Movie Review | Malaal (2019)

Saturday, 22 January 2022

Director : Mangesh Hadawale

Writer : Mangesh Hadawale, Sanjeev, Sanjay Leela Bhansali

Cast : Meezaan Jafri, Sharmin Segal

Production Company : Bhansali Productions, T-Series

Distributor : Yash Raj Films

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 136 minutes

Release Date : 5 July 2019

Trailer :


Remake kepada movie Telugu-Tamil berjudul 7G Rainbow Colony arahan Selvaraghavan, Malaal mengisahkan tentang Shiva (Meezaan Jafri), penganggur baran yang jatuh cinta dengan Astha (Sharmin Segal). Keluarga Astha baru saja berpindah ke kawasan perumahan tersebut dan berjiran sebelah rumah dengan keluarga Shiva. 

Kedua-dua keluarga mempunyai cara hidup yang berbeza di mana keluarga Astha lebih berpelajaran dan beradab. Sebab utama mereka terpaksa berpindah ke kawasan tersebut bila ayah Astha rugi dalam pelaburan. Tinggi mana pelajaran keluarga Astha pun tetap juga berpegang dengan tradisi kahwin atur dan anak perempuan perlu berkahwin awal. 

Astha dijodohkan dengan Aditya (Ishwak Singh) yang kacak tapi kasanova. Dia menurut kemahuan ibunya saja sebab dia masih bebas menggatal dengan perempuan lain. Shiva yang nampak perkara tu cuba untuk bagitahu Astha tapi disebabkan karakter dia yang tak semenggah, seharusnya lah dia gagal untuk meyakinkan. 

Sebenarnya Astha dah lama suka dengan Shiva tapi terpaksa akur dengan kehendak keluarga bila ayah dia ada sakit jantung.  Boleh saja dia pentingkan diri tapi apa nasib keluarga dia kalau ayah dia diserang sakit jantung kali ketiga? Lagipun Shiva jauh berbeza nak dibandingkan dengan Aditya. Seluruh kejiranan tahu Shiva kaki mabuk, perokok tegar, pemeras ugut dan penganggur. Berhutang sana sini untuk berseronok.

First half memang menyampah dengan watak Shiva ni sebab perangai dia memang tak layak dibuat suami. Aditya pun sama juga. Kalau movie ni berlatarkan zaman sekarang mungkin Astha dah jadi businesswoman yang mandiri tanpa perlukan life partner. Tapi disebabkan latar masanya hujung 90-an terpaksa lah Astha jadi watak yang sentiasa meraba dalam kegelapan. 

Walaupun movie Malaal diterbitkan pada tahun 2019 namun Mangesh Hadawale masih menggunakan formula di mana watak heroin bertanggungjawab untuk ubah si hero. Dalam movie yang bersifat fantasi semestinya perkara ni nampak mudah tambah pula bila si hero obsess teramat dengan kecantikan heroin. Hakikatnya nak ubah perangai manusia bukannya mudah, baik lelaki mahupun perempuan. 

Leading stars adalah produk nepotism yang menebal di Bollywood bila Meezan Jafri adalah anak kepada pelakon Jaaved Jaferi manakala Sharmin Segal pula anak saudara kepada pengarah terkenal, Sanjay Leela Bhansali. Tengok pada lakonan mereka berdua dah nampak masuk sebab kabel semata dan bukan kerana bakat. 

Watak Astha mempunyai dialog yang minimal tapi tak pula ekspresif. Chemistry dengan Meezan pula kelihatan hambar sedangkan berlakon dalam naskhah romance drama. Tak romantik, tak juga dramatik. Menyampah setiap kali teringat scene Shiva nak hadiahkan rantai untuk Astha sebab rantai tu terjatuh dekat jalan. Rasa lagi bermakna kot kalau rantai tu hasil titik peluh dia bekerja. 

Movie Malaal keluar dari konsep penceritaan yang terarah pada keindahan sinematografi seperti himpunan karya Bhansali yang sebelumnya untuk beri laluan kepada pengarah Mangesh berkarya. Ada tribute kepada Bhansali bila poster movie Hum Dil De Chuke Sanam dipasang di billboard. Ada kaitan jugak lah movie cinta terhalang tu dengan movie Malaal. 

Music album yang dihasilkan oleh Sanjay Leela Bhansali menggunakan melodi yang bersifat 90-an untuk menghidupkan suasana juga penceritaan. Lagu Nadh Khula dan Udhal Ho not bad juga lah untuk dilayan. Sayangnya koreografi dalam lagu Udhal Ho tak mempamerkan bakat tarian Meezan Jafri bila steps agak mudah. 

Tak faham apa perlunya launch Meezan di Bollywood bila lakonan hambar dan visual pula terhad. Tengok gaya penerimaan yang hambar untuk movie Malaal ni mungkin Meezan dan Sharmin boleh hentikan impian sebagai pelakon. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

7 comments

  1. Baru berangan nak tengok, tapi kalau hambar. Berapa HA boleh dapat ni?

    ReplyDelete
  2. Haraplah gadis-gadis zaman sekarang tak terpedaya dengan teori yang kalau lelaki tu perangai teruk, cinta mampu mengubah. Tak semudah itu. terutama perangai baran dan kaki perempuan. selalunya bawak ke tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn komen ni. dah tu yg perempuan pula kena makan hati dan bersabar dgn perangai lelaki tu. no lah..!

      mungkin ada 1 atau 2 kes yang perempuan betul2 berjaya mengubah lelaki tapi kes yang gagal lagi banyak.. ermm..

      ...

      Delete
  3. Ooo.. anak saudara Sanjay Lela Bhansali.. patut laa.. hehehhe.. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. Aduh.. pelakon pakai kabel ye.. tak best lah bila tak ekspresif..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.