TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 9

Sunday, 3 April 2022


Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :


Semi-final YG Treasure Box di Episod 8 mempunyai barisan juri dan kehadiran 300 orang Treasure Makers untuk tentukan nasib kesemua trainee dan Treasure 5. Persembahan pertama dari group B dengan lagu Boomerang – Wanna One. Hyunsuk pilih lagu ni sebab Boomerang ada banyak break dance memandangkan kumpulan mereka ramai rappers dan dancers. 

Walaupun banyak dance tapi koreografi yang Hyunsuk buat pun susah juga sampai Jihoon injured masa rehearsal. Hyunsuk rasa bersalah bila kawan baik dia datang dengan kaki berbalut tapi sebab semua nak buat yang terbaik dan kerjasama antara semua pun mantap, group B berjaya perform dengan bagus. 

‘To be honest, your performance was more amazing than I expected! Today I noticed that Choi Hyunsuk is Treasure A for good reason. Taking on the leader role, Choi Hyunsuk led the others well.’ – Yang Hyunsuk


Kumpulan C terbentuk secara paksa lepas kesemua trainee tak dipilih oleh Hyunsuk dengan Byeong Gon dalam Episod 8 tapi sebenarnya okay jugak Junghwan masuk Kumpulan C sebab dia dengan Jaehyuk ada personaliti yang fleksibel. Pergi mana pun boleh adapt dengan baik dan boleh influence yang lain. 

Masa pemilihan lagu pun terpaksa ambil lagu yang semua orang takut nak bawa which is Growl – EXO sebab lagu tu banyak falsetto. Teknik ni kena ambil masa yang lama untuk buat kalau tak ada bakat menyanyi sebab tu Kumpulan C cuak sebab diorang semua baru lagi masuk YGE sebagai trainee. Cikgu vokal pun sampai buntu nak ajar macam mana supaya Kumpulan C boleh pastikan diorang perform dengan bagus masa semi-final nanti. 


‘Hmmm how do I fix this? Do you guys like when they’re singing the chorus part? You have to be honest with me. Don’t think about feelings getting hurt. Your team performance might not get to stage it. This is how serious this is. It’s like kids are playing around.’

Jaehyuk sampai menangis dalam tandas sebab pressured kena tegur banyak kali dengan trainer vokal dan dance. Buat banyak kali pun tetap salah sampai dia rasa dia jadi beban dekat Kumpulan C. No wonder lah masa Treasure Map Episod 4 (2020), dia termenung bawah tangga persoalkan kenapa banyak sangat competition dekat dunia ni. Nasib baik semua trainer minta dia belajar personal dengan diorang. Dekat situ sebenarnya boleh nampak yang YGE tak nak buang Jaehyuk. YG dah pesan dekat awal program lagi dia nak visual genius dan Jaehyuk adalah calon utama selain Haruto. Masa Kumpulan C perform boleh nampak YG senyum lebar kemain. 


Habis semua kumpulan buat persembahan, tiba masanya untuk YG umumkan trainee mana yang akan ke final stage. Kumpulan yang menang tempat pertama akan selamat dari tersingkir, kumpulan di tempat kedua akan singkirkan dua orang, manakala kumpulan di tempat ketiga akan mara ke pusingan akhir dengan dua orang dan Kumpulan C hanya seorang sahaja. 


Masa nak pilih dari Kumpulan C tu boleh nampak YG berat nak umumkan siapa yang dapat pergi ke final sebab dua orang trainee tu dia nampak potential dan perfect sebagai idol. Dekat situ boleh nampak kenapa Treasure 5 berubah jadi Treasure 7 lepastu jadi Treasure 13. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.