Bersempena dengan Chinese New Year, Family Mart keluarkan menu baru - Crispy Chicken Loaf with Cheesy Potato. Kalau tengok pada poster macam sesuai lah menu ni sebab warna dia tu main peranan penting. Gabungan warna merah loaf ayam dengan kuning kentang lenyek.
Terus rasa nak try menu baru ni sebab mesti lah menu ni sedap kan? Ada ayam dengan kentang lenyek. Kedua-dua bahan ni sedap kot. Macam makan hashbrown dengan loaf ayam lah lepastu tambah cheese. Menu ni ada dua jenis, Crispy Chicken Loaf (RM4.20) dan Crispy Chicken Loaf with Cheesy Potato (RM5.40).
Entahlah kenapa beli sampai dua. Tamak kemain gayanya padahal tak tahu pun sedap ke tak. Bau dia macam tak syok sangat sebab ada taburan bijan hitam. Bila rasa pun macam mehhhh sebab rasa loaf dia tak ngam dengan kentang. Mungkin sebab kentang tak masak properly kot. Entahlah yang penting dia tak berjaya buatkan I beli untuk kali kedua ataupun seterusnya. Mungkin kalau goreng lebih sedap kot berbanding masuk oven. Mungkin.....
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.