Nice to C U Store One Utama

Wednesday, 19 January 2022


First time nampak Nice to C U ni dekat BU8 Mall tapi takde pulak menjengah masuk ke dalam walaupun nampak macam ceria je warna tema dia, hijau muda dengan ungu. Tengah rushing masa tu pandang sekilas lalu je lah. 

Masa dekat One Utama ada masa lebih sikit, saja lah singgah masuk kejap. Nak tengok apa yang menariknya dekat convenience store baru dari Korea ni. Kalau Family Mart dari Jepun, Nice to C U pulak dari Korea Selatan. Sama macam Family Mart jugak, ada ready-to-eat products, frozen dengan makanan pek. 



I frust bila pergi ke section ni sebab chocolate mint tak ada. Malaysia dah ban chocolate mint flavor ke? Dekat Korea tengah laku keras tapi sini hambar pulak.



Memandangkan datang dari Korea jadi makanan dia pun lebih terarah pada makanan snek Korea lah. Surprisingly ada jual goguma jugak dekat sini. Untuk yang berdiet mudah lah nak makan goguma sebab kalori dia rendah. Ada pulak goguma ungu lagi syok lah nak berdiet. I selalu beli ubi keledek ungu ni dekat NSK tapi menyampah sebab asyik dapat yang buruk so I paid for nothing. Rugi lah kat situ kan? 

Goguma yang dijual dekat Nice to C U ni elok lah kejadiannya sebab dia dah siap direbus. Tinggal buka bungkusan plastik dengan kulit je lah. 


Banyak kan kimbap dekat sini? Memang syok kalau Nice to C U dekat Oasis Square sebab boleh makan kimbap hari-hari. I malas nak buat sendiri walaupun suka makan kimbap. Benda renyah ni elok ita beli je lah ye dak? Tteobokki pun ada jugak tapi sedap ke idak tu tak rasa lah pulak.


Kalau dekat Family Mart banyak makanan dengan kuah kari sebab orang Jepun suka makan kari tapi dekat Nice to C U ni ada banyak makanan dengan kimchi lorrr. I tak suka kimchi so it's a big no no for me lah hahaha. 



Nak compare Family Mart dengan Nice to C U, I lagi suka dengan kualiti makanan dekat Family Mart sebab eomuk dia kembang, tak macam Family Mart. Nak kata eomuk tak boleh rendam lama dalam kuah oden tu macam tak jugak sebab dekat FM, diorang rendam dari pagi sampai ke petang. Elok je dia even rasa pun still sedap. Sosej dia pun kecut macam sosej pasar malam walhal harga sama je dengan Family Mart. 

Tak pasti lah kalau store dekat OU je masalah tapi dekat tempat lain okay je. Mungkin I should try tengok store dekat area lain. Lagi satu yang tak syoknya, dia takde kopi. Dining place dia pun kecik sangat so kalau nak makan kat sini memang tak selesa. Bila dah hujung entry banyak pulak disadvantages dia ek. Korang dah pernah jejak kaki ke Nice to C U ke? Best tak? 

The reason I asyik compare CU dengan Family Mart sebab Korea tamatkan service Family Mart dekat sana lepas 22 tahun beroperasi dan buka convenience store diorang sendiri. Supposedly bila you buang bisness orang, you kena come up dengan something better kan? CU macam Huawei jugak lah, buang Playstore lepastu letak Huawei Gallery yang hauk tu. 

3 comments

  1. Kawan kak sha cakap dekat bukit beruntung punya CU pun tak best makanan dia..
    Yang okay aiskrim mint, corndog dengan roti2 dia..

    ReplyDelete
  2. pernah masuk ikut member tapi tak beli apa-apa sebab clueless apa yang sedap. maybe boleh cuba makanan yang ada kimchi tu sebab saya suka kimchi. thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Dah macam macam mart japan dan korean food ada sekarang ni kan. Menarik kat bahagian kek dan ready to eat tu. Kalau masuk sini rambang mata nak pilih mana satu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.