Dulu Restoran Gamelan ni buka dekat Oasis tapi lepas3 kali PKP dekat Selangor, owner pindah ke Dataran PHB sebab sewa lagi murah, ruang yang luas dan ramai orang boleh datang makan dekat sini. Dekat Oasis dulu ruang dia agak terhad jugak lah sebab ada 1 lot je itupun dekat tengah. Peak hour memang tapau je lah sebab tak muat nak makan dekat situ.
Dataran PHB ni agak tersorok di kawasan hotel Saujana. Kalau Restoran Gamelan tak pindah sini sampai bila-bila lah agaknya tak jejak kaki ke kawasan ni sebab dok ingat elite residential area. Buat apa nak masuk kan kalau tak ada tujuan?
Jumaat tu kitorang decide nak lunch dekat sini sebab nak makan nasi campur. Bosan lah asyik order Nasi Goreng Ali Muthu je. Dekat Gamelan ni ada kaunter nasi campur, kaunter makanan special macam laksa, laksam, nasi kerabu dengan nasi dagang. Dekat luar ada black board bagitahu makanan istimewa untuk hari tu - Nasi Goreng Thai dengan Kueyteow Kungfu. Tak pernah try lagi menu ala carte dekat restoran ni.
Memandangkan kitorang lunch pukul 1, banyak lauk dah nak habis dah dekat kaunter tu. Ambik je lah apa yang ada. Lauk dah nak habis pun masih lagi konflik nak ambil lauk apa sebab kaunter dia lagi panjang dari Oasis haha
Dalam konflik tu pun penuh jugak pinggan ambil pelbagai lauk. Tempe goreng is a must, terung berlado favorite menu, pucuk paku masak lemak sebab tamak dan ikan patin masak lemak tempoyak sebab menu tu je yang masih banyak. Air haruslah order teh ais sebab teh ais dekat restoran Gamelan ni kaw. Harga lunch haritu around RM15 lebih.
Lama jugak kitorang makan sambil menyembang pasal office dekat sini. Nak pulak dapat makan menu sedap sebab tukang masak dekat restoran ni memang pandai masak. Syok menyembang sampai tak sedar waktu makan tengahari dah habis tapi sebab hari Jumaat kitorang watlek je lah sebab boss kecik balik pukul 2.30.
Ya ampuuunn!
ReplyDeleteSedapnya tengok menu lunch, lauk-pauk pelbagai atas nasi. Terliur weh!
sedap nyaa
ReplyDeleteRuang restoran dia nampak luas dan selesa. Craving pula kita tengok sambal tempe tu..hehe
ReplyDeletePergh!! Meriahnya lauk.. hehehe
ReplyDeleteaida terpandang terung berlada!
ReplyDeletelama nyer tak buat :)
ni la dia hikmah blogwalking hari ni.
dpt idea ikan kembung goreng kat blog fiza.
dan idea terung berlada kat sini :)