Pesalah juvana gerun dengan kehadiran Hakim Sim Eun-Seok (Kim Hye-Soo) kerana hukuman dia sentiasa akan mencapai tahap hukuman maksima. Kesalahan apa pun yang dilakukan, elakkan dari berjumpa dengan Hakim Sim Eun-Seok. Personaliti dia yang dingin juga menyukarkan pesalah-pesalah juvana berlakon atau reka cerita simpati.
Drama Juvenile Justice bawa tema dan penceritaan yang segar bila jenayah yang dilakukan adalah golongan bawah umur di mana semua kesalahan hanya mendapat hukuman yang ringan termasuklah kesalahan membunuh dengan sengaja. Di Korea cuma ada 20 orang hakim yang mengendalikan mahkamah juvana sedangkan kes jenayah semakin hari semakin bertambah tapi undang-undang masih tak berubah.
Hakim Sim dipindahkan ke daerah Yeonhwa dan dibantu oleh hakim pembantu Cha Tae-joo (Kim Mu-yeol) yang dahulunya pernah masuk ke pusat pemulihan kerana kesalahan membunuh ayah tanpa sengaja setelah didera. Personaliti dia jauh berbeza dengan Hakim Sim bila dia guna pendekatan yang mesra untuk ubah pesalah juvana ke arah yang lebih baik. Tugas hakim bukan sekadar menghukum tapi memantau dan mengajar pesalah juvana ni supaya jadi manusia yang lebih baik.
“We need to show them how harsh the law can be! We have to teach them that when you hurt someone, you have to pay the consequences” - Shim Eun Seok
Sepanjang 10 episod drama Juvenile Justice ni ada beberapa kes juvana yang dimasukkan antaranya kes bunuh, penderaan domestik, gang rape, mencuri dan banyak lagi sebagai plot utama untuk dipaparkan bagaimana sistem Mahkamah Juvana berfungsi dan pengadilan yang diberikan oleh para hakim yang terlibat. Selain masalah juvana, penulis Kim Min-seok selitkan juga konflik beberapa watak utama supaya audience kenal dengan lebih dalam lagi.
Dekat episod awal drama ni penulis masih rahsiakan identiti Hakim Sim kemudian perlahan-lahan kupas sedikit demi sedikit. Sama juga dengan watak Hakim Cha sampai masing-masing selesa bekerja sama-sama di pejabat tu. Amazed lah jugak tengok semua watak dekat situ buat kerja sebab satu fail kes tebal sampai menggunung atas meja. Mana nak review kes lagi, nak siasat pula kes tu dalam masa yang singkat.
Staff pula tak ramai mana, ada assistant pun tengah sarat mengandung. Dah la bangunan mahkamah tu besar, satu hari boleh cecah 10,000 langkah. By the way, muka Shin Jae-Hwi tu sama macam Azhan Rani. Distracted betul setiap kali dia muncul sebab muka dengan perangai masuk air tu sama.
Suka tengok props dan details yang dimasukkan dalam drama ni selain dari sinematografi yang mengukuhkan screenplay bertemakan jenayah. Lepas ketua jabatan bertukar, props yang digunakan bertukar sesuai dengan personaliti ketua tersebut. Macam sebelum ni Kang Won-joong (Lee Sung-min) suka berbincang tentang kes yang diorang dapat jadi meja yang dia guna agak besar macam meja makan saiz standard. Bila masuk ketua baru, dia guna coffee table je sebab ketua tu tak suka buang masa untuk nilai kes. Bila dia panggil kedua-dua hakim masuk, dia cuma nak dengar keputusan dakwaan je.
Drama Juvenile Justice ni emotional coaster ride sebab sakit hati dengan pesalah juvana yang tak menyesal langsung dengan kesalahan diorang lepastu biadap dengan orang tua. Kebanyakan pesalah haruslah datang dari keluarga miskin bila parents sibuk sampai anak-anak terabai. Anak orang kaya pun ada juga buat salah tapi tak lah teruk mana. Ada beberapa babak sakit dada sebab menangis dan terpukul dengan emosi terutamanya kes penderaan domestik tu.
‘She’s a child who suffered from abuse. Children like that never grow up. Ten years? Twenty years? Time will quickly pass by but she’ll still be an abused kid, she’ll still carry that weight.’ – Judge Cha
Actually I tak sure hakim boleh siasat kes macam Hakim Sim buat ke tak sebab Ketua Jabatan dia pun dah kata kerja dia cuma jatuhkan hukuman bukan siasat kes. Patutnya siasat tu kerja polis dengan peguam. Hakim cuma boleh buat pengadilan berdasarkan apa yang dibentangkan sepanjang perbicaraan. Kalau hakim keluar siasat then penghakiman tu dah jadi biased. Sebab tu juga lah hakim tak boleh bicara kes sendiri sebab tak nak terbawa dengan emosi macam kes yang terakhir tu.
Anyway, drama ni berbaloi untuk ditonton tapi lambat I nak habiskan sebab pacing dia terlampau perlahan, Netflix pulak boleh ubah speed sampai 1.5x je ☹
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
Baru masuk episod 4, tapi tu la.. keliru, kenapa hakim kena buat kerja di luar mahkamah sampai berpeluh2 kejar pesalah juvana. Tapi suka tengok penyelak kertas yg dia pasang kat jari tu.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baru masuk episod 4, tapi tu la.. keliru, kenapa hakim kena buat kerja di luar mahkamah sampai berpeluh2 kejar pesalah juvana. Tapi suka tengok penyelak kertas yg dia pasang kat jari tu.
ReplyDelete