TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 25 🏠

Monday, 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.21 minutes for episode 25)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Best betul jadi Treasure ni sebab banyak travel. Kali ni Treasure pergi ke Daebu Island untuk aktiviti Camp Together. Bukan setakat pula utu cantik malah guest house yang staff book pun cantik dengan modern interior. Lengkap pula tu dengan bilik karaoke, snooker, sukan mini dan swimming pool. Sesuai sangat sebagai guest house sebab ada port untuk BBQ jugak. 

‘This is your lodging for the day. Make yourselves at home and enjoy free time here.’ – YG Entertainment


Dekat guest house tu ada 6 bilik jadi satu bilik akan ada 2 orang berkongsi sekali. Jihoon suggest supaya pair dengan yang tak pernah jadi roommate lagi. 

Mashiho – Yedam
Jeongwoo – Jihoon
Doyoung – Junkyu
Haruto –  Junghwan
Hyunsuk – Yoshi
Asahi – Jaehyuk


Sebelum ni dok nampak Asahi awkward dengan Yedam rupanya dalam Episod 25 ni ada lagi satu awkward couple – Doyoung dengan Junkyu padahal diorang satu kumpulan masa trainee. Muka dah la nak dekat sama tapi perangai berbeza betul. 10 tahun kenal tapi awkward macam first time jumpa. 

Walaupun ada 6 bilik tapi 3 bilik je yang ada katil manakala lagi 3 bilik cuma ada tilam nipis. Nak tak nak kena lah main rock, paper, scissors untuk tentukan siapa dapat bilik yang mana. Treasure dapat 1 jam waktu senggang tapi tak dibenarkan tidur sebab staff perlukan footage diorang. Doyoung dengan Junkyu dah mati kutu nak buat apa sampai sejam sebab diorang dah plan nak tidur. 


Lepas satu jam, Treasure kena buat aktiviti so maknae line pilih untuk mandi dekat swimming pool. Hyunsuk tengok dari jauh je anak-anak dia main pool, perangai mak-mak sangat. Hyung line main trampoline tapi tak lama pun sebab diorang pun join mandi swimming pool jugak. Musim panas kalau tak berendam, tak syok lah kan? Editor mesti happy masa edit episod ni sebab banyak footage Haruto dengan Asahi yang handsome. Underwater pun still cantik. Geng Jepun baka jenis lain dalam boy group Treasure ni. 


Anxiety tengok part diorang mandi dekat pool ni sebab design pool tu merepek. Boleh pulak ada bahagian untuk rendam kaki. Tu kalau licin berjalan tersadung pulak memang cari nahas je. Siapa punya idea entah buat design macam tu. Masa tengah seronok bab safety ni memang ke laut. By the way, cameraman pun sama naik je bila dia tolak Junkyu masuk dalam pool tu haha

Habis bermandi-manda Treasure pergi karaoke pulak dekat bilik karaoke. High level betul energy diorang sebab I kalau dah puas mandi memang mencari katil je. iKON pun sama especially Jinhwan masa Summertime Hawaii (2016). Letak kepala je terus tidur. Masa karaoke ni Jeongwoo bagitahu kalau siapa dapat markah rendah masa karoke akan dapat penalti kena grill daging masa BBQ nanti. 


Tapi tu lah, yang mencadang tu lah yang selalu terkena. Nasib baik lah staff YG sayang Treasure lebih, terus ambik tongs lepastu grill daging supaya daging tak hangus dekat tangan diorang. Hyunsuk being Hyunsuk, minta Treasure buat wrap untuk staff makan sekali.

‘Should I put mosquitos in this wrap? Do you need mosquitos?’ – Asahi


Terharu tengok last part bila Treasure buat wraps untuk member. Masing-masing berterima kasih untuk kenangan diorang dari trainee sampai lah sebelum debut. Lepas tengok YG Treasure Box, of course scenes ni jadi special.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.