Dinner Dengan Menu Sedap Bruce Dumplings, Paradigm Mall

Friday, 8 April 2022


Bahana tau kalau tengok variety show Korea sebab boleh craving benda yang susah nak dapat. Masa layan The sixth Sense, ada mi kuah soya yang terpaling sedap di Korea. Nak pergi Korea memang tak lah kan. Bila belek dekat Grab rupanya dekat Malaysia pun ada jugak. Nampak je restoran dia Muslim Friendly terus book order. 

Dekat Bruce Dumplings ni ada banyak juga lah pilihan mi dan dumpling. Sebab nak hilangkan craving, I pilih set Bean Soup Noodle Dumpling. Dalam set ni ada dua dumpling ayam dan kuah yang obviously lah diperbuat dari kacang soya. Ada teh lemon panas dan salted egg custard bun juga untuk pencuci mulut. 


Mee Tarik dia macam buat sendiri sebab halus dan kenyal, tak macam mi komersial. Bila makan tu rasa sedap kuah kacang soya yang pekat. Makan sampai tunduk muka sebab sedap sangat hirup kuah tu. Menu ni sesuai sangat makan masa musim panas terik sebab ramuan yang digunakan termasuklah cendawan. 


Bun yang dia bagi ni kecil je tapi bila makan dia pecah dalam mulut. Puas hati makan masa panas-panas tapi bahaya jugak lah sebab boleh melecur mulut dan mungkin minta satu lagi padahal restoran ni bagi satu je. T.T

Adik I pun pernah order Spicy Soup Dumplings Noodle dekat sini. Sedap jugak tapi dia punya level pedas boleh mengundang muka merah. Dia sedap tapi pedas, dia sedap tapi pedas know know finish! I dah order banyak kali dekat sini so sesiapa yang nak try mi kuah kacang soya macam mana boleh lah order dekat Bruce Dumplings. Selamat berbuka :)

4 comments

  1. terkejut i ingatkan bruce lee rupanya salah baca..haha
    Selamat menjamu selera :)

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je nasib di luar kawasan

    ReplyDelete
  3. yum yum sedapnya.. gebu betul bun tu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.