Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :
Sambungan dari sesi penilaian bulanan yang pertama, YG buat kejutan dengan bawa 7 orang trainee dari YG Japan. Bertambah pressure trainee sedia ada sebab diorang pun dah 22 orang, kena compete lagi dengan 7 orang untuk rebut 5 tempat untuk debut dalam Treasure.
‘Despite years of training, is that all you guys can do? I’ll tell you what great dancer is. Someone who dances deliciously. Let’s see Treasure J’s performance’ – Yang Hyunsuk
Masa ni amazed dengan performance group Jepun sebab sama level dengan performance iKON dalam survival show WIN : Who Is Next (2013). No wonder lah YG puji melambung performance diorang sebab taste YG memang hip-hop dance dengan teamwork level yang tinggi.
Masa individual assessment, YG minta setiap kumpulan pilih trainee dengan visual A+ sebab YG nak approach cara baru. Kelakar tengok Junkyu duduk dekat sudut merenung nasib sebab dia nervous gila. Berdekah tengok tangan dia menggigil pegang mic masa nyanyi depan YG. Kumpulan B pilih Jang Yun Seo yang mirip muka Minho Shinee manakal Kumpulan C pilih In Seo. Team Jepun minta Haruto jadi wakil. Kemain lebar YG senyum bila nampak Haruto. Kalau YG dah senyum lebar macam tu maksudnya masa depan dah terjamin lah dekat situ. Nak pula bila Haruto ada low note voice yang susah nak jumpa.
So far, Top Big Bang, Jackson Got7 dengan Felix Stray Kids je ada suara dalam macam tu. For sure lah YG takkan lepaskan Haruto untuk debut dalam Treasure. Sembang pasal Jackson, sampai sekarang geleng kepala bila dia pergi audition dekat JYP Entertainment sebab dia ingat Big Bang under JYP padahal Top under YG Entertainment. Kalau tak, Jackson dah debut under iKON haha.
‘Junkyu is good looking but I think I look better than him.’ – Haruto
Lepas penilaian visual, YG beralih ke dance skills kemudiannya rap. Treasure A hantar Hyunsuk tapi YG tak puas hati dengan persembahan Hyunsuk sebab banyak lagi yang dia perlu belajar teutamanya pergerakan badan bila deliver rap. Banyak sangat gesture sampai sebutan tak jelas.
Terakhir sekali penilaian vokal seramai 12 orang trainee. Persaingan yang sengit lah untuk position vokal sebab boleh jadi ada 2 ataupun 3 orang yang akan dipilih.
‘I think Yedam is one of the top. Right? He’s had the most compliments. But someone is becoming a threat. Not from Treasure B, but from Treasure C. 15 years old, Park Jeongwoo.’ – Yang Hyunsuk
Masa sesi pemilihan antara YG dengan staff dekat Episod 1, YG ada cakap yang dia suka dengan Jeongwoo sebab dia nampak Daesung Big Bang masa zaman trainee dulu. Sejam sebelum monthly assessment Yedam dah berdoa taknak compete dengan Jeongwoo sebab skills nyanyian dia bagus. Tup tup YG dah excited nak tengok vocal battle Yedam dengan Jeongwoo. YG siap cakap mesti syok kalau Yedam yang dah 6 tahun jadi trainee dekat YG boleh kalah dengan Jeongwoo yang baru practice 2 hari. Pergghhhh!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.