Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.03 minutes for episode 11)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video :
Awal-awal lagi staff dah bagi warning untuk perlahankan volume sebab Treasure excited dengan Pajama Party dalam episod ni. Semua member Treasure kena tukar kepada pajama tapi pajama kepunyaan diorang disimpan dalam kotak tanpa mana. Masing-masing kena pilih satu kotak berisi pajama tanpa melihat isi di dalam. Gamble habis lah masa pilih tu sebab maknaes ramai yang badan besar dan tinggi.
Bukan setakat pajama je Treasure kena bawa ke Pajama Party, diorang siap angkut patung kesayangan sekali. Macam Haruto bawak patung Shin Chan, Asahi dengan bantal jerung yang dia beli dekat IKEA dalam Episod 6, Yedam bawa plushie Pink Panther, Hyunsuk bawa bantal awan macam dia usung masa tengok movie seram dalam Episod 2.
‘Ask me about my cuddle toy. Mine is a long story. When I was in my mom’s belly, she said I kicked and asked her for it. I cuddled up with this toy everytime I goes to sleep.’ – Baby Junghwan
Jeongwoo je tak bawak plushie sebab dia selalu peluk Jaehyuk masa tidur. Comel bila Jaehyuk bagitau Jeongwoo peluk dia bila tidur. Teringat masa Episod 7 Jeongwoo pat kepala Jaehyuk sebelum pergi sekolah.
Yang penting dalam Episod 11 ni bersepah bantal dengan plushies. Kalau tengok iKON melenggang je memasing, ada yang tidur tak ada bantal pun except Junhoe yang kena tidur dengan bantal busuk dia. Bobby pulak dengan plushie Pooh kesayangan dari kecik.
Jeongwoo cadangkan Treasure main zombie game macam iKON main dekat Saipan dulu. Tapi macam susah je Treasure nak main zombie game sebab diorang ada 12 orang. Dalam ruang yang sempit tu macam mudah sangat je zombie nak kejar manusia.
Habis je game tu Hyunsuk order makanan untuk Pajama Party sebab Treasure tak dibenarkan tidur walaupun Jaehyuk dah tertidur masa ahli yang lain tengah menyembang. Sementara nak tunggu order diorang sampai, staff suruh Treasure buat Aegyo Battle. Kiranya bahagikan kepada dua kumpulan dan kumpulan yang menang dapat makan pizza. Syaratnya mudah, kalau tergelak masa battle automatik kalah.
Jihoon dengan Haruto dah stress bila staff bagitahu pasal Aegyo Battle sebab diorang paling menyampah buat aegyo. Dekat Korea memang suka betul benda aegyo ni padahal international fans cringe everytime idol terpaksa buat aegyo. Kalau yang dah memang sejenis comel macam Junkyu, Junghwan dengan Jaehyuk tu lain cerita lah. Ingatkan talent under YG Entertainment ni boleh terlepas tapi sama jugak terseksa.
Kelakar tengok Asahi masa Pajama Party ni sebab perangai introvert dia dah mula menghilang. Muka dia cringe habis bila tengok Yedam buat aegyo lepastu dia tampar Doyoung supaya balik ke dunia. Masa battle Hyunsuk dengan Mashiho pun muka dia stone je dekat belakang. Masa turn dia memang berdekah habis, dah serupa tak cukup magnesium je buat aegyo.
Dah settle makan Treasure dibenarkan tidur selama satu jam sebab ada mission menanti lepas habis tempoh masa yang diberikan tu. Mission dia agak susah lah jugak sebab Treasure kena hafal 27 steps dalam satu lagu. Selagi sequence tak betul bila muzik berjalan, diorang tak boleh balik ke dorm. Dah penat buat aktiviti, mamai pun tak hilang lagi kena menari 27 steps. Dari pajama party comel tu dah jadi torture experience dah.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.