TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 4 - 5
Sunday, 13 March 2022
Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Asahi Hamada, Haruto Watanabe, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Staff YG Entertainment come up dengan aktiviti Without A Phone untuk Treasure dalam episod 4 Treasure Map lepas Treasure berehat masa weekend dalam Episod 3 sebelum ni. Sehari sebelum buat aktivti ni staff dah monitor berapa kerap ahli Treasure melekat dengan smartphone.
Asahi : 2.21 jam
Junkyu : 3.12 jam
Mashiho : 3.23 jam
Yoshi : 3.48 jam
Doyoung : 3.5 jam
Jihoon : 5.1 jam
Yedam : 5.15 jam
Jeongwoo : 5.37 jam
Haruto : 5.41 jam
Junghwan : 6.12 jam
Jaehyuk : 6.19 jam
Hyunsuk : 11.33 jam
Asahi lebih banyak spend time melukis ataupun gubah lagu sebab tu la kot dia paling sikit. Hyunsuk sebab suka main game, tu yang melekat paling teruk. Lagipun dia leader haruslah kena communicate banyak dengan top management.
Disebabkan rata-ratanya guna phone sebanyak 5 jam lebih, staff YG Entertainment bawa Treasure ke guest house untuk buat challenge. Dalam guesthouse tu ada pelbagai jenis snek, roti dan makanan lain. Smartphone semua ahli kena kunci dalam sebuah kotak lutsinar dengan kod yang mereka semua perlu cari.
Guesthouse tersebut terletak di kawasan luar bandar dan dekat dengan kwasan berbukit-bukau. Ada dua aktiviti ahli Treasure kena buat. Pertama, kena jawab soalan yang diberikan dan kedua kena capai 10,000 langkah dan kiraan tersebut hanya valid menggunakan Fitbit yang akan diberikan. Kalau langar peraturan, muka kena blur setiap kali muncul di kamera.
Kalau mana-mana ahli berjaya habiskan 2L air mineral ataupun report rulebreaker, ada ganjaran menanti antaranya dapat makan roti atau snek yang disediakan selama 5 minit. Ataupun dapat guna smartphone selama 5 minit.
Soalan yang Treasure dapat mudah je sebenarnya tapi sebab tak boleh guna smartphone, soalan tu jadi susah. Hint disediakan di beberapa lokasi rahsia, sama ada di dalam atau di kawasan luar guesthouse tersebut.
1.Apa alamat guesthouse tersebut?
2.Apa alamat bangunan baru YG Entertainment
3.Berapa nombor telefon chicken delivery di kawasan tu?
Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh Yedam dengan Hyunsuk. Sementara staff guna kamera untuk rakam aktiviti Treasure, setiap ahli juga diberikan self camera dan tripod. Dalam rumah tu pun ada kamera yang dipasang di bahagian atas juga. Mana-mana pun penuh dengan kamera jadi bab visual dengan audio memang tak ada masalah. Nak langar peraturan pun tak boleh juga sebab banyak mata memerhati.
Sementara semua tengah sibuk cari hint, Jaehyuk suggest supaya dua kumpulan bekerjasama cari jawapan dan share makan ayam goreng sama-sama.
‘Too much competition in this world. You don’t get a break.’ – Jaehyuk
Tak tahu kenapa Jaehyuk taknak main challenge tu padahal selalunya dia aktif je. Lepas Yoshi pujuk baru okay. Bila hyungs dia dapat hints kemain semangat balik. Lepas settle mission pertama, mission kedua kena dapatkan 10,000 langkah tu susah sebab dah petang baru dapat pakai. Hyunsuk dengan Junghwan jalan-jalan di kawasan kampung tu, Haruto dengan Mashiho main table tennis sementara yang lain main footvolley.
Guna device Fitbit tu bukannya accurate sangat pun sebab steps Junghwan tiba-tiba jadi kosong padahal tak ada terjatuh kea pa pun. Hyunsuk dah bagitahu sesiapa yang dapat kiraan 3 terendah akan dapat penalti. Junghwan dengan Asahi dah malas nak ambik port dah sebab penat. Nak tengok siapa yang menang kena tengok lah episod Without A Phone ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
bagus aktiviti yang disediakan.. Bila tak guna smartphone yang mudah pun terasa susah..
ReplyDelete