Movie Review | The Hitman’s Bodyguard (2017)

Sunday, 16 January 2022

Director : Patrick Hughes

Writer : Tom O'Connor

Cast : Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Salma Hayek, Élodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell, Richard E. Grant

Production Company : Summit Entertainment, Millennium Media, Cristal Pictures

Distributor : Lionsgate, Netflix

Genre : Action / Comedy

Running Time : 118 minutes

Release Date : 18 August 2017

Trailer :


Michael Bryce (Ryan Reynolds) seorang bodyguard yang bertaraf Triple A hidup dalam keadaan yang menyedihkan selepas klien dia ditembak mati. Michael percaya Amelia Roussel (Élodie Yung) yang bocorkan maklumat tersebut sebab dia tak bagitahu sesiapa langsung kecuali teman wanita dia. Amelia putuskan hubungan dengan Michael walaupun dia nafikan tuduhan tersebut. 

2 tahun kemudian Amelia terpaksa minta bantuan Michael untuk jaga tahanan dia, Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) yang perlu dibawa ke International Criminal Court sebagai saksi utama untuk kes Vladislav Dukhovich atas tuduhan ethnic cleansing. Amelia tak boleh percaya dengan orang dalam Interpol sebab Darius diserang pada hari dan masa yang sama mereka rancang untuk pindahkan hitman tersebut. 

‘I can protect someone from bullets and explosives, but there's nothing I can do against indiscriminate use of mayonnaise for 68 straight years.’ – Michael Bryce

Darius adalah musuh utama Michael sebab kebanyakan klien dia jadi sasaran utama untuk dibunuh. Manakala Darius pula anggap diri dia tak bersalah bila dia cuma membunuh kapitalis yang jahat. Hitman yang membunuh penjenayah korup ataupun Bodyguard yang menjaga keselamatan white collar criminal yang jahat? 

‘The Bible says to never take revenge, to leave it to the Lord. But I wasn't prepared to wait that long.’ – Darius Kincaid

To be honest plot The Hitman’s Bodyguard arahan Patrick Hughes ni predictable ditambah pula bila dua watak yang bermusuhan terpaksa bekerja bersama untuk kes yang lebih besar. Tapi layan je lah sebab Ryan Reynolds kan. Letak lah dia dalam movie mana pun semua menjadi tapi dia pun lebih kurang sama lah dengan The Rock, genre, konsep dan watak yang sama je lah dok ulang sejak famous. Ye lah siapa tak nak benda senang. Bajet movie ni pun dalam USD60 juta tapi dapat pulangan USD176 juta. Letopppss! 

Casting director pulak cari pelakon yang memang ada impian nak bekerja bersama macam Samuel L. Jackson setuju bekerja dalam movie ni sebab ada Ryan. Salma Hayek pula happy dapat offer berlakon sebagai Sonia, isteri kepada Darius. So chemistry, bonding dan mood tu mudahkan lagi kerja team production dan hasil dari positivity tu terserlah dalam movie. 

Personally for me ada scene yang lawak dan menghiburkan tapi banyak juga scene yang menjengkelkan. Mungkin sebab menyampah dengan watak Darius yang jenis suka memaki dan memekak. Yes of course movie ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab dari awal sampai habis tak putus kata makian tu. Dalam setiap perkataan ada je nak dihembusnya. 

Bab sinematografi hasil kerja Jules O'Loughlin dengan music score dari Atli Ă–rvarsson diadun dengan sempurna lantas menambahkan impak pada penceritaan. Screenplay pun bagus terutamanya pada action stunt dan juga babak-babak Vladislav Dukhovich. Tak faham kenapa peguambela Vladislav ni bantah statement dari saksi sebagai hearsay padahal hearsay tu kalau khabar angin atau dengar dari mulut orang lain. Ni saksi cerita apa yang jadi depan mata dia, I mean solid evidence lah untuk present depan hakim. 

Anyway untuk tontonan santai, The Hitman’s Bodyguard ni not bad lah nak layan. I nak layan sequel pulak sebab Salma Hayek ada screentime lebih panjang dan action stunts lebih power sebagai isteri kepada Darius. Tak sure ada dekat Netflix jugak ke tak. Kalau takde kena tunggu lah jawabnya hihu

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10

3 comments

  1. Cerita Ryan Reynolds automatik jadi comedy action. Bwahaha

    ReplyDelete
  2. kita suka cerita ni..kalau tak silap ade sambungan no 2 pulak..hehe

    ReplyDelete
  3. scene action dia best and mengkagumkan tapi dia selit juga kelakar tu sampai tahap tak boleh nak fokus pada teknik kamera dah.. hahahhaa.. :) boleh la layaaannn filem ni untuk hiburan santai.

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.