Director : Behzad Khambata
Writer : Behzad Khambata
Cast : Yami Gautam, Atul Kulkarni, Neha Dhupia, Dimple Kapadia, Karanvir Sharma
Production Companies : RSVP Movies, Blue Monkey Films
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 129 minutes
Release Date : 17 February 2022
Trailer:
Filem terbaru terbitan RSVP Movies mengisahkan tentang guru tadika, Naina Jaiswal (Yami Gautam) yang baru sahaja pulang selepas bercuti selama 3 minggu. Naina ambil alih untuk menjaga kesemua 16 orang pelajar di tadika Little Tots, Colaba, Mumbai untuk meraikan hari jadi Niharika. Sebaik sahaja driver sampai untuk hantar kek, Naina mulakan plan dia untuk jadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan agar pihak polis bersetuju dengan permintaan dia.
ACP Catherine Alvarez (Neha Dhupia) yang sedang sarat mengandung ditugaskan untuk mmengawal keadaan sementara Naina minta pihak polis tunaikan permintaan pertama iaitu Inspektor Javed Khan (Atul Kulkarni). Permintaan kedua ialah bercakap dengan Perdana Menteri Maya Rajguru (Dimple Kapadia) yang baru sahaja tiba di Mumbai. Dalam masa yang sama, Naina minta pihak polis cari Rakesh Mathur dan Charan Kumar. Setiap kali permintaan dia ditunaikan, beberapa orang pelajar tadika dibebaskan. Jika mereka gagal, salah seorang dari kanak-kanak tersebut akan dibunuh.
Dari trailer pun dah nampak Yami Gautam bertukar avatar dari seorang yang ayu dan penyayang kepada seorang yang mengerikan. Dia berbicara dengan tegas, dia tetap dengan pendirian dan permintaan dia. Sesuai lah persona sebagai bekas peguam korporat. Sikit demi sedikit pengarah kupas mengenai latar belakang dan kenapa dia bertindak sedemikian. Dari renungan mata dah cukup untuk menjelaskan perasaan marah, sedih, takut ataupun risau bila keadaan memerlukan.
Bangga dengan Yami Gautam sebab tak pernah putus asa buktikan bakat lakonan dia dalam industri walaupun sering diendahkan. Pandemik covid-19 cipta peluang untuk pelakon seperti Yami dapat peluang berlakon dalam movie dengan skrip yang bagus. Sementara commercial actors tengah bergelut mencari job, pelakon berbakat dah mula raih perhatian dari juri dan penonton.
Selain dari lakonan Yami Gautam yang mantap dengan watak Naina Jaswal, sinematografi dari Anuj Rakesh Dhawan banyak menggunakan close-up shot untuk menguatkan lagi aura seram dan misteri dari watak utama. Music score dari Rooshin Dalal dan Kaizad Gherda keluar dari kepompong latar musik tipikal dan hasilkan musik seram yang meninggalkan trauma setiap kali Yami muncul onscreen.
Dalam babak Akash ditembak mati oleh Naina, walaupun I dalam keadaan tak percaya tapi masih lagi meremang sebab scene tersebut digambarkan dari point of view pengasuh tadika, Savitri (Kalyanee Mulay). Penceritaan juga tak buang masa dengan scene yang tak perlu. Watak sampingan seperti ACP Catherine dan Inspektor Javed ada konflik tersendiri dan paparkan perbezaan antara protokol dan pengalaman. Sama juga dengan watak Shalini (Maya Sarao) menggambarkan jurnalis yang mengejar rating dengan mantap.
Walaupun ada beberapa babak yang menyimpang jauh dari realiti macam komando gagal untuk masuk ke dalam premis tadika ataupun babak Perdana Menteri turun untuk berjumpa sendiri dengan Yami namun kelompongan plot ini ditutup oleh kekuatan komentari sosial yang dibawakan oleh Naina Jaswal. Boleh kata semua wanita akan bersimpati dengan nasib Naina. Perubahan drastik yang sama ditonjolkan melalui Savitri bila mana watak dia masih dalam keadaan trauma tapi tersenyum lega lepas dia faham kenapa Naina bertindak sedemikian.
Mungkin movie A Thursday ada beberapa kelemahan teknikal tapi filem ni berjaya tanam benih harapan untuk wanita hidup dalam keadaan yang selamat. Benar apa yang dikata PM Maya bila rang undang-undang susah untuk diluluskan tapi sebagai seorang yang ada kuasa untuk bawa suara mangsa, dia sendiri perlu faham keadaan dan trauma yang dialami. Satu tahun, sepuluh tahun waima dua puluh tahun sekalipun takkan mampu hilangkan trauma menjadi mangsa gangguan seksual. Tak kisah lah sebesar mana pun gangguan tersebut.
Walaupun sekuel A Thursday tak setanding naskhah A Wednesday (2008) tapi boleh kata pengarah dan penulis Behzad Khambata berjaya hidupkan kembali aura genre thriller yang mula menghilang dari industri Bollywood. Kudos to the team!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10
ok nanti nak tengok!
ReplyDelete