Drama Review | All of Us Are Dead (2022)

Monday, 7 February 2022


Director : Lee Jae-Kyu, Kim Nam-Soo
Writer : Joo Dong-Geun (webcomic), Chun Sung-Il
Cast : Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Cho Yi-hyun, Park Solomon, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi, Kim Byung-chul, Lee Kyu-hyung, Jeon Bae-soo
Production Company : Film Monster by JTBC Studios, Kim Jong-hak Production
Distributor : Netflix
Genre : Fiction / Horror
Running Episodes :  12 episodes (53–72 minutes per episode)
Release Date : 28 January 2022
Trailer : 


Drama baru terbitan Netflix mula mendapat perhatian ramai bila menyajikan kisah yang bertemakan zombie. Jonas Virus adalah virus baru yang dicipta oleh Cikgu Lee Byeong-chan (Kim Byung-chul) di mana sel agresif digandakan telah menyerang pelajar sekolahnya kemudian mengakibatkan zombie outbreak. Tujuan virus tersebut dicipta adalah kerana ingin membantu anaknya lawan masalah buli di sekolahnya. 

 "We live in a system of violence. A nobody like me can not change the system". - Lee Byeong-chan


Chong-san (Yoon Chan-young) yang baru sahaja kecewa setelah dapat tahu On-jo (Park Ji-hu) ada hati dengan Lee Su-hyeok (Park Solomon) bertindak sebagai hero untuk melindungi On-jo seperti selalunya. Mereka kemudiannya berkumpul di dalam kelas bersama survivors lain. Maka bermulalah survival strategy mereka sekumpulan untuk keluar dari neraka tersebut. 

Kalau ikutkan tak nak layan pun drama baru ni sebab dah mual dengan cerita zombie tapi saja bagi peluang, mana tahu syok nak layan. Rupanya kecewa bertimpa-timpa sebab jalan cerita tak logik yang dibebani dengan kedangkalan penulis untuk keluar dari kepompong dunia pelajar sekolah. Drama All Of Us Are Dead adalah adaptasi dari webtoon yang diterbitkan pada tahun 2009. Kata director ada banyak babak diolah untuk sesuaikan dengan latar masa sekarang tapi susah nak hadam bila banyak sangat lompong pada cerita.


Macam babak mereka bersetuju untuk naik ke makmal sains hanya untuk berdrama. Tak ada seorang pun nak siasat tentang virus yang dicipta oleh cikgu mereka sedangkan satu kelas bergosip sebelum zombie outbreak tersebut. Dari awal sehingga habis cerita, perkara sama akan jadi. Dapat data baru untuk dibincangkan tapi tak digunakan langsung dalam strategi seterusnya. 

Sama juga macam scene Chong-san dan Su-hyeok dapat tahu tentang Yoon Gwi-nam (Yoo In-soo) dan Prez (Cho Yi-hyun) adalah spesies Hambie, separuh manusia separuh zombie tapi tak ada langsung cadangan untuk biarkan watak Prez berkembang namun disorok saja sebagai watak yang lemah dan perlukan perlindungan. Sudahnya semakin ramai yang mati dan bertukar menjadi zombie. 


Kenapa biarkan zombie semakin ramai sedangkan tenaga survivors makin lemah? Melainkan pengarah tunjuk yang watak Prez tak boleh bertukar kepada Hambie dengan cepat sebab keinginan untuk makan akan jadi makin kuat. Antara kekuatan drama ni ialah simbiosis virus dan perumahnya. Macam mana drama The Silent Sea (2021) tunjuk manusia beradaptasi dengan lunar water, macam tu juga lah Jonas Virus mencari perumah yang kuat untuk hidup bersama. Sama juga dengan virus covid-19 yang sentiasa bermutasi dengan sel manusia dan menghasilkan varian baru. 


Dalam kebanyakan babak, kesemua watak ambil jalan mudah dengan tukar musuh jadi zombie walhal masing-masing sedar yang zombie adalah musuh utama yang belum diketahui kelemahan atau kekuatan mereka. Nak kata pelajar sekolah ni tak tahu pasal zombie, ada babak diorang mention pasal movie Train To Busan (2012) so they are well aware of zombie. Lebih menarik kalau diorang guna general knowledge untuk lawan zombie tapi cara tu tak menjadi ataupun sebaliknya. Sekurang-kurangnya kita tahu millennials are well-prepared with zombie apocalypse. 


Kalau watak-watak pelajar sekolah ni dangkal dan fikir pendek, boleh lah kita terima sebab kebanyakan survivors adalah pelajar yang malas dan corot dalam pelajaran. Tapi bila watak guru dan dewasa yang lain pun fikir pendek, nampak sangat kelemahan tersebut datang daripada penulis dan pengarah. Tu belum masuk part transition zombie mengikut kadar screentime pelakon. Kalau pelakon sampingan amboi lama ambil masa untuk bertukar tapi kalau extra pap pap pap dah bertukar!

Kebanyakan masanya team production cuma guna babak emosi untuk buatkan penonton setia sehingga ke episod akhir. Team budak sekolah ni boleh sampai ke kem kuarantin dengan cepat kalau diorang guna kelebihan Prez. Watak mak Chong-san pun lemah bila dia dah sedia maklum tentang situasi negara tapi bahayakan diri dan panggil zombie. Ayah Chong-san entah hilang ke mana. Watak dalam drama ni kalau penulis nak dia muncul maka muncul lah dia tanpa kepentingan atau character development. Kalau penulis kata dia kena mati maka mati lah watak tersebut. Pfftt


I dah excited bila nampak Kim Byung-chul because he is one of my favorite actor. Dia hidupkan watak ayah yang desperate cari jalan untuk bantu anak hadap masalah buli ni dengan bagus dan meninggalkan impak tapi watak dia pun terbatas dek kerana kelemahan penulis. My favorite scene bila dia bercerita tentang siput babi dan parasit dalam kelas juga pada masa yang sama anak murid dia kena buli. Watak dia melambangkan keterbatasan manusia marhaen yang cuma hidup terkurung dalam sistem. Tak mampu untuk ubah dan tak mampu juga untuk bertahan dalam sistem tersebut. Pendek kata, faktab.


Naik semangat bila tengok watak Song Jae-Il (Lee Kyu-Hyung) sebagai detektif tapi senasib juga dengan Dr. Lee. Sebelum ni Kyu-Hyung berlakon bagus dalam drama Stranger (2017) dan movie Juror 8 (2019) tapi dapat watak lemah pula lepas dah lama tak berlakon. Patutnya director tak payah masukkan watak dia pun tak apa. Perjalanan watak dia menyedihkan. 

Watak Nam So-Ju (Jeon Bae-Su) pun satu hal juga, muncul sebagai paramedik kemudiannya bertukar kepada ahli bomba dan dapat tahu dia pernah join Special Force. Nampak gah pada perjalanan karier tapi tidak pada penceritaan. Buat apa lah askar habiskan peluru untuk kejar manusia yang lari dari kem kuarantin padahal musuh mereka lagi besar dekat luar sana? 


Watak On-jo pula bukan sahaja corot dalam pelajaran malah dalam kehidupan juga. Sentiasa jadi batu penghalang pada kejayaan orang lain dengan emosi dan kedangkalan dia. Macam mana rescue team nak datang kalau tak letak sign SOS dekat broadcasting class tu. 

Pendek kata tak ada yang menarik pun dalam drama terbaru Netflix walaupun ada keunikan pada spesies Hambie yang mungkin akan dikembangkan pada musim kedua. Tak pasti lah nak tengok sequel ke tak sebab kelemahan skrip ni akan kekal sekiranya pengarah dan penulis tak ditukar kepada yang lebih mantap hasil kerjanya. 

p/s : Rasa nak marah dengan tajuk yang exaggerate – All Of Us Are Dead katanya tapi bila tengok statistik zombie hanya minoriti.

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

11 comments

  1. Tak habis lagi tengok drama ni, terberhenti di episode 6 sebab tak sanggup nak tengok dah. Boring dia tak boleh bawak berbincang hahaha :') Awal awal episode lagi dah rasa macam hmmmm

    ReplyDelete
  2. Haaa.. setia jugak tonton sampai habis nak tengok macam mana semua mati, hihi.

    Yang pasti, ini drama Zombie yg mencalar emosi.

    ReplyDelete
  3. semalam baru start layan..sampai ep 7..sekadar layan je la.. mesti banyak sgt x logik nya.

    ReplyDelete
  4. Dah habis layan. Betul, banyak main dengan emosi. Aien je la terhibur sebab kena berlari sambil tengok. Ada beberapa part bengang jugak. Like? bodo amat~ over all, macam nak hype. tp tetap hampeh.

    ReplyDelete
  5. jalan cerita mmg kdg2 tah apa2 tapi suka zombies korea lebih canggih dari omputih punya

    ReplyDelete
  6. mama baca review mmg ramai kata kureng. so.. mama pass la lagipun mama x suka citer zombie hihi

    ReplyDelete
  7. Saya habiskan tengok drama ni sehari. haha drama ini plot dia mcm tak menarik sangat. Banyak benda berlaku hanya kerana nak panjang kan episod je.

    ReplyDelete
  8. Try tengok siri Jepun : Love You until the world ends. Pasal zombie jugak. Tapi, siri Jepun tak semua orang suka. May or may not be your cup of tea.

    ReplyDelete
  9. Seram haihh drama ni. Tengok anak buah rileks je tengok drama ni memasing. Trend betul kan All of us are dead macam squid game.

    ReplyDelete
  10. tengoklah juga nak tahu kelainan dari zombie sebelum ni..

    ReplyDelete
  11. terpandang-pandang title drama ni kat netflix.
    hanya belum nak klik tgk je, Fana.
    mcm tak best je? hu hu hu hu...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.