TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 10

Sunday, 13 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.33 minutes for episode 10)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Back to Treasure log on weekend! Awal pagi lagi Hyunsuk dah berjanji dengan Doyoung dan Junkyu lepak sama-sama tapi dia tak bagitahu diorang berdua nak filming vlog sebagai content untuk Episod 10. Hyunsuk cakap dia dah mula pandai menyembang depan kamera nak dibandingkan masa awal-awal dulu, dia segan nak bawak self camera pergi mana-mana. Boleh nampak lah beza Hyunsuk masa dalam Episod 1 dengan Episod 10. Tak lah perubahan yang ketara tapi ada la beza tu. 

Junkyu tak syak apa-apa langsung masa Hyunsuk ajak keluar so dia pakai biasa je tak makeup langsung. Sedih dia sebab dia sorang je pakai biasa sedangkan Hyunsuk dengan Doyoung melaram sakan tapi dia pakai winter jacket dan tak makeup pun comel je. Macam tak banyak beza pun dengan makeup. Bukannya ada jerawat ke apa. 


Pukul 12 tengahari Yoshi dengan Asahi dah bergerak ke Incheon Airport sebab diorang nak balik ke Jepun spend weekend dengan family. Kalau dulu confuse teruk nak bezakan Yoshi dengan Asahi lepastu dalam web drama The Mysterious Class (2021) tu Yoshi duduk depan meja Asahi lagi lah pening tak kenal yang mana satu. Bila tengok Treasure Map dah tahu dah yang mana satu Yoshi dengan Asahi. Muka memang lebih kurang tapi Yoshi ada tahi lalat dekat dagu sebelah kanan tapi kalau makeup tak nampak lah haha. Mulut Asahi berbentuk dalam sikit compared to Yoshi. Tapi skills membezakan ni akan muncul kalau dah tengok 10 episod Treasure Map hahaha


Comel betul tengok vlog Yoshi dekat Jepun sebab dalam keluarga dia, Yoshi seorang je lelaki. Dia ada 3 orang kakak, ibu dengan nenek. Ayah dia dah meninggal jadi dia kerja keras untuk debut sebagai idol dekat Korea untuk sara keluarga. Dekat rumah dia paling bongsu tapi dalam Treasure dia antara hyung line. Bila tengok Yoshi teringat Jinhwan iKON sebab dekat rumah bongsu, manja tapi bila dalam group kena jadi abang. Dua-dua kalau bagi renungan mata je maknaes dah cuak. 

Haruto dengan Mashiho pun balik ke Jepun jugak tapi sebab flight berbeza jadi diorang tak gerak sekali. Haruto balik ke Fukuoka, Jepun dan tunjuk sikit bilik dia. Yoshi dengan Asahi awal-awal dah bagitahu diorang tak ada bilik sejak pindah ke Korea. Haruto tunjuk koleksi topi dalam bilik and I’ve noticed G-Dragon cap. Kalau Yoshi dengan Asahi join YG sebab Bobby dan iKON, Haruto sebab GD & Big Bang. 


Sama macam J-line, Junghwan pun spend weekend dengan family di Jeonju. Vlog dia start dengan pergi makan kalguksu dengan family. Junghwan kata dia tak suka kalguksu tapi kalguksu dekat Jeonju Hanok Village tu sedap, kena dengan tekak dia. Jeonju boleh tahan cantik lah tempat dia walaupun malam. Ada tempat makan sedap jugak, kira dah complete package lah for holiday kan? Bangun pagi dapat tengok sunrise cantik depan laut pulak tu. 



‘You grabbed a brush and a pencil. How do you think I feel? I thought you will become a scholar. I called you Junior when you're in my belly. Your English name also Junior so you can master English.’ – Hyunsuk mom


Berdekah tengok vlog Hyunsuk masa dia spend time dengan mak dia belek album masa dia kecik. Ayat mak dia tu represents semua Asian mom. Nasib baik lah Hyunsuk berjaya debut dalam YG Entertainment, top 3 agency talent di Korea Selatan. Siap jadi leader untuk Treasure pulak tu. Kalau Hyunsuk tersingkir masa YG Treasure Box tu mesti dia dah kena paksa masuk kolej. 


The rest of the T-log dihabiskan dengan vlog Jaehyuk dengan Jeongwoo pergi everland main roller coaster. Tak banyak pun staff bagi tunjuk reaction diorang especially muka jadi hodoh sebab menjerit teruk sangat, imej idol haruslah dijaga nak pulak diorang belum debut lagi masa shooting Treasure Map ni. Tak memasal hilang fans gara-gara tu je. Walaupun tak banyak aktiviti diorang untuk weekend but I have fun tengok diorang happy spend time dengan yang tersayang. Comel!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.