagi kritikan pedas untuk performance Kim Do Young x Kil Do Hwan tapi Doyoung tetap semangat nak terus challenge Yedam. Jawapan dia buat ramai trainee kagum sebab tak ramai yang berani nak lawan Yedam sebab tahu akan kalah.
Unit terakhir ialah Haruto x Park Jeongwoo dan akan berlawan dengan unit Junkyu x Mashiho. Tak sabar nak tengok performance masing-masing sebab keempat trainee berjaya debut dalam Treasure. Performance Junkyu dengan Mashiho pun antara video yang famous dekat TikTok sebab Mashiho menangis bila tak dapat buat back flip. Mungkin sebab dia nervous sebab dua kali cuba tapi gagal. Junkyu pun trauma sebab dia rasa bersalah bila dia assume dia punca Mashiho gagal. Sweet bila tengok Jihoon tenangkan Junkyu masa ni.
Happy tengok performance unit Haruto x Jeongwoo dengan lagu Oh Yeah – Top & G.D Big Bang feat Park Bom 2NE1. Siapa sangka unit ni boleh cipta gabungan suara yang harmoni dan mempunyai dinamik yang tinggi. Suara garau dan low note Haruto bergabung dengan suara merdu Jeongwoo. Bukan takat YG enjoy layan performance diorang, trainee lain pun happy tengok performance Haruto x Jeongwoo. Dalam YG Treasure Box, diorang perform Oh Yeah, lepas debut diorang cover lagu Stack It Up – Liam Payne. One of my favorite cover song. Thanks YG for this unit!
Lepas habis Battle 2:2, bersambung pula dengan 1:1 elimination performance. Jihoon dengan Wang Jyun Hao mulakan persembahan dengan lagu Ko Ko Bop – EXO. Jihoon nampak handsome betul dengan fashion style oppa Korea. Hairstyle dia on point, makeup minimal tapi terserlah betul kekacakan tu. Walaupun Jyun Hao handsome tapi dia tetap menawan atas stage. Mungkin sebab dia selesa dengan lagu tu dan confident untuk perform. Idk, he wow me for the whole performance.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.