TV Show Review | Street Alcohol Fighter Season 1 Episode 17 & 18 (2021) 🚨

Sunday, 24 April 2022


Director : Kim Heechul Super Junior
Writer : Kim Heechul Super Junior
Cast :  Seung Yoon, JINU WINNER 
Production Company : jTBC
Distributor : jTBC, STUDIO HOOK Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 20 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 11 November 2021 – 31 March 2022
Video : 


Masa tengah ralit scroll Tik Tok ternampak video Heechul dengan Seung Yoon sembang pasal perbezaan antara YG Entertainment dengan SM Entertainment. Lepastu ternampak pulak video Seung Yoon call Treasure. Bila nampak dua video ni macam menarik pula nak layan full episode. Lama jugak lah nak tunggu dua episod ada English subtitle. 

Variety show Street Alcohol Fighter yang dihoskan oleh Kim Heechul ni adalah program di mana dia akan jemput beberapa tetamu atau idol group untuk lawan minum alkohol sambil bercerita beberapa topik secara santai. Ada juga staff selitkan game yang fun dan mudah untuk Heechul dan tetamu jemputan main. Ada hadiah untuk berapa banyak minuman beralkohol yang berjaya dihabiskan. 


Program Street Alcohol Fighter ni ditaja oleh LG Homebrew craft beer. Terpegun jugak lah bila tengok produk dari LG ni sebab proses dia sama je dengan mesin kopi Aristo ataupun Nescafe Dolce Gusto. Masukkan je kapsul jenis minuman alkohol yang dikehendaki lepastu tunggu minuman tu siap. 

Jarang betul nak nampak YG dengan SM duduk semeja dalam satu show. Business strategy dua talent agency ni berbeza even konsep yang dibawa oleh kedua-duanya pun berbeza. Tapi start tahun lepas YG dah start hantar idol dia ke program SM macam iKON dijemput berkolaborasi buat variety show iKON’s One Summer Night untuk promote applikasi Wavve. Tahun ni WINNER pula dijemput ke program Street Alcohol Fighter. 


‘In fact, even ten years ago, SM and YG being at the same table, if you hear from the seniors, is very surprising.’ – Kim Heechul

WINNER bagitahu diorang jarang minum soju ataupun beer sebab diorang prefer whiskey. Kena sangat dengan style dan gaya diorang yang classy tu lah bak kata Heechul. Jinu kata kalau dia minum soju, dia akan memaki lepastu balik rumah. Masa ni teringat dekat Jinhwan iKON sebab dia suka buat benda pelik bila mabuk. Dia pernah mabuk sampai tidur dekat rumah guard dengan pisau dekat sebelah. JuNe pulak bila mabuk mesti menangis emo sendiri. Bahaya betul kalau iKON datang program ni walaupun semuanya high tolerance dengan alkohol terutamanya DK sebab kalau dia mabuk mesti pecah rahsia YG. 


Bila masuk topik perbezaan YG dengan SM, Heechul bagitahu dia cemburu tengok idol group YGE boleh rest walaupun ada comeback. Tak payah pergi semua music stage untuk promote lagu dan album baru. Pergi Inkigayo ataupun KBS lepastu variety show yang terpilih je ataupun tak ada masalah dengan YG Entertainment. SM pula semua tempat kena pergi lepastu variety show pun pulun siang malam shooting. Belum masuk fan signing ataupun mini show untuk promote lagu baru. 

Benefit bila pulun ni memang lah reach bigger audience dan banyak menang awards tapi badan jadi penat, emosi pun terganggu. Dulu selalu tergelak bila tengok performance Super Junior dekat music show sebab Heechul selalu menari tak ikhlas. 


Dalam masa yang sama boleh nampak lah business strategy YG Entertainment tak sama dengan SM bila idol group YGE banyak tour dan private concerts macam iKON yang kena hantar ke China dan Jepun untuk buat private tour lepastu buat World Tour. Bila buat konsert ni boleh dapat profit tinggi sebab merchandise dengan tiket akan terjual laju. Sekarang lagi syok YGE kutip duit bila buat konsert sebab jualan tiket ada offline dan online. 

Walaupun topik yang dibawa santai je tapi menarik lah nak layan dua episod ni. Banyak jugak lah Heechul promote produk dalam program ni so tak hairan lah program dia ada bajet tinggi sampai boleh panggil idol group dan selebriti terkenal. Alang-alang Heechul dah promote, WINNER pun promote makanan e-mart yang Treasure jadi duta. 


Kelakar tengok Heechul dengan staff Street Alcohol Fighter excited bila WINNER call Treasure. Heechul ajak Treasure datang set dia bila Treasure dah capai had umur untuk minum. Tak lama dah tu sebab Hyunsuk, Jihoon, Junkyu, Yoshi dengan Mashiho dah boleh minum. Tak sabar nak tengok Treasure jumpa Kim Heechul dalam program ni! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.