Planner 2022 Dari Ejen Insurans

Monday, 4 April 2022

 

Sama macam tahun lepas, ejen insurans I bagi planner jugak untuk tahun 2022. Tapi memandangkan Ika duduk Johor Bahru, terpaksa lah hantar lambat sikit. Diaa hantar sendiri sebab plan asalnya nak lepak sekali lepas setahun tak jumpa tapi sebab memasing tak jumpa tarikh sesuai, Ika drop je planner dekat office. 

Masa Ika datang siap tanya selalu minum Starbucks flavor apa. Tapi haihh tak jumpa Starbucks pulak, terpaksa lah dia beli Coffee Bean. Nasib baik lah yang dia beli tu taste better than previous. Mungkin sebab outlet lain kot. ataupun mungkin jugak sebab orang belanja :')


Kalau sebelum ni dapat planner dari Prudential tapi tahun ni berbeza sikit sebab dari 100 Million Agency. Planner dia not bad lah cantik juga sebab guna warna hitam emas. Yang syoknya planner dari Ika mesti ada monthly column macam dalam gambar tu. Senang nak conteng semua aktiviti atau schedule dekat situ. 

Selalunya I isi aktiviti atau plan yang berkaitan dengan blogger atau media event dekat dalam planner ni ataupun personal schedule sebab dekat atas meja kerja dah ada calendar planner untuk schedule office. 


Habis monthly column tu ada ruang untuk conteng macam ni. I prefer macam ni daripada yang restrict ikut tarikh. Kadang tu ikut suka dia nak letak space banyak mana. Buatnya haritu ada banyak benda nak tulis, dah jadi tak syok sebab tak muat. Nampak remeh lah tapi I memang senang rimas benda cenggitu. 

Lagi satu, planner ni jenis ring file. I boleh tambah paper kalau tak cukup sebab dekat Shopee ada banyak kedai stationery yang jual helaian kertas yang ditebuk. Tapi tu sembang kalau I rajin lah. Selalunya tak rajin tapi yang pastinya planner tahun lepas I pakai sampai ke helaian terakhir so tahun ni pun nampak gaya macam tu jugak lah. Thanks Ika for this useful planner :)

3 comments

  1. Rezeki dapat planner free dari ejen insurans

    ReplyDelete
  2. Mmg every year dpt planner free. haha kite kumpul planner

    Hallu Hallu Hallu

    Congratulations!

    https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html

    ReplyDelete
  3. Siap beriben lagi planner nya. Suka jugak planner jenis ring, boleh tambah paper kosong.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.