Ni kali kedua I buat Fashion Files Ananya Panday sebab I makin suka dengan style dia sekarang. She keep it simple, stylish and chic walaupun ramai yang troll sepanjang dia promote movie Gehraiyaan. Troll sebab dia pakai skirt masa winter tapi kalau dia happy, kenapa yang lain pulak panas hati ye dak?
Untuk Gehraiyaan promo events ni Ananya guna wardrobe yang simple dan trendy sebab watak dia dalam movie tu pun ialah Mumbai elites.
1. Trailer Launch Event
Untuk trailer launch event, Ananya pilih cross wrap halter-neck top dari butik Tiger Mist berwarna hijau pucuk pisang dan padankan dengan seluar kulit berwarna coklat cerah. Selain cross wrap top yang mencuri perhatian dengan potongan yang unik dan kreatif, boot bercorak ular batik juga antara highlight pada wardrobe pertama Ananya.
Hair stylist, Ayesha DeVitre guna style wavy sederhana dan biarkan lepas bebas untuk tampil menarik. Anting-anting koleksi Chanel Madame dari Viange Vintage berwarna emas dengan figura Coco Chanel menjadi aksesori tambahan.
2. Summer Tone
Pilihan kedua merupakan korset Sunset Flora bercorak bunga dengan warna ala summer yang dipadankan dengan Cuanrved Hem Shorts dari butik Polite Society. Korset yang digayakan mempunyai details di bahagian tepi dengan juraian tali berwarna merah. Ananya padankan outfit dengan open toed pump heels dari butik Kat Maconie. Cincin emas dari butik Radhika Agrawal Studio
3. Floral Inspired
Sesuai dengan bulan Februari yang terkenal dengan Valentine's Day, outfit berwarna merah memang wajib ada dalam koleksi. Ananya pilih mini dress LA VIE EN ROSE dari koleksi Pre-Fall 2022 jenama Magda Butrym. Untuk koleksi ni semua rekaan ada bunga ros bersaiz besar. Mini dress berwarna merah hati ni mempunyai V neckline dan belt dengan warna yang sama.
Menggunakan aksesori dari Viange Vintage dengan rambut lepas bebas dan dipadankan bersama pointed heels berwarna hitam dari Christian Louboutin. Gorgeous!
4. Color Block
This one is one of my favorite outfit from this promo events! Fun fact semua pakaian ni adalah hasil dari mix and match dari beberapa label. Strapless top ala korset dari With Jéan ada detail yang menarik pada bahagian bawah. Top berwarna putih krim ni dipadankan dengan mini skirt dengan warna yang sama dari butik Cult Gaia. Uniknya skirt pendek ni dipotong dengan potongan menyerong untuk menghidupkan elemen asymetry.
Ananya padankan outfit dia dengan extra size blazer berwarna biru muda dan pointed heels berwarna hijau neon dari Ajio Luxe. Memandangkan pakaian dia serba ringkas, Ananya pilih anting-anting berbentuk gelung tak sekata, Chunky Chain dan padankan dengan koleksi cincin berwarna biru, Juicy dari butik MISHO. Loved it when Ananya choose to do ponytail for this outfit so those hoops gained their spotlight.
5. Sunset Hue
Menggunakan konsep Candy Crushing, Ananya mengenakan mini dress Gigi berwarna peach dan oren terang pada bahagian dada dari butik terkenal UK, The Dolls House. Di bahagian tali mini dress tu ada besi berwarna emas tembaga dilekatkan sebagai penaarik. Blazer oren terang dari The Attico dipadankan dengan mini dress tersebut. Strap heels berwarna oren dengan hiasan manik dipadankan dengan cincin enamel pink dari Ineze dan anting-anting dari Ayana Silver Jewellery.
6. Floral Stamped
3 perkataan - Padanan Tak Sesuai. I suka dengan mini skirt material kulit berwarna hijau pekat dari butik Revolve tapi top dengan corak bunga dari With Jéan is a big no. Lagi cantik kalau Ananya pilih loose blouse berwarna putih Boho atau Gypsy untuk tema musim panas. I suka hairstyle ponytail tinggi untuk serlahkan kecantikan anting-anting Vision hoops dari Shoplune.
Of course dalam gambar ni nampak cantik ala 90s girl next door but once she stepped outside, you guys boleh nampak how horrible this mix and match outfit.
7. Denim Vibe
Padanan crop top, mini blazer dan high waist jeans dihiasi dengan butang berwarna emas dari butik Alice McCall mencuri perhatian. Outfit ni dipadankan dengan pointed pumps bercorak harimau bintang dengan aksesori anting-anting gegelung dari MNSH. Hairstyle Ananya pun menambahkan drama pada wardrobe ala 90s ni.
8. Absolute Stunner
Sekali lagi Ananya memilih mini dress berwarna warna merah hati untuk promotion Gehraiyaan. Kali ni Ananya memilih dress dengan juraian lipatan dan zip hitam sebagai penarik tambahan dari butik Australia, C/MEO COLLECTIVE. Dress merah ni serlahkan potongan lansing badan Ananya dan padanan strap heels berwarna hitam jenama Christian Louboutin dengan manik pada strap buatkan Ananya tampak seksi. Koleksi aksesori seperti cincin halus dari butik Ayana Silver Jewellery digunakan sebagai pelengkap gaya.
9. Mini Frills
10. Sporty Casual
This one needs to go. Padanan top dengan belahan di bahagian tengah dipadankan dengan baggy pants berwarna coklat tanah dari jenama Lioness. Sneakers berwarna putih dan coklat melengkapkan gaya tersebut. Nothing much to talk about.
11. Monochrome
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.