Production Company : Bhansali Productions, Pen India Limited
Distributor : Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre : Biographical / Crime / Drama
Running Time : 154 minutes
Release Date :
Trailer :
Diperdaya oleh si suami (Varun Kapoor), Ganga Kathiawadi (Alia Bhatt) dijual kepada mak ayam, Aunty Sheela (Seema Pehwa) sebaik sahaja sampai ke Bombay. Hancur impian dia untuk jadi pelakon Bollywood bila dapat tahu penipuan tersebut. Ramnik Lal bukanlah lelaki asing untuk keluarga Ganga, dia bekerja sebagai akauntan kepada ayah Ganga sebab tu dia dengan mudah percaya bila Ramnik ajak kahwin lari dan tinggal di Bombay.
Nasi sudah pun jadi bubur, Ganga buat keputusan untuk ubah nama dia kepada Gangu dan bekerja sebagai pelacur. Kerana kecantikannya, ramai pelanggan tertarik dan berpuas hati sehinggakan dia jadi pelacur terkenal di rumah merah yang terletak di Kamathipura.
Kawasan tersebut terkenal juga dengan aktiviti dunia kongsi gelap dan kebanyakan pelanggan rumah pelacur milik Aunty Sheela adalah ahli kongsi gelap mahupun mafia. Malang nasib Gangu bila dia dibelasah dan terpaksa menerima 15 jahitan akibat luka panjang dari bahu hingga ke perut. Gangu pergi berjumpa dengan Rahim Lala (Ajay Devgn) untuk minta keadilan kerana luka tersebut dia tak dapat pelanggan.
Dari kejadian tersebut Rahim Lala dan Gangu semakin rapat dan jadi adik angkat don tersebut. Rahim sayang Gangu dan sentiasa tunaikan permintaan Gangu. Rahim Lala didik Gangu untuk jadi wanita yang berani sampai dia digelar Mafia Queen. Kerana dia selalu mempertahankan hak wanita di Kamathipura dan hapuskan sifat dikriminasi terhadap pelacur, Gangubai dipilih sebagai presiden dalam pilihanraya kecil.
Desas-desus mengenai pembikinan filem Gangubai ni bermula sejak tahun 2017 lagi dengan berita Priyanka Chopra sebagai pilihan utama Sanjay Leela Bhansali. Disebabkan masalah jadual, watak tersebut diberikan kepada Alia Bhatt lepas filem Inshallah dibatalkan kerana masalah teknikal. Karan Johar yang mainkan peranan utama untuk pujuk SLB terima Alia sebagai watak utama dengan movie Kalank (2019). Walaupun movie tersebut gagal namun lakonan Alia diberikan pujian.
Tapi nak kata Alia berjaya lakonkan watak Gangubai ni tak lah juga sebab ada masanya lakonan dia bagus dan ada masanya melebih pula. Mungkin saiz fizikal Alia sama dengan Gangubai sebenar tapi tak semestinya menjamin keberkesanan lakonan dia. Boleh kata kebanyakan masanya Alia tampak seperti anak muda dalam persalinan cantik. Scene Alia dengan Raziabai (Vijay Raaz) tu nampak benar tenggelam lakonan Alia. Vijay tapau dia dengan screentime pendek je. Surprisingly, screen presence Vijay lebih mantap berbanding Alia yang portray pelbagai emosi dari awal movie. Sama juga dengan Ajay Devgn dan Jim Sarbh.
Masa jadi pelacur yang dianiaya oleh mak ayam pun Alia yang terpaling cantik sedangkan pelacur lain kelihatan comot sangat. Belum sembang bekas jahitan yang panjang tu boleh sembuh tanpa tinggalkan sedikit pun kesan luka atau parut kekal. Nampak sangat luka tu cuma diwujudkan untuk elemen simpati dan drama.
Set yang dihidupkan oleh Sanjay Leela Bhansali nampak cantik, sama seperti set dalam movie Saawariya (2007) walaupun berlatarkan kawasan pelacuran. Sinematografi dari Sudeep Chatterjee dipaparkan dengan cantik walaupun nampak benar set yang direka untuk movie. Suka tengok scene Gangubai bercinta dengan Afsaan (Shantanu Maheshwari) dengan scene akhir.
Geram dengan SLB sebab tak bagi screentime panjang pun untuk Varun Kapoor supaya nampak watak dia lebih meyakinkan sebagai orang yang dipercayai oleh Gangu. Sayangnya muka handsome tapi tak digunakan sangat padahal movie Gangubai ni movie debut dia. Patutnya kembangkan lagi supaya nampak Gangubai trauma dengan kehadiran lelaki dalam hidup dia sampai sanggup korbankan cinta demi Kamathipura.
Masa tengok filem Gangubai Kathiawardi ada mixed feelings sebab kagum dengan watak Gangubai yang menjaga hak wanita di situ dan beri peluang untuk anak-anak mereka belajar di sekolah. Yang ditipu dan dijual di situ pula diberi peluang untuk keluar dan pulang kepada keluarga masing-masing. Yang sakit dijaga dan diberi rawatan sebaiknya.
Tapi dalam masa yang sama boleh jadi semua perbuatan baik dan persona yang dizahirkan oleh Gangubai ni hanyalah untuk menang tiket presiden untuk pegang kawasan Kamathipura. Bila dia jadi presiden, bertambah mudahlah untuk Rahim Lala guna kawasan tersebut sebagai lubuk penyeludupan. Semua polis di situ pun dapat rasuah dan ganjaran dari dua beradik ni. Makin bertambah kuat rasa skeptikal ni bila movie Gangubai Kathiawadi diadaptasikan dari novel penulisan S. Hussain Zaidi dan Jane Borgers.
Anyway, dari sudut perfileman, Alia Bhatt buat yang terbaik dan berani lakonkan grey character tapi I rasa ada pelakon yang lebih layan sebab lakonan Alia tak meninggalkan impak mendalam pun. Mungkin kerana olahan filem ataupun watak yang tak dikembangkan dengan baik. For one-time watch, not bad lah.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10
setuju dgn review ni. 100%. akak pun rasa sedikit kecewa dgn persembahan aliaa sbg Gangu. mcm tak sampai sangat walau semua orang puji lakonan dia dan filem ni best sangat katanya. boleh dikatakan setiap scene ada aliaa tapiiiiiiiiiii entah la.. mcm ups and down emosinya. watak Ganggu ni terlalu berat utk aliaa. atau filem ni yg datang terlalu awal. entahlah.
but.. yes.. watak Afsaan tu sweet gila. patut dikembangkan watak tu dan cipta lebih banyak konflik antara Ganggu dan Afsaan. Baru la Afsaan terpahat dalam hati penonton. Bukan biar je Ganggu 'buli' Afsaan. Isyyhkk...!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
setuju dgn review ni. 100%. akak pun rasa sedikit kecewa dgn persembahan aliaa sbg Gangu. mcm tak sampai sangat walau semua orang puji lakonan dia dan filem ni best sangat katanya. boleh dikatakan setiap scene ada aliaa tapiiiiiiiiiii entah la.. mcm ups and down emosinya. watak Ganggu ni terlalu berat utk aliaa. atau filem ni yg datang terlalu awal. entahlah.
ReplyDeletebut.. yes.. watak Afsaan tu sweet gila. patut dikembangkan watak tu dan cipta lebih banyak konflik antara Ganggu dan Afsaan. Baru la Afsaan terpahat dalam hati penonton. Bukan biar je Ganggu 'buli' Afsaan. Isyyhkk...!