Raikan Kejayaan Di Menate Steak Hub, Starpac Point

Sunday, 26 December 2021


Dah lama nak cuba makan dekat Menate Steak Hub ni tapi tak pernah sempat nak ke mana-mana cawangan dia sebab jauh dari rumah. Bila dapat tugasan dekat HQ di Starpac Point, terus ajak adik pergi sekali. Alang-alang dah ke sana, tengah mengidam nak makan pasta, boleh lah sekali harung celebrate sekali lepas dapat email dari Unit Pesuruhjaya Sumpah.


Masa kitorang pergi tu lepas Maghrib so tak ramai sangat lah orang dekat situ, senang je lah nak dapat meja. Dah dapat meja terus pergi ke bahagian frozen sebab dekat situ ada semua jenis daging yang dipotong dan diasingkan untuk dipilih mengikut bajet kita. Dekat sini ada daging wagyu, daging lembu yang dipotong ikut bahagian tertentu, daging kambing dan ayam. 


Dah nama pun datang sebab nak celebrate, kitorang pilih daging wagyu dimasak secara medium. Pilihan sos pula ada dua sama ada BBQ ataupun mushroom. Since kitorang tak suka BBQ, I pilih mushroom lah. Baru sedap kan panas-pana dip dalam mushroom yang chewy. Untuk pasta pula I ambil  seafood aglio e olio, adik I nak mammamia beef carbonara. Untuk appertizer kitorang pilih garlic bread dengan mushroom soup. Tak ingat nama drinks tu apa tapi Caramel Latte Blended dengan Peach Passion Ade rasanya. 


Walaupun steak hub ni restoran western tapi tak tunggu lama pun lah untuk semua hidangan kitorang siap. Daging wagyuyang terpaling awal sampai sebab dah order sebelum main dishes. Masa tu expect nak kena tunggu lama lah sebab dah terbiasa kena tunggu setengah jam lebih lepas order. Lagi banyak order lagi lama lah jadinya. 


So ni lah daging wagyu yang ditunggu-tunggu tu. Curious lah rasa dia macam mana sebab selalu nampak orang dok puji sedap kan. Dalam satu hidangan daging wagyu ada disertakan sayur brokoli, asparagus, lobak merah, kacang pis dengan tomato ceri, ada coleslaw, kentang lenyek dan mushroum sauce jugak. Tak liat pun nak potong daging wagyu yang diimport dari New Zealand ni tapi agak kecewa lah sebab chef guna sos banyak sangat sampaikan dekat bahagian tepi daging tu rasa masin sangat. Even makan daging dengan sayur ataupun kentang pun terasa jugak masinnya. 

Kalau tengok dalam gambar tu pun boleh nampak limpahan sos dia kan? Kecewa, kecewa, kecewa tu je I boleh cakap sebab rasa masin tu terlampau kuat sampai potong rasa daging. Nasib baik lah dekat bahagian tengah tak terjejas. Boleh lah rasa lembut dan manis daging wagyu tu. Asparagus pun pahit, rasanya asparagus dekat Cameron Highland je kot yang manis haha. 


Nak hilangkan rasa masin tu kitorang stop makan jap lepastu makan garlic bread dengan mushroom soup. Patutnya tak payah order pun appetizer ni sebab banyak dah makanan untuk kitorang berdua. Order sebab ingatkan masa menunggu tu lama haha menyesal. Bab sedap tu memang sedap lah sebab mushroom dia dibikin sendiri, bukan pek komersial. 


As for the main course, my dish is the huge letdown. Rasa seafood aglie e olio ni tawar macam spaghetti tu tak sebati dengan seafood. Selalunya kalau makan seafood aglio e olio mesti terasa manis air udang tapi yang ni tawar. Dah la banyak blackpepper daripada chili flakes. 


Nasib baik lah Mammamia Beef Carbonara ni sedap bila fettucini tu bersalut elok dengan krim. Itupun awalnya adik I nak order Arabiata tapi bila tengok macam belemoih sangat bolognese dalam dish tu, suruh dia tukar kepada Mammamia Beef Carbonara ni. Pilihan yang tepat. 


Both drinks just average and my drinks lah paling tak boleh blah sebab kosong gila. Ingatkan ada hiasan ke apa rupanya kosong cenggitu je. 


Dekat sini ada pilihan pencuci mulut juga macam kek dengan macaroon tapi entahlah sedih nau nengoknya. Since I've spent so much in here, dapat lah tebus sepotong pizza tapi macam malas dah nak datang sebab tekak tak berselera dengan menu Me'nate. Ada jugak order set lamb burger untuk Nazryn sebab dia tak makan lagi tapi tak tau lah rasa dia okay ke tak. Diam je tak bagitau apa, tak sedap lah kot tu. 

Bila sembang dengan colleague dekat HQ pasal Me'nate diorang kata situ overrated je. So I'm not the only one lah yang having bad experience ataupun kitorang yang dah letak expectation tinggi? Tsskkk

3 comments

  1. bila dh masin mesti spoil kan... celebrate apa tu

    ReplyDelete
  2. Kt Ipoh pun ada baru buka. Kedai kayangan ni. He2~
    Sekali sekala nak pergi boleh lah😁💕

    ReplyDelete
  3. tau menate ni kes viral tu la .. tapi tak pernah pun p

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.