TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 22 🏠

Monday, 14 March 2022



Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (22.39 minutes for episode 19)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Episod 22 ni unik sikit sebab Doyoung dengan Yedam buat Dorm Tour ataupun online housewarming. Diorang berdua tak duduk dalam dorm sebab rumah dekat bangunan YG Entertainment so sementara belum debut, Doyoung dengan Yedam duduk dengan family dulu. Lagipun both of them bersekolah lagi. 

Untuk housewarming ni Doyoung dengan Yedam kena ambil selfie dengan setiap member masa diorang tengah nyenyak tidur. Kalau ada member yang terjaga masa diorang berdua masuk bilik, kira diorang berdua fail lah. Untuk member yang sedap diulit mimpi, Doyoung dengan Yedam akan kejut dan bagi mission. Kalau tak berjaya, kena pukul dengan tukul mainan. 


Actually excited nak tengok episod ni sebab nak tengok dorm diorang macam mana je. Masa iKON dulu, dorm memang pack sebab 7 orang berhimpit dalam 1 rumah. Satu bilik sampai 3 orang ataupun tidur dekat sofa di ruang tamu. Masa survival Mix & Match (2014) lagi padat lah sampai 9 orang. 

Treasure pulak kira beruntung lah sebab masa diorang debut, YG dah spend banyak untuk keselesaan diorang. Belum debut lagi dah ada 2 dorm so setiap bilik ada 2 orang je. Tapi nampak sempit sebab YG macam tambah bilik. Dalam bilik mostly muat katil double decker dengan almari baju. Itupun barang-barang Haruto letak dekat luar sebab bilik dia dengan Junkyu ada keyboard dengan meja. 

Junkyu: the highlight spot is my piano
Haruto: you didn't play that anymore


Hyunsuk duduk sorang je tapi bilik dia dah macam stor sebab dia suka kumpul barang. Rantai dia je dah penuh satu almari. Jersey bola dari setiap kelab bolasepak penuh bergantung dekat dinding bilik. Tu belum kasut dia lagi since dia memang suka kasut. Sama perangai dengan Bobby ada 200 pasang kasut dalam bilik masa dia kira dekat dalam iKON TV (2018)

Bilik yang paling kemas, bilik Mashiho, Asahi dengan Yoshi. Nothing to expect pun kan sebab orang Jepun memang pembersih orangnya. Tiga orang ni memang berjiwa seni so dalam bilik penuh dengan karya yang diorang beli ataupun yang diorang hasilkan sendiri. Sebelum ni dah nampak bilik Asahi macam mana dalam Episod 2 masa dia gubah lagu dengan lukis graffiti. Bilik Mashiho kemas walaupun ada banyak koleksi. Artistik betul sampai paper clipper pun boleh buat koleksi. 


Masa dorm tour ni Junkyu bagitahu Yedam hadiahkan dia air purifier, Haruto pulak dapat plushie dari Yedam. Comel betul walhal masa YG Treasure Box dulu semua cuak bila ada Yedam. Cuak bukan sebab Yedam scary ataupun garang tapi sebab Yedam pesaing yang kuat. Lawatan ke semua bilik sama je bila hos kena buka conversation dulu tapi Jihoon dah get ready buat tour dalam bilik dia. No wonder lah Inkigayo ambil dia jadi MC. Petah betul bercakap. Bilik baby Junghwan paling kosong, ada katil, almari baju dengan meja study je. Sekejap je dah selesai tour dalam bilik dia. 


Online housewarming ni ditutup dengan 10 peraturan dalam dorm untuk remind semua member Treasure. Hyunsuk pernah cakap Jeongwoo paling pemalas nak basuh pinggan sampai pernah makan ayam tinggal tulang ayam atas meja dia. Nasib lah Hyunsuk, kalau Jihoon dah makan penumbuk dah buat perangai cenggitu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.