Movie Review | Pyaar Ka Punchnama (2011)

Saturday, 23 April 2022


Director : Luv Ranjan
Writer : Luv Ranjan
Cast : Kartik Aaryan, Divyendu Sharma, Raayo S. Bakhirta, Sonnalli Seygall, Nushrat Bharucha, Ishita Raj Sharma
Production Company : Wide Frame Pictures, Viacom18 Motion Pictures
Distributor : Viacom18 Motion Pictures, Netflix
Genre : Romantic Comedy
Running Time : 149 minutes
Release Date : 20 May 2011
Trailer :


Dah lama tunggu movie Pyaar Ka Punchnama ni masuk Netflix sebab nak repeat tengok balik lepas bertahun tak tengok. Movie ni antara favorite movie Kartik Aaryan lah sebab dia debut dengan movie ni satu hal, dia famous dan raih perhatian dengan 7 minute dialogue juga dari sini. Dulu tahu pun sebab bersepah dialog dia dekat Tumblr sebab kelakar. 

Pyaar Ka Punchnama mengisahkan 3 orang sahabat karib, Rajat "Rajjo" Mridul (Kartik Aaryan), Nishant "Liquid" Agarwal (Divyendu Sharma) dan Vikrant Chaudhary (Raayo S Bakhirta) yang kesunyian dan berjumpa dengan perempuan yang mengubah hidup mereka bertiga. Bermula dengan Rajjo yang bertemu dengan Neha (Nushrat Bharucha) di sebuah bar. Dari situ mereka berkenalan kemudiannya jatuh cinta dan tinggal bersama. 


Liquid pula senang dengan kehadiran Charu (Ishita Raj Sharma), staf perempuan baru di department tersebut. Tak ambil masa yang lama pun untuk mereka rapat dan menjadi belangkas. Tapi Charu terpaksa tolak confession Liquid sebab dia dah pun mempunyai teman lelaki. Liquid lah tempat untuk dia menghilangkan kesunyian. Antara mereka bertiga, Liquid paling baran tapi bila dengan Charu kemain sopan benar. Sanggup tunggu Charu berjam dekat salon padahal report dia yang perlu dihantar esok tak siap pun lagi. 

Vicky pun sama level je malangnya bila Rhea (Sonnalli Seygall) jenis yang mesra dan tak boleh move on dengan ex-boyfriend. Rhea kata dia tak nak Varun bahayakan nyawa sendiri lepas mereka putus. Terpaksalah Vicky beralah walaupun masa dengan Rhea tak banyak mana pun. 


Naskhah arahan dan penulisan dari Luv Ranjan n imengambil kehidupan nyata tentang anak muda di bandar Mumbai. Zaman ni tengah mencari diri sendiri, desperate nak ada life partner walaupun diri sendiri tak habis enjoy lagi, zaman tengah mencari kerja apa yang sesuai dengan diri sendiri. Semua konflik ni diceritakan dengan baik dalam movie Pyaar Ka Punchnama selama 149 minit. Dialog juga kelakar dan tepat mengena dengan situasi yang dialami setiap watak. 

‘You can’t discuss anything with a woman. Any discussion with a woman is an argument. And you can never win an argument with a woman.’ - Rajjo


Sinematografi dari Sudhir K Choudhary banyak berlatarkan bandar Mumbai yang terarah dengan kesibukan warga kota seharian. Kena lah konsep tu dengan keadaan 3 watak utama sebab sesak dengan pelbagai konflik dalaman. Music album yang dikarang lirik oleh Luv Ranjan tepat menggambarkan beberapa situasi genting macam lagu Ban Gaya Kutta yang muncul setiap kali watak-watak utama dipermainkan seperti boneka oleh partner masing-masing. Tergelak sebab lagu match dengan expression muka masing-masing. 



Nushrat bagitahu dalam interview yang dia agak susah untuk lakonkan watak Neha yang posesif dalam movie Pyaar Ka Punchnama sebab dia tak macam tu, tak pernah jumpa karakter macam tu dan dia pun tak suka dengan watak Neha. Chemistry dia dengan Kartik banyak membantu lakonan tersebut sampaikan kita yang tengok pun rasa lemas dan kesian dekat Rajjo. Hilang terus personal space dia sampai emosi didera macam tu sekali. 


I yang perempuan tak pernah terasa tersindir dengan mana-mana watak yang dipaparkan sebab perempuan macam ni memang wujud. Ambil kesempatan guna kecantikan dan kebaikan jantina lain untuk kesenangan diri. Tak kira lah first time tengok ataupun kali kedua atau ketiga, my views and opinions masih lagi sama tentang movie ni. 

Walaupun jalan cerita menarik tapi disebabkan ramai pelakon baru macam Raayo S. Bakhirta dan Sonnalli Seygall, ada masanya nampak canggung dan try hard. Nasib baik lah screentime diorang sikit jadi tak lah nampak ketara sangat mencacatkan screenplay. 


Walaupun dah 11 tahun diterbitkan tapi movie Pyaar Ka Punchnama masih relevan sampai sekarang sebab gaya penceritaan yang moden dan menarik. Dibikin dengan bajet yang rendah tapi berjaya tarik perhatian ramai sampai menang ETC Bollywood Business Awards 2010 dan ditayangkan di Filem Festival India. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.