Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Asahi Hamada, Haruto Watanabe, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (21.47 minutes for episode 6)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video :
Back to weekend again lepas penat beraktiviti dalam Episod 4 – 5 sebelum ni. Bila weekend beberapa self cam dengan tripod diberikan kepada Treasure untuk rakam aktiviti harian mereka semua. Minggu ni Mashiho, Asahi, Jihoon dengan Junkyu pergi ke IKEA beli rak kasut. Diorang pergi IKEA naik bas sebab Mashiho tak pernah merasa lagi naik bas di Korea.
Mashiho : We buy and assemble the parts
Junkyu : IKEA is like that?
Jihoon : But I can’t even build Lego
Yedam pula guna masa cuti untuk buat ID baru sebab umur dia dah mencecah 16 tahun. Sebelum hantar borang permohonan, dia pergi ambil gambar saiz passport. Amazed tengok kedai gambar dekat Korea sebab set photoshoot penuh dengan lampu supaya kulit nampak cerah. No wonder lah gambar passport diorang cantik-cantik.
Dekat sini nak tengok muka sendiri masa ambil gambar pun tak boleh. Dekat Korea dekat bahagian depan tu ada cermin besar supaya pose cantik helok je. Kalau ada jerawat ataupun parut dekat muka boleh mintak edit bagi flawless. Sebelum print boleh pilih nak background warna biru langit ataupun warna putih. Jealous tengok gambar passport Yedam sebab cantik je. Submit student ID dengan gambar saiz passport lepas tu dah dapat ID baru. Tak perlu ambil gambar dah dekat situ.
Tengahari pula Junghwan, Doyoung dengan Jaehyuk pergi ke restoran famous untuk makan tengahari dekat situ. Ramai orang beratur pun tak kisah sebab makanan dekat situ memang sedap. Kita yang tengok menu dekat situ pun rasa terliur sebab plating dia cantik. Restoran dia simple je tapi menu memang nampak cantik. Bila makan sedap, no wonder lah panjang orang beratur.
Lepas lunch Junghwan join Yedam dengan Jeongwoo main wall climbing. Dekat Seoul memang ramai yang aktif ke? Banyak betul pusat riadah. Sebelum ni dalam Episod 2 Treasure pergi memanah lepas makan. Kalau tengok drama Korea pun ada softball cage untuk diorang have fun sebelum balik rumah lepas kerja. I pernah nampak wall climbing dekat Seksyen 24 Shah Alam tak silap. Sebab tempat macam ni tak banyak, harga masuk agak mahal.
Back to Treasure, belah petang Yedam, Haruto dengan Jaehyuk pergi ke dog café di mana café ni ada ruang untuk main dengan anjing peliharaan tuan punya kedai. Banyak juga anjing yang comel lepastu semua well-trained. Kalau nak makan minta elok-elok. Pandai main pulak tu. Kalau dekat Malaysia of course lah ada cat café but I tak pernah pergi mana-mana cat café sebab dekat rumah pun ada kucing. Buat apa nak pergi main dengan kucing orang ye dak?
Hyunsuk, Jeongwoo dengan Doyoung pula ada aktiviti hydro dripping di mana diorang akan guna kaedah ni untuk buat art baru pada kasut diorang. Kaedah ni mudah kalau jenis berjiwa seni macam Hyunsuk. Lepas tengok hasil kejadian kasut baru Hyunsuk rasa macam nak buat jugak sebab I suka warna purple. Ada kasut yang dah lama tak pakai sebab warna pink lol peram sebab tak cun.
Belah malam Hyunsuk join pula Haruto, Asahi dengan Mashiho pergi makan dekat restoran Jepun sebab tekak geng Jepun rindu makanan dekat sana so diorang nak try ngam tak ngam restoran dekat situ. I rasa masa ni Yoshi balik Jepun sebab dia tak ada langsung dari pagi. Masa tengok episod ni dah mula nampak perangai masuk air Asahi sampai jadi tak sabar nak tengok next episode.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Padat aktiviti mereka.. Ada yang best.. Paling suka part makanlah.. Boleh tengok macam-macam menu sedap..
ReplyDelete