Amen Khalid Penyambung Legasi Allahyarham Mamat Khalid, Sempurnakan Karya Terakhir ‘KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI’

Tuesday, 1 March 2022


Amen Khalid Penyambung Legasi Allahyarham Mamat Khalid, Sempurnakan Karya Terakhir ‘KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI’ | ‘Di Pawagam Rumah Anda, Astro First Bermula 3 Mac Ini’ 

Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan- kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri  premium,  telemovie  serta  filem  pendek,  dan  lebih  unik  menjadi  satu-satunya  jenama  filem tempatan  yang  masih  menerima  reaksi  positif  serta  relevan  hingga  ke  hari  ini  meskipun  telah diperkenalkan  sejak  lebih  sedekad  lalu.  

Bagi  meneruskan  perjuangan  seni  dan  legasi  Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. 

Ke  mana  tumpahnya  kuah  kalau  tidak  ke  nasi.  Pastinya  filem  ini  akan  menjadi  kebanggaan  buat keluarga dan peminat. Amen Khalid sering di samping bapanya dalam penghasilan karya-karya lalu, telah  menyahut  cabaran  menyempurnakan  tanggungjawab  bapanya  mengarahkan  filem  Kampong Pisang  Berbuah  Dua  Kali  dan  ini  merupakan  pertama  kali  dia  menggalas  tanggungjawab  sebagai pengarah filem. Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngensot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran BOO (404)

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac hadapan. Mengekalkan  tunggak  utama  dalam  meneraju  watak  sebagai  penduduk  Kampong  Pisang,  seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri  (Cik  Purnama),  Ahmad  Yassin  (Yassin),  Rasydan  Zakaria  (Adan),  Nizam  Mok  Ram  (MA  Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).   

Menerusi filem terbaru ini, buat julung-julung kalinya Pak Karim yang dikenali sebagai mantan guru silat yang di segani dalam kampung itu  mempamerkan taring dan ketangkasannya dalam bersilat yang tidak pernah disajikan menerusi sekuel terdahulu. Selain itu, memperlihatkan juga semangat tidak putus asa Barkoba untuk mendapatkan cinta Yati kesinambungan daripada ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’.  

Setiap  naskhah  Kampong  Pisang  pasti  diwarnai  dengan  watak  wanita  dengan  karakter  tersendiri. Kehadiran  pelakon Datin Paduka Eina Azman   memegang  watak  sebagai  Cik  Mek  sudah  pasti menambahkan kegamatan dalam kampung ini. Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu bersama watak  baru  Cik  Gerhana  lakonan  Azman  Mantra  personaliti  media  sosial  yang  pernah  tular  kerana nyanyiannya.  Selain mereka, watak baru yang turut diperkenalkan adalah Yaakob Kangkong lakonan oleh pengacara Dollah Cantik. Cukup menarik juga, watak daripada ‘Kampong Pisang Bersiri Siri’, iaitu Khuda serta Teck Zee (Kampong Pisang Kita Setandan) turut kembali dalam filem ini.   

Tampil  sedikit  berbeza,  ini  adalah  kali  pertama  menyaksikan  universe  Kampong  Pisang  meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.  

“Alhamdulillah,  akhirnya  filem  ini  akan  menemui  penonton tidak  lama  lagi.  Meskipun  teruja  untuk  mempersembahkan  karya daripada legasi peninggalan arwah ayah saya, namun dalam masa yang sama saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton terutamanya peminat Kampong Pisang. Ini merupakan taruhan pertama saya sebagai pengarah  filem,  tentunya  saya  cuba  mengekalkan  elemen  yang  ada dalam Kampong Pisang dan dalam masa yang sama turut menerapkan elemen baru agar gabungan tersebut  dapat  memberikan  pengalaman  segar  kepada  penonton  seperti  karya-karya  sebelumnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang  banyak  memberi  kerjasama  dan  bertukar  pendapat  dalam  menjayakan  setiap  babak.  Saya berharap menerusi filem ini akan menjadi permulaan yang baik untuk saya memperjuangkan seni dan teruskan legasi ayah saya.” - Pengarah  Filem  Kampong  Pisang  Berbuah  Dua  Kali,  Amen  Khalid

 “Kehilangan  Allahyarham  Mamat Khalid  merupakan  satu  kehilangan  permata  dalam  industri.  Namun  kami percaya peminat-peminat Kampong Pisang bersetuju tiada siapa yang lebih layak  meneruskan  perjuangan  Allahyarham,  selain  anak  beliau  sendiri, Amen  Khalid.  Selaku  penerbit,  kami  rasa  amat  bertuah  dan  merupakan kenangan  manis  di  atas  kepercayaan  yang  diberikan  serta  peluang  bekerjasama  dengan  seorang sutradara  berbakat  besar  dan  dikagumi  ramai,  iaitu  Allahyarham  Mamat  Khalid.  Kampong  Pisang Berbuah  Dua  Kali  cukup  istimewa  kerana  ia  adalah  idea  asal  oleh  Allahyarham  dan  kami  percaya  Amen Khalid mampu meneruskan legasi dengan cara serta gayanya tersendiri. Kami harap peminat dan rakan industri dapat  memberi  sokongan dan semangat kepada pengarah baru yang  berbakat. Astro Shaw sentiasa bersedia menyediakan ruang dalam mengetengahkan bakat-bakat kreatif baru untuk mempersembahkan karya seni mereka. Insyallah, banyak lagi perancangan Astro Shaw bersama produksi Enjit Enjit Semut kelak, jadi nantikan.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw,  Raja Jastina  Raja  Arshad 

SINOPSIS KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI :

Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka. 

Saksikan  komedi  seram,  Kampung  Pisang  Berbuah  Dua  Kali  yang  akan  berada  di  Pawagam  Rumah Anda, Astro First bermula 3 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di  Astro  Go  atau  On  Demand.  Dengan  hanya  RM15,  anda  boleh  menonton  selama  48  jam  (2  hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.  

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.