Sarita (Saiyami Kher) menyampah dengan perangai suami dia yang berubah sejak mereka kalah dalam pertandingan nyanyian. Sejak dari hari tersebut Sushant (Roshan Mathew) selalu cari pasal dengan abaikan tanggungjawab dia sebagai suami. Semua kerja di rumah Sarita yang terpaksa uruskan selepas penat hadap kerja harian sebagai teller di bank kerajaan.
Jiran rumah bawah pula selalu membebel tentang siling bocor gara-gara rumah Sarita dan Sushant ada masalah paip sinki tersumbat. Nak harapkan Sushant yang carikan tukang paip, entah bila dia nak panggil. Satu malam Sarita terjaga jam 3 pagi dan menuju ke dapur untuk hilangkan dahaga. Dia cuba cari punca tersumbat dalam saluran paip tersebut.
Terkejut bukan kepalang bila dia dapat dua gulung duit. Kesemuanya not bernilai Rs500. Sarita guna duit tersebut untuk bayar hutang Sushant sebanyak Rs8,000 dan beli barang dapur sedikit demi sedikit. Semua hutang dilunaskan dengan alasan ibunya bayar kembali hutang lama tapi Sushant syak ada sesuatu yang tak kena sebab Sarita dapat duit dengan mudah. Bila dia siasat, jiran-jiran pula mula bergosip tentang Sarita yang diam-diam ada hubungan lain.
Kisah Sarita dan duit haram ni berlatarkan tahun 2016 bilamana PM Narendra Modi mengumumkan demonetization untuk wang kertas not Rs500 dan Rs1,000 untuk mengelakkan wang haram berleluasa terutamanya dari pertubuhan pengganas dan wang seludup senjata api. Fun fact, Malaysia pun pernah dinyahwangkan not RM500 dan RM1000 pada tahun 1999.
Berbalik kepada Sarita, baru saja dia nak bahagia dengan harta karun yang dia jumpa, PM pula umumkan demonetization untuk not tu. Kalau ikutkan mudah je dia nak tukar wang tu kepada not yang lebih rendah sebab dia kerja dekat bank tapi dia tak buat. Tak pasti kenapa dia kumpulkan semua duit tu pada hari terakhir sedangkan dia ada masa seminggu untuk tukar. Tak pasti juga kenapa dia simpan dan tak berbelanja sangat. Dekat sini dah mula tak syok nak tengok sebab timbulkan banyak persoalan tanpa jawapan.
Pacing movie Choked: Paisa Bolta Hai arahan Anurag Kashyap agak perlahan sebab genre drama. Thanks to Netflix, I boleh lah cepatkan kepada 1.5x, itupun menyampah juga nak tengok sebab watak Sushant annoying teruk. Hidup dia memang tak berguna langsung, tak kerja, tak jaga anak, tak buat kerja rumah, berhutang sana-sini, pendek kata menyusahkan orang. Lagi satu perkara tak faham kenapa Sarita stay dengan Sushant. Kalau setakat setia je, baik dia hidup sorang macam Tai (Amruta Subhash).
Memandangkan movie ni arahan Anurag Kashyap yang lebih bersifat realistik dan berlatarkan kehidupan B40 jadi sinematografi pun agak raw. Kembang tekak tengok Sarita bersihkan dapur setiap kali paip sinki dia tersumbat. Nasib baik lah keluar duit tapi sementara nak tunggu dia keluar tub oleh imagine lah betapa busuknya dapur tu sebab air keladak tu dah hitam sangat.
I suka bila Anurag masukkan beberapa footage masa PM Modi umumkan note ban dan macam mana reaksi rakyat India masa tu. Kekecohan di bank dari pagi sampai malam dan rusuhan yang berlaku sebab kerajaan cuma bagi masa seminggu untuk tukar. Bank pula beroperasi ikut waktu bekerja sama saja macam sebelum ni.
Babak Sarita mengamuk dekat Sushant bila suami dia balik bagitahu PM Modi bijak lah itu ini pun nampak real sebab dah penat bekerja lepastu stress macam mana nak tukar duit yang banyak. Betul la apa Sarita kata, orang biasa macam dia tak sempat pun nak fikir pasal politik negara, tak sempat pun nak fikir apa impak kepada rakyat atau negara. Yang dia tahu pengumuman tu tambah banyak kerja dekat dia.
Filem ni mungkin lebih menarik kalau Sarita bekerjasama dengan Sushant untuk sucikan duit haram yang diorang jumpa instead of bergantung pada aturan kehidupan yang muncul sebagai plot twist di hujung cerita. Anyway I’m glad watak Sarita dengan Sushant jumpa happy ending di hujung cerita.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10
haaa.. filem ni best. enjoy tonton walau phase slow giler dan screen gelap suram. maybe sebab lakonan watak Sarita tu sangat meyakinkan, so memang excited tengok watak dia dari satu scene ke satu scene sampai habis. pada akak pengarah nak tunjuk real life orang kebanyakkan yang tak berapa bijak dalam sesetengah hal. jujur. lurus dan acah2 berani walau sebenarnya tak berani pun. tak berani ambil risiko sebab kita rakyat biasa bukan ahli politik yang manupulative...oppssss... :p
hahaha tu la pasalnya. Kalau dekat tempat dia pun mesti kepala jam fikir macam mana nak ambil duit tu tanpa sesiapa pun perasan. Masa tengok polis datang rumah tu dah anxious dah
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thanks for your review...
ReplyDeletehaaa.. filem ni best. enjoy tonton walau phase slow giler dan screen gelap suram. maybe sebab lakonan watak Sarita tu sangat meyakinkan, so memang excited tengok watak dia dari satu scene ke satu scene sampai habis. pada akak pengarah nak tunjuk real life orang kebanyakkan yang tak berapa bijak dalam sesetengah hal. jujur. lurus dan acah2 berani walau sebenarnya tak berani pun. tak berani ambil risiko sebab kita rakyat biasa bukan ahli politik yang manupulative...oppssss... :p
ReplyDeletehahaha tu la pasalnya. Kalau dekat tempat dia pun mesti kepala jam fikir macam mana nak ambil duit tu tanpa sesiapa pun perasan. Masa tengok polis datang rumah tu dah anxious dah
Delete