Movie Review | Chicken Curry Law (2019)

Monday, 10 January 2022

 

Director : Shekhar Sirrinn

Writer : Shekhar Sirrinn

Cast : Natalia Janoszek, Ashutosh Rana, Nivedita Bhattacharya, Mukesh Hariawala

Production Company : Seven Hillss Cine Creations

Distributor : Panorama Studios, Amazon Prime Videos

Genre : Crime / Drama

Running Time : 127 minutes

Release Date : 9 August 2019

Trailer :


Penari bar Adda Adda Bar, Maya Johnson (Natalia Janoszek) dijumpai terbaring di jalanraya dibaluti kain selimut. Tiada yang nampak bagaimana dan bila dia terbaring di situ dengan badan penuh luka dan tiada siapa yang tampil sebagai saksi untuk kes tersebut tambah pula Maya adalah orang asing yang datang bekerja di India. 

Aktivis sosial, Satya Deshmukh (Nivedita Bhattacharya) cuba pujuk Maya untuk lawan kes ni di mahkamah untuk dakwaan rogol. Malangnya Maya pula ditangkap oleh pihak polis untuk dakwaan Immoral Trafficking Act 1965 bila Makiya Joshi (Ganesh Pai) cuba tutup kes bila gagal membunuh Maya selepas kejadian tersebut. 

Makiya Joshi adalah anak sulung kepada Menteri dan jenayah ni bukan kali pertama berlaku. Bukan pertama kali juga dia guna kuasa dan pangkat ayah dia untuk tutup kesalahan besar yang dia buat. Satya berjumpa dengan Sitapati Shukla (Ashutosh Rana) untuk present Maya di mahkamah. 

Watak Sitapati agak emosi dalam cerita ni sebab dia berhenti jadi peguam selepas kalah bila pertahankan anak guam dia. Kalau kalah pergi je lah bawa kes ke Supreme Court. Method yang sama dia guna bila jumpa dengan saksi. Tak sudah-sudah sembang pasal emosi padahal boleh je dia bagitahu apa akibat menipu dalam mahkamah, boleh diasbitkan kesalahan sekian sekian. Lepastu mabuk. Dah satu hal anak guam kena jaga peguam. 

Sama juga dengan kes Maya ni pun, babak dalam kamar mahkamah agak menjengkelkan sebab bawa bukti merepek baik peguam plaintif mahupun peguam defendan. Peguam plaintif, Mutthu Swamy (Makarand Deshpande) bawa lingerie milik Maya Johnson yang dijumpai dalam kereta milik anak guam dan buat kesimpulan perempuan yang pakai lingerie adalah pelacur. Pfffttt

Setiap kali peguam plaintiff buat tuduhan merepek, peguam defendan pun tak lari jauh bangangnya kaitkan dengan isteri atau anak perempuan pihak lawan. Tak banyak fakta tapi lebih kepada emosi semata padahal Hakim dah bagitahu mahkamah kena buat pengadilan berdasarkan bukti kukuh. Tak ada medical facts ataupun teori berasas pun. Lemau betul tengok. 

Tapi tak boleh nak expect tinggi sangat lah bila layan movie arahan Shekhar Sirrinn ni sebab movie gred B. Tengok barisan pelakon dia pun nama yang tak dikenali kecuali Ashutosh Rana. Tajuk movie Chicken Curry Law ni dah menarik even base dia pun dah solid tapi olahan dia merepek benar. Lagi bagus kalau Shekhar Sirrinn fokus dekat loopholes dalam sistem perundangan daripada fokus dekat watak-watak antagonis. 

Sinematografi dari Suresh Beesaveni pun mencacatkan lagi penceritaan bila ada beberapa babak yang ketara kelemahan cut and trim. Ada babak yang menggunakan raw footage, tak sama filter walaupun dalam satu scene yang sama. Dalam movie Chicken Curry Law ni banyak betul babak draggy dan lawak hambar terutamanya babak Sitapati dengan pembantu dia. Music album pun biasa je except lagu Mera Sufi Ishq. 


Tak faham jugak kenapa watak Sitapati ni tak boleh terima bila kalah dekat mahkamah padahal dia pun tahu masalah rasuah yang menebal sebab tu tak ramai peguam yang sanggup ambil kes yang berkaitan dengan Menteri. Tak pernah lagi jumpa peguam yang frust kalah kes sampai berhenti jadi peguam. Ada la jumpa peguam berhenti bila OKT main hantar santau sampai masuk hospital ataupun datang serang pejabat ugut macam-macam. 

Tekad sangat Sitapati nak masukkan watak antagonis dalam penjara sampai sanggup korbankan diri pun satu hal jugak. Ha’ah ni memang spoiler sebab movie ni tak best pun dan buang masa. Sepanjang movie ni tak tahu  perbicaraan ni untuk dakwaan yang mana. Tak faham langsung kenapa Amazon Prime beli movie ni. Mungkin untuk cukupkan kuota tayangan kot sebab production house jual murah. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.