Drama Review | Girl From Nowhere (2018)

Saturday, 19 February 2022

Director : Pairach Khumwan, Sitisiri Mongkholsiri, Apiwat Supateerapong, T-Thawat Taifayongvichit, Jatuphong Rungrueangdechaphat, Varayu Rukskul, Chai-A-Nan Soijumpa

Writer : Kongdej Jaturanrasamee, Aticha Tanthanawigrai, Tinnapat Banyatpiyapoj

Cast :  Chicha Amatayakul, Thanavate Siriwattanagul, Poompat Iam-Samang, Nutchapan Paramacharoenroj, Ratchnon Wasurat, Pajaree Nantarat, Thitinan Khlangphet 

Production Company : GMM Grammy (2018), SOUR, Jungka Bangkok, BRAVO! Studios (2021-present), GMM Studios (2021-present)

Distributor : GMM 25 (2018), Netflix

Genre : Thriller / Mystery / Horror / Fantasy / Teen drama

Running Episodes : 22 episodes (1 hour per episode)

Release Date : 8 August 2018 

Trailer : 


Drama Girl from Nowhere mengisahkan tentang Nanno (Chicha Amatayakul) yang muncul di sebuah sekolah pada pertengahan semester. Kehadiran dia mesti menarik perhatian ramai pelajar di sekolah tersebut sama ada kerana kecantikannya ataupun kerana kehadiran dia pada pertengahan semester. Jarang pelajar berpindah sekolah pada pertengahan tahun melainkan ada sesuatu buruk terjadi. 

Kehadiran Nanno pula lebih kepada mencetuskan kontroversi atau menghasut mangsa untuk balas dendam atau provok individu tersebut melakukan sesuatu. Nanno agak misteri sebab kita tak tahu latar belakang dia bila watak Nanno tak pernah bercerita tentang keluarga ataupun kawan lama. Macam mana dia boleh datang ke sekolah tersebut pun tak ada siapa yang tahu. 

Yang pastinya Nanno bukan manusia kerana dia dah berkali-kali meninggal dunia lepas dibunuh oleh Hok (Poompat Iam-Samang) dan rakan-rakannya. Hantu juga bukan sebab semua orang tahu kewujudan dia. Boleh jadi dia adalah anak kepada Satan which I know it’s absolutely ridiculous but nothing is impossible. Chicha Amatayakul mantap sebagai Nanno. 

Dalam drama ni boleh nampak lah yang pelajar selalu bertindak di luar batasan dan berfikiran pendek sebab tu lah senang sangat Nanno nak provok ataupun cetuskan kemusnahan di mana-mana sekolah yang dia pergi. Sama juga dengan watak dewasa dalam drama ni tapi tak semua yang jadi mangsa Nanno. Yang buat jahat je lah selalunya menggelupur macam dalam Episod 1 bila Cikgu Win (Thanavate Siriwattanagul) yang guna profesion dan fizikal dia untuk mencabul pelajar. 

Kenapa drama ni diklasifikasikan sebagai seram? Semua sebab Nanno yang pandai menghasut dan memanipulasi keadaan. Ada masa dia boleh jadi kawan yang baik tapi setiap masa dia akan datang dengan agenda dia tersendiri. Meremang bila tengok dalam saat genting dia boleh gelak macam orang gila. 


Sepanjang drama ni ditayangkan sebanyak 22 episod, memang tak nampak apa matlamat Nanno ataupun faedah yang dia dapat dari semua tindakan dia. Dekat episod-episod awal nampak Nanno cakap dia cuma nak berkawan sebab dia sunyi tapi dalam episod 8 – Lost and Found, Nanno tikam belakang TK (Ekawat Niratvorapanya) kemudiannya Nanno berpindah ke sekolah baru dan tinggalkan watak TK di episod 8 sahaja. Masa tu dah mula malas nak layan drama ni sebab tak faham apa dia nak. Nak happy dengan kewujudan Nanno pun macam tak boleh sangat sebab dia bukannya baik sangat. 

Setiap episod diarahkan oleh pengarah yang berbeza tapi kesemuanya bersepakat menggunakan template dan konsep yang sama. Tak banyak beza pun hasil sentuhan masing-masing pada setiap episod. Suasana seram dan lighting agak malap juga kelam banyak digunakan dalam drama terbitan GMM Grammy ni. Kecuali untuk episod 11 - "The Rank" bila sekolah tersebut menggunakan beauty ranking untuk bagi keistimewaan pada 10 pelajar teratas. Set dan props lebih comel dan pinkish untuk hidupkan suasana feminine.

Drama Girl From Nowhere ni tak sesuai untuk tontonan semua sebab babak-babak keganasan yang melampau dipaparkan dalam beberapa episod. Walaupun berlatarkan pelajar sekolah tapi ekstreme jugak lah tindakan diorang ni. So another question comes up to my concern, who is the actual target audience for this drama? Untuk entertainment, drama Girl from Nowhere datang dengan idea yang segar dan unik. Satira yang diadun juga memberi impak tersendiri. Watch it at your own risk. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

1 comment

  1. jalan cerita dia bukan tipikal drama budak sekolah biasa. bila scene dia kena bunuh hidup balik terus seram dgn Nanno tapi ada episod tu nampak macam normal. ntahlaa confius tak tahu apa identiti sebenar Nanno, sekali dgn kita rasa psiko tengok cerita ni..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.