Nice to C U Beef Bulgogi Gimbap

Saturday, 26 February 2022

 

Masa jalan-jalan cari makan dekat area HELP University, Subang Bestari baru perasan ada outlet Nice to C U baru buka dekat situ. Dia ambil satu lot kedai je tapi okay lah sebab boleh extend sampai ke luar untuk ruang makan. Bijak jugak lah buka dekat situ sebab berhadapan je dengan universiti. Students dekat situ selalu singgah beli makanan sebelum balik rumah. 

Kawasan ni agak jauh lah dengan rumah so jarang lah ke sini sebab malas nak hadap jam dekat sini. Kalau peak hours memang ramai orang especially malam. Memandangkan adik kerja dekat area situ, pesan dekat dia belikan gimbap dengan goguma. Nak jugak lah merasa gimbap kat sini macam mana. 

Ada 3 pilihan gimbap - ayam, tuna dengan daging lembu. Ayam bosan, tuna tak best so ambil daging je lah kan. Tengok bahan dia letak pun macam banyak, so dengan harga RM 7.99 tu kira okay lah kot sebab mana-mana pun memang jual gimbap per roll dengan harga tu. 


In terms of rasa yang bersifat subjektif tu, I tak nak sembang banyak tapi gimbap ni tawar walaupun banyak bahan. Nama pun bulgogi kan, patutnya terasa lah sos BBQ tu tapi tak ada pun. Bau apatah lagi. I pernah makan gimbap dekat banyak restoran macam Kfry, Seoul Garden, AEON ataupun gerai tepi jalan still they taste wayyy better than this. Lepastu annoying jugak lah dia macam tak melekat elok. Senang sangat terburai. Ni bukan I potong ea, memang CU dah sediakan macam tu. Horror experience for me lah. Lepas ni beli tteokbokki je lah kot dekat situ selagi CU tak resolve masalah ni. 

1 comment

  1. Sayanglah dia tak buat elok-elok.. Kalau tak okay je nak beli lagi kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.