Release Date : 15 December 2021 (Red Sea International Film Festival), 24 December 2021 (India)
Trailer :
"The journey of the 1983 team is a story of inspiration which proves that one can achieve anything if they aim for it and work for it no matter what the world thinks" – Kapil Dev
Dari tahun 2017 pembikinan filem 83 mendapat perhatian media sebab salah satu momen kegemilangan untuk negara India bila pasukan kriket negara menang di Piala Dunia buat pertama kali. Phantom Films dengan Kapil Dev tandatangan Memorandum of Understanding untuk menggunakan nama sebenar dan juga kisah sebenar mereka di dalam movie biopic ni.
Memandangkan sukan kriket dekat di hati rakyat India jadi team production banyak gunakan fakta sebenar dalam movie 83. Kudos to Mukesh Chabra yang sentiasa perform dalam mencari pelakon untuk setiap watak termasuklah pelakon sampingan. Pilihan yang tepat untuk bawa masuk Ranveer Singh sebagai Kapil Dev. Honestly I tak kenal pun perwatakan Kapil Dev macam mana tapi bila tengok wawancara khas di hujung filem tu boleh nampak yang Ranveer lakonkan Kapil Dev dengan cemerlang.
Sama juga dengan Harrdy Sandhu yang debut dalam movie 83 bila dia pernah menjadi wakil kepada pasukan Punjab dan pernah terpilih untuk skuad India bawah 19 tahun pada tahun 2004. Watak Madan Lal tampak meyakinkan bila berada di atas padang bersaing untuk masuk ke semi-final mengalahkan pasukan West Indie.
Sinematografi dari Aseem Mishra kebanyakan masanya nampak ketara benar penggunaan VFX terutamanya babak di padang kriket. Boleh kata sebagai movie biopik sukan, banyak momen yang boleh jadi mendebarkan kalau guna teknik-teknik tertentu macam slo-mo ataupun close up. Sebagai seoang yang tak faham sukan kriket dan bukan peminat sukan, movie 83 gagal untuk menarik perhatian berbanding movie biopic lain.
Movie 83 ni dapat mixed reviews dari penonton bila movie ni jadi medium untuk mewujudkan kembali rasa kemenangan tu. Berbeza pula dengan yang lahir selepas zaman 80-an bila movie ni lebih kepada platform untuk mengenal pasukan tersebut atau mungkin layan sebab barisan pelakon dan kerana kredibiliti pengarah. Personally for me, I tengok sebab pengarah Kabir Khan memang sentiasa lahirkan naskhah yang bagus tapi movie 83 paparkan sebaliknya.
Plot dalam movie ni terlampau banyak cabangnya sampaikan terasa meleret untuk sampai ke momen finale. Untuk penonton yang memang minat dengan pasukan kriket di bawah kelolaan Kapten Kapil Dev mungkin syok lah nak tengok perkembangan watak mereka dari hari berlepas ke UK hingga ke perlawanan akhir. Movie M.S Dhoni (2016) paparkan dengan cemerlang biopic sukan kriket walaupun cuma di peringkat negara sahaja. Honestly credit scene lagi menarik dari full movie dengan footage asal dan wawancara dari beberapa watak sebenar.
Kabir Khan masukkan terlampau banyak sub-plot dan watak sampingan yang tak menambahkan impak pada penceritaan macam jiran Sunil Gavaskar (Tahir Raj Bhasin) yang sarat mengandung tapi bila bersalin bagi anak nama Kapil? Mekanik imigran yang menipu bos untuk tengok perlawanan kriket di stadium, pekerja pejabat, bartender imigran yang kemudiannya jatuh cinta sebab kriket dan askar di sempadan negara India-Pakistan. Watak Nina Gupta sebagai mak Kapil pun rasa tersia sebab tak banyak pun momen ibu dan anak ni.
Kalau nak kata movie 83 ni untuk paparkan macam mana pasukan India dipandang rendah di mata dunia pun macam tak nampak sangat bila movie Gold (2017) paparkan lebih bagus dengan sukatan yang tepat. Babak humor pun tak mampu menghidupkan suasana. Kehadiran Deepika sebagai Romi Dev, isteri kepada Kapil pun tak lah menyumbang apa-apa pada penceritaan. Setiap kali kamera beralih kepada Romi, momentum terus jatuh mendatar. Macam biasa, Deepika gagal emote dan screen presence tenggelam dalam sorakan pihak lawan. Better penulis kuatkan sub-plot pasukan kriket yang membantu dari sudut politik.
Music album dari Pritam yang banyak membantu penceritaan terutamanya lagu “Lehra Do” dan "Jeetega Jeetega" dengan lirik yang bersesuaian dengan perasaan dalam babak tersebut. Suara dan perasaan Arijit Singh yang bagi justice kepada lirik ciptaan Kausar Munir.
Mungkin kalau penulis ceritakan macam mana pasukan kriket India ni ubah strategi atau perasaan main asal sampai semi-final tu akan buatkan momen kemenangan terasa istimewa. Tak tahu kenapa penulis tak dedahkan strategi pasukan India masa tu. Tahu-tahu pemain semua dah ada rasa tanggungjawab dan menang. Peralihan tu terasa kosong dan tawar.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10
tak pasti kenapa tak pernah ada rasa nak tengok filem ni walaupun ranveer sigh berlakon. maybe sebab tahu dah ranveer selalu over dlm penghayatan watak. selalu ada mix feeling bila ranveer keluar filem baru.. hahahaha.. :p
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
best ni, nak tengok!
ReplyDeletedah add to my list dah, sbb suka layan movie yg based on true story ni.
ReplyDeleteminat filem sukan, tapi tak faham kriket, so belum tengok lagi. Bollywood sport movie paling best so far bagi akak adalah Chak De! India
ReplyDeletechak de! India syok jugak. rasa syok nak tengok hoki sebab diorang
Deletetak pasti kenapa tak pernah ada rasa nak tengok filem ni walaupun ranveer sigh berlakon. maybe sebab tahu dah ranveer selalu over dlm penghayatan watak. selalu ada mix feeling bila ranveer keluar filem baru.. hahahaha.. :p
ReplyDelete