TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 13 - 14

Monday, 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (22.39 minutes for episode 13, 21.21 minutes for episode 14)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 



Treasure teruskan aktiviti baru dengan Treasure Arts High School. Dalam episod ni semua ahli kena pakai baju sekolah untuk hidupkan tema sekolah menengah. Untuk period pertama, semua ahli kena tonjolkan charm untuk dipilih oleh yang lain. Staff akan mainkan lagu under label YGE sementara ahli Treasure kena pilih calon partner yang diorang nak. 


Junghwan: iKON - Dive
Jaehyuk G-Dragon feat Taeyang - Good Boy
Haruto: MOBB - Hit Me
Asahi: Winner - Millions
Yoshi: Blackpink - Playing With Fire
Yedam: G-Dragon - Crooked
Mashiho: Jinu - Call Anytime
Jihoon: Jennie - Solo
Hyunsuk: Mino - Fiance
Jeongwoo: G-dragon - Heartbreaker
Jeongwoo: AKMU - Give Love
Junkyu: Winner - Really Really
Doyoung: Blackpink - Don't Know What To Do

Happy bila staff letak lagu Dive – iKON yang first sekali sebab masa ni iKON buat comeback dengan album iDECIDE dan Dive sebagai main track. Masa sesi charm ni pun dah berdekah sebab perangai masuk air memasing. Sama juga masa nak pilih calon tu. Haruto sampai patah hati lepas kena reject dengan Asahi padahal diorang rapat. Tak sangka Asahi ada pilihan lain di hati dia. 


Terharu tengok semua orang nak jadi partner Jaehyuk dalam episod ni sebab masa YG Treasure Box dulu tak ada orang nak jadi partner Jaehyuk sebab dia dapat markah rendah. Bukan salah dia selalu kena marah dengan trainer sebab Jaehyuk kena scout through street casting yang solely based on his handsome face je. Masa survival show tu dia baru join YG Entertainment 6 bulan je. Sebab tu kalau tengok dalam previous episodes, ahli Treasure manjakan Jaehyuk dengan Junghwan sebab diorang paling teruk kena pinggir dalam YG Treasure Box. 


Settle sesi pemilihan desk buddy, Treasure makan sama-sama masa lunch hour lepas pilih partner ikut menu. Yedam dengan Haruto makin comel dalam episod ni. First time jadi partner sampai bertukar jadi sweet friendship. Selalunya Haruto melekat dengan geng Jepun ataupun Junkyu je. Masa main limbo pun dia suruh Junkyu hati-hati sebab taknak hyung dia penat. Sama jugak lah dengan Jaehyuk dan Asahi. Tak sangka langsung diorang berdua happy berkawan sebab sebelum ni Jaehyuk menyendeng dengan Jeongwoo je. 

Yedam: I don't care what i want,I just want to eat with Haruto
Haruto: Yedam is more important to me than coke


Dalam episod 15 diorang semua kena main lingo dengan partner lepastu main copy pose. Makin sweet tengok Haruto dengan Yedam jadi partner. Lepasni kalau main game diorang dah tahu nak cari siapa. Hyunsuk dengan Jihoon pun ada high level teamwork, no wonder lah both jadi leader. Jeongwoo makin menyerlah dalam dua episod ni, mana-mana producer boleh lah roger YG minta dia join variety show confirm meriah. Lawak dia spontan, energy dia pun tinggi. 


Dekat hujung episod staff suruh Treasure letak nametag dekat dalam kotak mana-mana ahli Treasure yang diorang suka. Sweet sangat bila Yoshi cakap ‘Whatever that may come, I'm always on your side.’ dekat Haruto walaupun Haruto tengah happy dengan Yedam. Dari zaman YG Treasure Box lagi Yoshi selalu jaga Haruto sebab Haruto paling muda dalam group. Masa Haruto join tu pun badan dia tak cecah bahu Yoshi pun walhal sekarang dah jadi paling tinggi dalam Treasure. 


Extra footage untuk episod 15 kelakar sebab pemenang dapat voucher untuk fine dining sambil enjoy sunset. Dah la makan sedap, dapat pulak tengok scenery cantik. Terus rasa nak book meja dekat restoran Menara KL tu.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.