Wall's Ovaltine Crunchy Pop Ice Cream

Saturday, 26 February 2022


Sejak makan Ovaltine spread yang En. Fendy beli dekat Pangkor tu rasa sedap pulak dengan chocolate Ovaltine ni padahal sebelum ni tak pernah pandang pun. Sebelum ni dah pernah beli dah aiskrim Ovaltine ni dekat 7E. This time beli satu kotak terus sebab dalam rumah ni ada 3 orang. Haaa ada lah sorang dapat makan lebih walaupun mengundang kemarahan. 

Wall's Ovaltine Crunchy Pop Ice Cream ni dikeluarkan oleh Wall's pada Julai 2021 so kira baru lagi lah produk ni. Baru keluar dah curi hati orang. 

“Wall’s Malaysia have brought joy to Malaysians with our vast range of exciting and delicious ice creams. With this new ice cream experience from the Wall’s Ovaltine Crunchy Pop ice cream, we hope we can put smiles on the faces of everyone in Malaysia, especially during such challenging times. As you enjoy the nostalgic taste of Ovaltine, you will also be surprised by a #CrunchyKawKaw experience that is sure to inject some noise and fun to shake up your everyday snacking,” - Shiv Sahgal, Marketing Director of Foods & Refreshments category for Unilever Malaysia. 


Harga untuk sebatang aiskrim Ovaltine Crucnhy Pop ni dalam RM3.50 macam tu tapi depends lah dekat mana dijual. Kalau untuk sekotak ni RM11.80 tapi yang ni beli dekat Foodpanda Mart so kena tambah untuk delivery charge lah. 

Berbaloi tak beli semahal tu? 

Haruslah berbaloi! Bahagian luar crunchy dengan Ovaltine chocolate flakes. Bila makan krup krap, sesuai lah dengan tagline #CrunchyKawKaw tu. Bahagian dalam pula mampat dengan aiskrim vanila dengan syrup chocolate. Perfect remedy for stress eating. Pastu lemak bertambah hahaha but that's okay.. I'm okay. Thanks Wall's for this great product. 

Aiskrim Ovaltine ni ada juga dalam bentuk container ataupun dalam cup kecil tu tapi I tak jumpa lagi. Harga pun not sure berapa. Tapi both of them tak ada lah coating crunchy dekat luar macam aiskrim batang ni. I rasa ada la crunchy dia macam spread tu. Entahlah.. kena beli dulu gamaknya baru tahu ye dak? Anyway, happy Saturday everyone :)

1 comment

  1. My feveret aiskrim.. Sedap gila masa pertama kali cuba..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.