Drama Review | Happiness (2021)

Sunday, 20 February 2022


Director : Ahn Gil-ho
Writer : Han Sang-woon
Cast : Han Hyo-joo, Park Hyung-sik, Jo Woo-jin
Production Company : Studio Dragon
Distributor : tvN, TVING, iQiyi, Viki, Viu
Genre : Supernatural / Thriller
Running Episodes :  12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 5 November 2021 – 11 December 2021
Trailer : 


Kemunculan pandemic Covid-19 dah cukup menyeksakan ditambah pula dengan Rita Virus yang berpunca dari pil Next. Pil suplemen Next diwujudkan dengan bertujuan untuk menyembuhkan manusia dari wabak Covid-19 namun gagal lantas menyebabkan manusia bertukar agresif dan menyebabkan manusia hauskan darah. 

Sama seperti wabak zombie, individu yang berubah menjadi zombie akan mencederakan manusia lain dan berupaya sembuhkan diri dengan cepat. Sekiranya individu yang berjangkiti gagal mengawal diri untuk bertukar kepada zombie, virus Next akan ambil alih otak dan badan dan mati dengan kadar yang cepat. 


Yoon Sae-bom (Han Hyo-joo), polis dari skuad Special Operation Unit antara yang terawal berjangkit selepas dicakar oleh trainee. Namun dek kerana antibodi yang kuat, dia tak bertukar malah menjadi pelindung kepada penduduk kompleks apartment mewah, Seyang Forest Le Ciel juga. 

Dari awal episod membawa ke hujung episod menyampah dengan perangai penduduk blok 101 dan juga pelawat yang tanpa sengaja terperangkap lepas Leftenan Kolonel Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) arahkan untuk kuatkuasakan martial law di kawasan tersebut. 


Ikut perancangan asalnya, penduduk hanya perlu bertahan selama seminggu sahaja dan akan mendapat bekalan makanan juga minuman setiap hari. Tapi tu lah, kerajaan kan. Bab berjanji memang laju tapi perlaksanaannya kelaut dalam. Nasib baik lah Sae-bom dengan suami dia, Jung Ji-hyun (Park Hyung-sik) sama-sama anggota polis dan tinggi survival skill. 

Tak faham jugak kenapa pasangan suami isteri ni yakin sangat nak jaga semua penduduk blok tu sedangkan penduduk dekat situ bukannya baik sangat pun. Dari saat diorang berdua buat keputusan tu sampai lah ke hujung cerita mempadanmukakan Sae-bom dengan Ji-hyun setiap kali timbul masalah. Bukan sebab tak kesian tapi diorang berdua yang terpaling kuat judge tindakan-tindakan Leftenan Kolonel dekat kem rehabilitasi. 


Tapi nak marah sangat pun tak boleh jugak sebab nanti mana jadi cerita ye dak? Lagipun tu lah perbezaan utama dengan manusia jenis bertindak lebihkan rasional dengan manusia yang guna empati. Pandangan dua-dua tak ada salahnya dan dekat hujung cerita pun ketiga-tiga watak ni belajar perbezaan pendekatan ni. 

Berbeza tau feeling layan drama Happiness ni dengan feeling masa layan drama All Of Us Are Dead walhal kedua-duanya menggunakan tema yang sama dan berpunca dari virus yang diwujudkan atas alasan tersendiri. I tak pernah penat untuk kagum dan beri pujian kepada Studio Dragon untuk kehebatan karya yang diterbitkan di bawah production house mereka. Boleh jadi juga feeling berbeza sebab perspektif penulis lebih terarah pada perangai manusia dalam situasi genting. 


Rasanya Studio Dragon dah mula dapat perhatian dari streaming platform lain lepas beberapa kali rating tontonan drama mereka popular di Netflix. Memang selayaknya lah dapat peluang dan kejayaan macam tu sebab drama terbitan Studio Dragon selalu bawa sesuatu yang baru dan kebanyakannya menggunakan template edutainment. 


Sama macam naskhah yang lain, sinematografi Happiness dipaparkan dengan cantik menggunakan transition yang kemas. Lighting dan tona warna juga berubah mengikut kehendak situasi dalam babak tertentu. Make up yang digunakan untuk watak zombie nampak meyakinkan. Darah yang digunakan juga tampak asli. Music score banyak membantu menghidupkan elemen saspen sampai anxious setiap kali Sa-beom dengan Ji-hyun perlu buat sesuatu. 


Memandangkan watak-watak utama dalam drama Happiness adalah anggota polis, stunt yang dipaparkan pun menarik terutamanya dalam babak Ji-hyun nak halang Leftenan Kolonel bawa Sa-beom keluar tanpa izin dia. Masa tu memasing woaaaaa limited edition betul suami macam ni. Chemistry Han Hyo-joo dengan Park Hyung-sik antara taruhan drama Happiness. Kalau bukan sebab Sa-beom tak mungkin lah Ji-hyun nak stay dekat situ. 

Skrip dan olahan Happiness boleh kata bagus juga lah sebab pengarah Ahn Gil-ho adalah pengarah yang sama untuk drama Stranger (2017). Lee Kyu-hyung pun berlakon sebagai guest appearance dalam drama ni tapi screentime dia tak lama dan tak penting mana kalau nak dibandingkan dalam Stranger. 


Malangnya bagus macam mana pun drama Happiness dan macho atau romantik watak Ji-hyun tu tetap tak boleh ulang lagi sebab tekanan darah naik tinggi tengok perangai watak sampingan yang lain. I tak rasa ada kekuatan lagi untuk hadap konflik macam tu. Cukuplah sekali. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

5 comments

  1. kalau kat netflix habis dah layan ni..

    ReplyDelete
  2. peminat2 k-darama pasti tak ketinggalan

    ReplyDelete
  3. "limited edition suami macam ni" hahahha..makin jatuh cinta ngan ji-hyun masa babak ni, cool gile! :P

    ReplyDelete
  4. k-drama 2021 baru tengok dua ke tiga drama? hahahah ni memang dah dalam list tapi dia punya malas nak tengok tu haihhh

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.