STRIM 190 PROGRAM ISTIMEWA SEPANJANG SYAWAL DI ASTRO
Filem pendek, ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ daripada pengarah Razaisyam Rashid akan ditayangkan pada 3 Mei di Astro GO
Adaptasi rancangan popular dari Korea Selatan, ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal ditayangkan di Astro Ria pada 20 Mei
Buat pertama kali, Gempak akan menayangkan rancangan ‘#GtheUntoldStory’ secara eksklusif
‘Megaraya Ria’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’ dan ‘The House Kamal & Uqasha’ akan menemui peminat Syawal ini
Azlin Reza Azmi,
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro
Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid 19.
Bersesuaian dengan tema tahun ini, Astro bakal menyajikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan. Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang bakal menampilkan nama-nama popular tanah air, karya throwback ‘terbaik’ serta program kanak-kanak dan animasi.
Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan bermula siaran mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam di Astro WARNA. Program baru ini menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos dan barisan panel seperti Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin dan ramai lagi.
Selain itu, kami turut membawakan filem televisyen terbaru menerusi platform Astro First serta kandungan antarabangsa hebat menerusi Astro Best.
Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di semua platform digital Astro. Menerusi platform radio pula, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga bakal menemani pendengar dan membawakan pelbagai kandungan terbaik di sepanjang Syawal nanti.
Dengan rasa teruja kami mempertontonkan treler kepada iklan filem pendek Raya Astro hasil arahan pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen kami, Nadhir Nasar.
Buat pertama kalinya iklan Raya kami diolah menjadi sebuah filem pendek berdurasi 20 minit yang berjudul ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’.
Filem ini berkisarkan tentang seorang anak muda, yang terkesan dengan penangan pandemik yang kehilangan pekerjaan serta harta benda, dan sarat dengan mesej yang cukup bermakna untuk dijadikan teladan bersama. Gabungan elemen yang dimuatkan dalam Tujuh Hari Di Bawah Matahari, membuatkan plot penceritaan menarik dan kreatif dalam usaha menzahirkan intipati yang ingin disampaikan.
Kita nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro Go pada malam Raya Aidilfitri, 2 Mei pada jam 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 1 Syawal, 3 Mei jam 8.00 malam
KANDUNGAN TELEVISYEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2022
1. Rancangan Hiburan Variasi ’Raya Special’ di Astro Ria akan dimulakan dengan ’Megaraya Ria’ yang bermula siaran dari malam Raya hingga 5 Syawal. Program-program hiburan menarik seperti ’Meletop Raya’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’, ‘Bila Tiba Big Stage Beraya’, program istimewa dari Jakarta terus kerumah anda dalam ‘Tembakan Syawal Bunda Hetty’, ’Konsert Semangat Lebaran Kita’, ’Kisah Seorang Aliff Aziz’, dan program eksklusif menyelami suka duka Shuib dalam ’Semakin Cinta, Shuib’ juga akan menemani penonton sepanjang lima hari pertama bulan Syawal nanti.
2. Kemeriahan di Syawal ini juga akan diriuhkan lagi dengan himpunan rancangan komedi. Bergelak ketawa dengan ‘Sepahtu Al Raya’ selama 7 malam berturut-turut yang akan bersiaran dari malam Raya hingga 6 Syawal di Astro Warna dalam himpunan tujuh episod khas – ‘Konsert Raya Sepahtu’, ’Guntingkan Kesedihanmu’, ‘Warung Sepahtu Raya’, ‘Misteri Kem Motivasi (Hantu Raya)’, ‘Lebaran Perantauan’ dan ‘Sambutan Salah Niat’. Juga di Astro Warna, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia Reunion 2022’, ’MLM Raya:Kampung Pening Lalat’ dan ’Sejenis Raya Reunion’ yang menampilkan barisan pelawak lagenda, Senario, bakal menggeletek hati penonton.
Istimewa buat para peminat program ‘signature’, Astro Warna bakal memperkenalkan program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam. Manakala untuk penggemar program bercorak variasi, Astro Ria akan menyajikan dua buah episod khas ’Romantika Raya’ bersama 2 pasangan selebriti terkenal – Kamal Adli & Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad & Raja Syahiran.
Menerusi Gempak Original Series, Kamal dan Uqasha turut akan membintangi ’The House Kamal & Uqasha’ yang akan memaparkan perjalanan bulan madu mereka ke Kuantan dengan menaiki karavan. The House yang juga ditaja oleh McDonald’s ini akan mula ditayangkan pada 5 Mei di Astro Ria, jam 2.00 petang dengan dua episod pertama ditayangkan secara berturut – turut. Episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria.
3. Sambutan perayaan bulan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa diserikan dengan koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya. Di Astro Ria, penonton akan dapat mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti ’Penunggang Agama 2’, ‘18 Puasa di Kampung Pisang’, ‘Kampung Pisang Muzikal’ dan enam buah telefilem istimewa Syawal berjudul ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ & ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal, jam 10 pagi.
Telefilem-telefilem ini akan dibarisi ramai pelakon popular masa kini seperti Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan, Janna Nick, pasangan popular Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson, juga pelakon veteran seperti Kartina Aziz dan Jalil Hamid. Astro Citra juga tidak ketinggalan menampilkan sebuah telefilem eksklusif berjudul ‘Curi Duit Raya’ pada 5 Syawal.
4. Bagi peminat drama bersiri Melayu, ‘Jangan Menangis Cinta’ & ’Scammer 2’ di Astro Ria, ‘Dendam Seorang Isteri’ di Astro Prima dan ‘Kuasa’ di Astro Citra akan terus setia menemani penonton sehingga ke penghujung musim.
5. Khas untuk penonton-penonton cilik, program animasi dan kanak-kanak di Astro Ceria, ’Megastar Academy’, ’Puteri Kuasa Tiga’, ’Take CTRL’, ’Didi & Friends Raya Song’ dan ’Puteri’ akan menghiburkan adik-adik sepanjang Syawal nanti. Di Astro Warna, ’Lu Fikir La Nabil, TuuDeh..!!’ pula akan ke udara pada 3 Syawal.
6. Di rangkaian saluran antarabangsa, para pelanggan Astro boleh menonton 2 buah filem terbaharu seperti ’The Batman’ dan ’King Richard’ di HBO GO menerusi On Demand. Di saluran PRIMEtime, sebuah rancangan masakan realiti ‘Star vs Food Malaysia - Raya Special’ akan bersiaran pada 7 dan 8 Mei di mana 2 episod ini akan memaparkan gandingan mantap masakan Datin Lisa Surihani bersama Chef Melba Nunis dan Daiyan Trisha bersama Chef Fadzly Che Omar. Sebuah animasi baru untuk kanak-kanak ’The Patrick Star Show’ pula akan muncul di saluran Nickelodeon bermula 23 Mei.
7. Tidak dilupakan, untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua. Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn dan Eli dan program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak juga akan ke udara. Kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena.
KANDUNGAN ASTRO FIRST & ASTRO BEST SEPANJANG SYAWAL 2022
1. Astro First membawakan pelbagai filem terbaharu secara eksklusif ke platform Di Pawagam Rumah Anda khas untuk Aidilfitri ini seperti:
Filem animasi popular tanah air, ’Upin & Ipin Ramadan-Raya’
Filem romantik komedi gandingan MK K-Clique dan Azira Shafinaz iaitu ’Bunga dan Kayu’
Filem oleh Syahmi Sazli berjudul ’35mm’
Filem drama berunsurkan jenayah ’Halimun Malam’
Filem-filem dari Asia yang lain iaitu ’Crayon Sin Chan’, ’Tokyo Revengers’, ’Idiot’, ’Kung Fu Cult Master 1 & 2’ dan ’Cracked’
2. Koleksi antarabangsa menerusi Astro Best di Saluran 481 pula turut membariskan 4 buah filem terbaharu berjudul ‘Moonfall’, ’Uncharted’, ’Marry Me’ dan ’Morbius’ yang boleh dilanggan secara akses awal.
3. Pelanggan Astro boleh menyewa filem-filem Astro First dan Astro Best menerusi Saluran 480 dan 481 serta On Demand.
KANDUNGAN RADIO ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2022
Radio ERA akan memeriahkan Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua ini dengan program ‘Dedikasi Raya ERA’, di mana pendengar setia ERA dapat menzahirkan ucapan kepada keluarga dan rakan-rakan sambil dihiburkan dengan lagu-lagu yang terkini di ERA. Juga di ‘Petang Raya ERA’, artis-artis jemputan khas akan bersama-sama ke udara untuk menyambut hari raya dengan personaliti Petang ERA. Manakala untuk pendengar ERA Sabah, personaliti ERA Sabah akan menghasilkan lagu dan muzik video khas edisi Raya melalui ‘Raya MV’. Pada sebelah malam raya, Sabahan buskers bersama personaliti ERA Sabah akan membuat busking secara ‘live’ di radio dan halaman Facebook ERA Sabah menerusi ‘Busking Live Malam Raya’.
SINAR akan memeriahkan sambutan Aidilfitri ini dengan program ‘Baju Raya DUO’ di mana Elizad dan Hefny akan menyahut cabaran untuk menjahit baju raya dan pendengar akan memilih baju yang mana lebih cantik antara keduanya. Personaliti yang kalah akan menyumbangkan baju raya kepada mereka yang memerlukan untuk digayakan pada Hari Raya. Pada sebelah pagi 1 dan 2 Syawal nanti, peminat boleh menikmati ‘Meriah Raya Pagi di SINAR’, di mana personaliti Pagi Di SINAR akan ditemani artis jemputan.
Peminat-peminat GEGAR pula boleh memenangi seutas rantai emas dengan menyertai program ‘Kilauan Raya GEGAR’. Juga melalui rancangan ‘GEGAR Pagi Istimewa Raya’, personaliti GEGAR Pagi akan beraya sakan bersama Pok Ya Cong Codei dan rakan-rakan, serta personaliti GEGAR yang lain.
Di ZAYAN pula, peminat bertuah akan dipilih untuk menjayakan program maya ‘ZAYAN Marbahan’ bersama personaliti-personaliti ZAYAN. Radio ZAYAN akan turut meraikan ‘ZAYAN Raya Mualaf’, aktiviti berhari raya bersama saudara baharu Islam di bulan Syawal nanti.
KANDUNGAN PLATFORM DIGITAL ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2022
Gempak melalui ’Salam Lebaran Kita’ akan mengumpulkan kompilasi ucapan raya dari semua lapisan masyarakat Malaysia untuk ditujukan kepada orang tersayang dalam bentuk kad raya digital. Setiap ucapan terpilih bukan sahaja bakal dimuat naik menerusi platform Ria X dan Gempak, malah akan turut disiarkan di kesemua saluran Melayu Astro sebagai kapsul selingan. Layari www.astroraya.com.my untuk maklumat lanjut.
Pertama kali secara eksklusif, #GTheUntoldStory membawakan kisah rumah tangga pasangan Sharifah Sakinah dan Michael Hansen sempena kedatangan Syawal kali ini. Pertama kali meraikan lebaran sebagai pasangan suami isteri, Sakinah dan Michael berkongsi luahan hati, kisah-kisah lucu serta tips fitness sepanjang musim perayaan. #GTheUntoldStory istimewa Raya akan dikongsikan pada 1 dan 3 Mei 2022 di www.gempak.com.
Bagi peminat pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose, saksikan ’The House Kamal & Uqasha: The Journey’ yang akan mula bersiaran pada 5 Mei jam 3.00 petang dan episod seterusnya setiap Rabu, jam 10 malam di Astro Gempak. Penonton juga boleh mengintai bibit-bibit manis pasangan ini di belakang tabir sepanjang penggambaran, eksklusif di Gempak.
Seperti tahun sebelumnya, Gempak akan menyajikan filem pendek istimewa raya berjudul ’Mateen & Hadi’ yang akan ditayangkan pada 1 Mei, jam 10.00 pagi dan ’Mizi Take It EZ’, sebuah Travelogue Raya bersama Youtuber Korea yang menetap di Malaysia, Mizi akan bersiaran bermula 3 Mei, jam 12.00 tengah hari di Gempak. Selain itu, sebuah drama 2 episod berjudul ’Julia’s Secret Recipe’ juga akan disiarkan pada 22 Mei, di platform Astro Gempak.
Ria X juga akan membawa penonton untuk meninjau suasana sewaktu di sesi latihan hingga ke bilik solek selebriti popular menerusi ‘Pintu Belakang Raya’ bagi rakaman program ’Big Stage Beraya’ pada 2 Syawal jam 11 pagi. Selain daripada itu, Ria X turut mempersembahkan Cantik Tak? yang bakal bermula pada 20 April. Tutorial make-up ini memeparkan Afifah Nasir, Elfira Loy, Kilafairy, Rita Nadira dan Nadia Brian berkongsi tips-tips persolekan.
Saksikan Cik Man BerOME TV yang sedang ditayangkan menerusi Salam Muslim di mana Cik Man bertanyakan soalan-soalan secara spontan kepada chatters.
IKLAN RAYA ASTRO 2022: ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’
Filem pendek ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi kreatif Naga DDB dan bahagian Pemasaran Astro ini diarahkan oleh pengarah tersohor Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nasar.
Inspirasi penghasilan filem ini lahir dari penerimaan baik penonton kepada corak penceritaan berunsurkan genre ‘Coming-of-Age’ seperti Projek: Anchor SPM. Kebelakangan ini juga, terdapat ramai bakat-bakat muda dan baru telah tampil kehadapan. Walaupun dikekang gemelut pandemik, namun ia tidak sekali pun melunturkan semangat mereka untuk terus berkarya. Naskah filem ini direka khas untuk mencerminkan perjuangan golongan muda hari ini.
Garapan jalan cerita yang diolah untuk filem ini cuba mempamerkan realiti kejerihan ramai kalangan muda di luar sana yang terkesan dari sudut mental dan sosioekonomi di sebabkan oleh pandemik. Namun harapan untuk bangkit membina kehidupan baharu harus disemarakkan kembali. Untuk menerap unsur-unsur budaya popular, trend berbasikal dan penularan jaringan media sosial juga diselitkan sebagai refleksi kepada aliran budaya masyarakat terkini.
Razaisyam Rashid dipilih sebagai pengarah kerana corak dan hasil kerja beliau yang inovatif menepati konsep, tona, nuansa dan tema filem ini. Selain itu, filem ini juga memerlukan pelakon muda yang mampu memberikan penjiwaan kepada watak yang mencabar seiring dengan jalan penceritaan. Nadhir Nasar dipilih sebagai pendukung utama kerana dia merupakan bakat baharu yang berpotensi besar berdasarkan hasil kerja beliau seperti Projek: Anchor SPM dan i-Tanggang. Komposisi gandingan watak pembantu seperti Sherie Merlis, Pekin Ibrahim dan Sean Lee, juga diharap dapat menghidupkan elemen muhibah dan mendekatkan lagi filem ini kepada semua lapisan masyarakat dan generasi.
Oleh kerana ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ mengisahkan tentang kembara perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis, penggambaran telah dilakukan di beberapa lokasi menarik seperti Lumut, Kuala Kangsar, Taiping dan Butterworth bagi mewarnai dan melatari perjalanan filem ini.
ASTRO REWARDS
Dari 11 April - 11 Mei, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian (termasuk tiket penerbangan dan penginapan), tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot dari Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Rewards! Layari astro.com.my/rewardsraya untuk maklumat lanjut.
GO SHOP
Sempena sambutan Hari Raya, kempen ‘Salam Aidilfitri Bersama Go Shop’ menawarkan pelbagai tawaran eksklusif sehingga 31 Mei 2022, seperti ‘Jualan Mega Raya’ di mana para pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga 80% daripada pelbagai pilihan produk di Go Shop untuk persediaan Raya anda.
Para pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’ di aplikasi Go Shop hingga 8 Mei 2022 dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000.
Selain itu, melalui ‘Pemberian RM30 Juta Duit Raya’, pelanggan Go Shop akan menerima RM10 Duit Raya untuk membeli-belah di Go Shop dari 1 Mei hingga 8 Mei.
Sepanjang tempoh kempen, para pelanggan boleh menggunakan kod promo ‘GOSHOP15’ dan ‘GOSHOP35’ dengan syarat pembelian minimum untuk menikmati diskaun sehingga RM50.
Untuk maklumat lanjut, layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.
ASTRO FIBRE
Dapatkan internet fibre (50Mbps), pakej Pek Primary ASTRO, peranti jaringan percuma (bernilai RM129) dan hayati lagu tema Aidilfitri 'One Home One Internet', “Senandung Hari Raya Untukmu” nyanyian oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz apabila anda melanggani Astro Fibre dengan harga RM129 sahaja. Semua pelanggan Astro sedia ada dan baharu boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-7481 3000. Sertai perbualan dalam talian bersama hashtag #wifikencang.
BISNES
Nikmati rancangan-rancangan kegemaran anda di HBO, Disney+ Hotstar, tvN Movies dan lebih 95 saluran bersama keluarga anda tanpa had! Dari 16 Februari - 31 Mei, langgani Astro dari serendah RM94.99 sebulan dan dapatkan 30 hari percuma! Layari astro.com.my (Movies Pack) atau WhatsApp “GET Astro” ke 03 9543 3838 untuk mendapatkan tawaran ini.
Perkhidmatan Multiroom (Smart TV) merupakan langganan kedua yang membolehkan para pelanggan menonton rancangan kegemaran mereka di Astro menerusi televisyen lain, di bilik lain dengan penggunaan TV Pintar tanpa menggunakan Astro Box kini tersedia di pasaran. Muat turun aplikasi Astro pada TV Pintar kedua anda dan sambungkan ke Wi-Fi untuk mulakan penstriman. Perkhidmatan ini tersedia untuk pelanggan Astro pada harga diskaun RM19.99 untuk masa yang terhad. Untuk maklumat lanjut, layari https://product.astro.com.my/multiroom.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astroraya.com.my
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.