Production Company : Dharma Productions, Viacom18 Studios, Jouska Films
Distributor : Amazon Prime Video
Genre : Romance / Drama
Running Time : 148 minutes
Release Date : 11 February 2022
Trailer :
Mengisahkan Alisha (Deepika Padukone) yang jatuh cinta dengan Zain (Siddhant Chaturvedi) lepas double date di kapal layar mewah milik Zain. Masing-masing dah ada life partner dan bakal menginjak ke fasa seterusnya tapi pertemuan Alisha dan Zain menghidupkan rasa cinta bila masing-masing mempunyai sejarah hitam dalam hidup.
‘When no one looking out for you, you have to look out for yourself’ - Zain
Alisha mula rasa sesak dengan Karan (Dhairya Karwa) yang berperangai tak jauh dari ayah dia (Naseeruddin Shah). Karan lebih selesa berkawan dengan Tia (Ananya Panday), adik sepupu Alisha dan tunang kepada Zain. Untuk Zain pula dia mula mengorak jauh dalam perniagaan bila Tia muncul dalam hidup sebagai life partner dan investor kepada semua projek. Dia rimas setiap kali keluarga Tia pandang rendah dan abaikan cadangan dia dalam semua perkara.
Bila Tia pergi ke LA selama 2 minggu dan Karan ke Alibaug untuk mencari ilham untuk novel barunya, Zain dan Alisha makin rapat dan intim bersama. Alisha ambil keputusan untuk berhenti berjumpa dengan Zain bila Karan melamar. Zain pula tak putus asa memujuk alisha supaya hubungan mereka diteruskan. Dalam masa yang sama perniagaan Zain mula dilanda masalah bila investor mereka terlibat dalam perniagaan haram dan ditangkap oleh pihak polis.
Setelah kejayaan Shakun Batra dengan naskhah Kapoor & Sons (2016), kali ni dia kembali dengan naskhah bertemakan domestic noir dan menyingkap kehidupan Alisha yang terperangkap dalam trauma zaman kecil. Ibu dia rasa stuck dalam kehidupan mereka dan ambil keputusan untuk bunuh diri. Alisha kemudiannya letakkan semua kesalahan pada ayahnya.
‘She died as a good mother and I must go on living as the terrible father.’ – Vinod Khanna
Filem Gehraiyaan (Kedalaman) sepenuhnya terletak pada bahu Deepika bila watak Alisha menjadi tumpuan utama. For me Deepika did a great job in delivering every emotions and ‘complexity’ (read as stupid). Tapi cukup ke naskhah ni bila hanya bergantung pada satu watak saja sedangkan wujudnya 3 lagi watak sampingan tanpa dikembangkan dengan baik.
Dalam beberapa babak boleh nampak kenapa Zain atau Alisha cari peluang untuk keluar dari kehidupan yang menyesakkan jiwa. Jasad ada dengan life partner tapi jiwa mencari pasangan curang. Sumpah I tak boleh nak masuk dalam kasut Alisha walau sesaat pun sebab I lebih berpihak pada Tia. Sampai menangis tengok watak Tia bila dia cuma nak buat yang terbaik untuk Zain tapi partner dia rasa lemas. Dia boleh je pergi kalau Zain dah taknak. Dia ada life dia sendiri, dia ada cita-cita dia sendiri. Tak bermakna dia putuskan hubungan dengan Zain dan move on, dia tak pernah sayang Zain. She did everything and anything for him but what she gets in return?
I boleh nampak kenapa Alisha rasa lemas dengan Karan sebab pengarah tunjuk dengan jelas dalam babak buang sampah tu. Tapi pengarah tak tunjuk kenapa Alisha masih lagi stay dengan Karan. There must be something kan yang buat dia rasa dia perlukan Karan dalam hidup dia bila Alisha boleh buang Vinod tanpa rasa bersalah pun. Dalam babak dia minum kopi dengan Tia pun dia cakap takkan lah dia nak stay dalam hubungan tu just because dia dah 6 tahun bercinta dengan Karan? So clearly show she’s capable of living independently lah kan?
Pengarah letak tajuk Gehraiyaan dan tunjuk ombak yang menggulung dalam which clearly nak bagitahu betapa kompleks dan dalamnya masalah yang dihadapi Alisha sampai hidup dia jadi kusut. Tapi yang I nampak semua masalah dia bukan masalah pun. Sesuatu perkara tu bukan masalah kalau kita boleh lari dari perkara tersebut. Alisha boleh lari dari ayah dia, Karan dan juga Zain. Jadi dekat mana kompleks yang dicanangkan dalam semua interview, teaser dan trailer?
Pertama kali Siddhant Chaturvedi dapat watak yang explore lebih kepada perasaan di mana watak Zain adalah lelaki opportunist dan manipulative. Tengok cara dia gaslighting Alisha dan Tia bila apa yang dia plan tu berantakan. Dia mula hilang pertimbangan dan letakkan salah pada orang lain. Babak Tia confront dia dan minta putus tu boleh nampak modus operandi dia. Sama juga bila dia dapat tahu Alisha mengandung.
Mungkin dalam Gully Boy (2019), Siddhant menyerlah sebagai MC Sher dan mempunyai karisma tersendiri sebab dia selesa dengan watak di mana bakat emasnya boleh ditonjolkan. Malangnya dalam Gehraiyaan ada masanya dia nampak kosong dan tenggelam di belakang Deepika. Chemistry Siddhant dengan Deepika pun tak menyerlah seperti yang digembar-gemburkan oleh PR Deepika. Pengarah patut kembangkan lagi watak Zain supaya kita nampak kenapa Alisha boleh letakkan sepenuhnya kepercayaan pada Zain.
Walaupun banyak kelemahan dalam naskhah yang bertemakan kesihatan mental ni namun masih ada yang bagus terutamanya lakonan Rajat Kapoor sebagai Jitesh, rakan kongsi kepada Zain. Babak dia jumpa Alisha dalam kereta tu padu. Nampak lah siapa veteran actor dekat dalam tu. Puas tengok Alisha kena marah dengan Jitesh sebab buat benda bodoh.
Sama juga dengan Ananya yang makin menyerlah dan perfect cast sebagai Tia yang naif dan terlalu percaya pada Zain mahupun Alisha. Walaupun watak dia digambarkan sebagai naif dan muda tapi dia sebenarnya paling matang dalam movie ni. Macam mana dia jadi tunggak pada Zain dan selamatkan ibu dia dari kisah silam ataupun uruskan kes harta pusaka mendiang ayah dia. I’m happy she took this project and experimenting more on her talent. Chemistry Ananya dengan Siddhant pun nampak meyakinkan walaupun diorang pernah ada personal issue dekat sesi Roundtable Newcomers 2019.
There’s nothing much I can learn from Alisha. Quite disappointed sebab Deepika terus-menerus pilih movie yang tak kena dengan strength dia. Dalam interview dia ada cakap naskhah ni perlu dijadikan medium untuk mangsa trauma bercerita tentang kisah diorang tapi kalau macam ni lah watak Alisha then nope, please don’t.
Dia cuma guna victim card setiap kali ada masalah. Dia salahkan semua orang tapi tak pernah tengok silap diri sendiri. Terkejut tengok plot twist dia sampai timbulkan beberapa persoalan tapi hadap je lah sebab nak habis. Perubahan genre buatkan Gehraiyaan tampak lemah dan pilih jalan mudah. Dekat hujung cerita pun ada twist yang lebih menarik. Dekat situ baru ngam kalau ombak nak keluar. Padan muka Alisha.
Pengajaran terbesar dalam Gehraiyaan bila semua watak sampingan ada masalah lebih dalam dan kompleks dari Alisha but did they make stupid decisions? Nope. (Watak sampingan tak termasuk Zain). Anyway sinematografi, props, stylist dan sinematografi antara kekuatan lain yang cemerlang dalam naskhah Gehraiyaan. Check out for Doobey.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.8/10
Belum berkesempatan langgan amazon prime lagi tapi filem ni dalam list no.1 akan tonton bila dah subscribe nanti :) totally sebab DP. tengok interview dia dlm rangka promosi filem ni memang meyakinkan kenapa dan apa isu sebenar dia ambil watak ni. ermmmm.. wait and see nanti :)
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
fuh! kena tgk filem ni dgn perasaan ni.
ReplyDeletesebab baca words delivered by Fana pun da mcm sesuatu.
apatah lagi ketika nontonnya :)
tq Fana. a great review.
haha tengok dengan penuh perasaan pun sebab Ananya Panday berlakon. Relatable pulak tu watak dia dengan my personal life hehe. Thanks kak aida :)
DeleteBelum berkesempatan langgan amazon prime lagi tapi filem ni dalam list no.1 akan tonton bila dah subscribe nanti :) totally sebab DP. tengok interview dia dlm rangka promosi filem ni memang meyakinkan kenapa dan apa isu sebenar dia ambil watak ni. ermmmm.. wait and see nanti :)
ReplyDelete