Director : Lin-Manuel Miranda
Writer : Steven Levenson
Cast : Andrew Garfield, Alexandra Shipp, Vanessa Hudgens, Robin de Jesús, Joshua Henry, Judith Light
Production Companies : Imagine Entertainment, 5000 Broadway Productions
Distributor : Netflix
Genre : Biography / Musical / Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 10 November 2021 (AFI Fest), 12 November 2021 (United States)
Trailer :
Musical drama yang diadaptasikan dari kisah benar seorang composer musikal Broadway, Jonathan Larson (Andrew Garfield) yang berusaha mengejar impian untuk mengadakan persembahan musikal sebelum umurnya mencecah 30 tahun. Explains a lot kenapa tajuk movie ni tick, tick... Boom! bilamana hidup dia sentiasa mengejar sesuatu dan berlumba dengan masa.
Berlatarkan tahun 1990, Jonathan hidup di sebuah apartment berkos rendah dengan tunggakan bil yang melambung. Dia bekerja di diner sementara menunggu panggilan dari mana-mana produser untuk skrip yang dihasilkan. Kawan baik dia, Michael (Robin de Jesús) dah berputus asa dengan dunia lakonan teater dan bekerja di syarikat pengiklanan dengan gaji yang lebih besar dan lumayan. Bukannya dia tak pernah ajak Jonathan tapi passion kawan baiknya sejak kecil tu lebih besar dari kemewahan.
Selain kerjaya dan arah tuju hidupnya, Jonathan juga terpaksa buat keputusan untuk bersama Susan (Alexandra Shipp) ataupun tidak. Dah bertahun Jonathan cuba hasilkan musikal teater tapi tak pernah berjaya dan bertahun tu juga Susan setia di sampingnya. Bila Susan cuba untuk bawa hubungan mereka keluar dari keadaan yang sulit tu, Jonathan pula menolak. Dia tahu skrip Superbia akan tarik perhatian produser. Tapi, bila?
‘Listen. Little advice from someone who’s been in this business a long, long time? On the next one, maybe try writing about what you know. Okay, kiddo?’ – Rosa
Kisah biografi komposer musikal, Jonathan Larson ini diarahkan oleh pelakon teater yang mempersembahkan teater tick, tick.... Boom! pada tahun 2014. Kira impian jadi kenyataan lah untuk Miranda sebab dia terinspirasi dengan skrip teater musikal Rent pada tahun 1997. Dari situ dia nampak minat dan jiwa dia terarah pada teater dan mula bekerja sebagai pelakon teater kemudiannya pengarah filem.
Dari pengalaman dia, Miranda tahu macam mana semangat dan keghairahan Jonathan untuk menjadi pengarah musikal. Zaman 90-an dulu, musikal teater lebih terarah kepada penceritaan yang bersifat fiksyen, cowboy dan futuristik. Lepas Jonathan dapat advice dari Rosa dia cuba tulis skrip tentang kehidupan seharian atau kisah yang berkisar pengalaman dia sendiri. Sebab teater Rent ditayangkan selama 12 tahun.
Andrew Garfield pernah bagitahu yang dia tak pandai menyanyi pun tapi sebab kawan dia recommend dekat produser dan ujibakat dia berjaya pegang watak Jonathan. Frankly speak, suara dia tak lah sedap mana pun dalam movie tick, tick... Boom! kalau nak dibandingkan dengan Roger Bart (Joshua Henry) dan Karessa Johnson (Vanessa Hudgens) tapi keyakinan, semangat, kekecewaan yang dizahirkan dari satu babak kepada babak yang lainnya buatkan I rasa terikat dan faham dengan konflik hidup dia. Pergelutan antara impian dan realiti kehidupan. He essayed the role perfectly.
I always want my passion to turn into something that I can be proud of. Sometimes I rasa macam nak berhenti kerja dan jadi penulis novel tapi berbaloi ke? Sesuatu yang terlalu rapuh dan susah untuk dijangka hasil dia. So instead of jadi penulis novel, I jadi penulis blog dengan buat review. I was attached and feel attacked with “Louder Than Words” song.
‘Why should we try to be our best when we can just get by and still gain?’
Personally I rasa lagu-lagu yang dipersembahkan dalam movie tick, tick.... Boom! ni tak lah sedap didengar atau menarik perhatian macam movie The Greatest Showman (2017) tapi lirik yang terikat dengan penceritaan atau perasaan Jonathan pada masa tu yang jadikan ianya sesuatu yang berkualiti dan mempunyai taksiran sentimental yang tersendiri.
Penceritaan biografi ni bersilih ganti dengan persembahan teater dan flashbacks kehidupan Jonathan tapi peralihan antara kedua susur masa ni tampak menarik dan bersifat straightforward. Walaupun movie musikal dan biografi ni menarik untuk ditonton oleh sesetengah pihak tapi apa yang dipersembahkan agak berbeza dengan realiti kehidupan komposer terkenal ini. Banyak babak atau watak penting yang diubah oleh penulis dan pengarah hanya untuk tambahkan impak pada elemen drama.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.