Director : Abhishek Kapoor
Writer : Abhishek Kapoor, Supratik Sen, Tushar Paranjpe
Cast : Ayushmann Khurrana, Vaani Kapoor, Gourav Sharma, Gautam Sharma, Abhishek Bajaj
Production Company : T-Series, Guy in the Sky Pictures
Distributor : AA Films
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 116 minutes
Release Date : 10 December 2021
Trailer :
Naskhah terbaru arahan Abhishek Kapoor, Chandigarh Kare Aashiqui mengisahkan tentang Manvinder Munjal aka Manu (Ayushmann Khurrana) yang berlatih setiap hari untuk menang dalam pertandingan Gabru Of All Time (GOAT). Pertandingan tersebut disertai oleh beberapa orang lelaki untuk cari siapa yang paling kuat di daerah Chandigarh.
Gara-gara selalu kalah dengan Sandy (Abhishek Bajaj), Manu berlatih tanpa henti dan kekalkan keto diet supaya dia boleh menang dan tarik lebih ramai pelanggan ke gym miliknya. Riz (Gourav Sharma) dan Jomo (Gautam Sharma) pula sibuk renovate gym untuk beri ruang kepada kelas Zumba yang akan dikendalikan oleh Maanvi (Vaani Kapoor).
Manu membantah idea tersebut sebab kelas tersebut akan makan ruang gym dia tapi masalah kewangan mereka teruk sangat sampai tak boleh nak survive untuk bulan seterusnya. Lagipun bila ramai perempuan yang join Zumba, makin ramai jugak lah lelaki yang datang ke gym. Nak pula bila ada cikgu hot macam Maanvi.
Tak lama pun untuk Manu jatuh cinta dengan Maanvi bila mereka selalu berjumpa di gym tapi bila Manu dapat tahu tentang kisah silam Maanvi, dia tak dapat terima dan putuskan hubungan mereka berdua tanpa bagi Maanvi ruang untuk jelaskan.
“I was trying to understand, and then I realised there’s nothing to understand!” – Manu
Lepas Kedarnath (2018), Abhishek Kapoor come up dengan genre romantic drama melibatkan golongan LGBTQ. Kali kedua juga untuk Ayushmann Khurrana berlakon dalam movie bertemakan LGBTQ lepas Shubh Mangal Zyada Saavdhan (2020). Tak ada masalah pun untuk dia lakonkan watak Manu, lelaki kawasan luar bandar yang terkejut dengan masalah dunia moden.
Hats off to Vaani Kapoor for accepting this kind of role! Nama Vaani memang selalu sangat terpalit dengan kontroversi lepas pembedahan dagu, movie Befikre dan small role dalam WAR tapi dia tak kisah langsung untuk berlakon sebagai Maanvi Baar. Dia lakonkan watak tu as natural as Maanvi can be. Tak nampak langsung tu Vaani tapi Maanvi yang nak hidup bahagia dalam dunia dia.
Walaupun screentime Ayushmann lebih banyak tapi Vaani yang lebih menyerlah dalam ruang dia. Happy bila tengok dia happy, kecewa bila tengok Manu mengamuk walaupun reaction tu expected dari awal sebab Manu bukan lelaki pertama yang reject dia. Menangis bila tengok scene Maanvi dengan ayah dia (Girish Dhamija).
Naskhah Chandigarh Kare Aashiqui mungkin terarah pada penerimaan Manu terhadap Maanvi tapi personally for me, Manu faham rasa sunyi dan sedih Maanvi sebab dia pun ada depression. Muka Manu masa nampak tangan Maanvi tu antara scene favorite dalam movie ni. Dia tak terus tanya tapi bagi ruang untuk Maanvi cerita dengan dia. Tapi bila tahu mengamuk lah pulak tsskkkk.
Bila tengok movie Abhishek Kapoor ni one thing for sure, kita akan tengok kualiti. Boleh nampak details yang dipaparkan adalah hasil homework sebelum turun shooting. Macam scene Maanvi selalu rasa insecure dengan rupa fizikal dia walaupun satu pekan tu pandang dia tak berkelip. Walaupun dia tak minta simpati tapi boleh nampak soft side dia bila dengan orang yang kenal siapa dia sebenarnya.
Scene dia cakap terima kasih dekat Manu lepas celebrate Holi tu walaupun singkat dan tampak remeh tapi besar maknanya untuk Maanvi yang baru keluar dari trauma dan teragak-agak untuk terima orang baru. Sebab Vaani Kapoor lakonkan dengan baik watak Maanvi ni, I tak rasa satu masalah pun bila pengarah ambil pelakon wanita. Dalam interview Vaani dah cakap yang dia ready je kalau pengarah nak dia berlakon dalam content-driven films. Happy bila tengok pelakon mula pentingkan skrip berkualiti daripada jadi pasu bunga untuk commercial films.
Sinematografi dari Manoj Lobo menguatkan lagi chemistry fresh pairing onscreen, Ayushmann-Vaani. Music score biasa je lah, mungkin sebab I tak suka sangat dengan melodi atau vibe Punjabi ni. Lagu Maafi je lah yang syok nak layan pun sebab Ayushmann nyanyi sendiri dan sesuai dengan mood melankolik yang dipaparkan masa tu.
Ada yang kata movie Chandigarh Kare Aashiqui terlampau mudah paparkan solusi pada hubungan ni tapi kalau diikutkan movie ni commercial films so kena lah buat jalan cerita yang menarik dan santai untuk isu yang berat. Sebelum ni movie Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019) tak dapat penerimaan tinggi bila penceritaannya terarah pada drama.
All in all I have fun watching Chandigarh Kare Aashiqui tapi movie ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab banyak scene panas. Even genre dekat Netflix pun tah pape. Kelakar masa tengok scene kakak Manu marah pasal cinta lain agama sebab pengarah Abhishek Kapoor dah sembang topik ni dalam movie Kedarnath (2018).
Sebelum movie start Abhishek dengan Pragya Kapoor letak tribute kepada SSR since diorang rapat dan movie bertemakan percintaan zaman moden ni sepatutnya dilakonkan oleh Sushant tapi dia pergi dulu. RIP SSR :’)
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10
Menarik juga ni
ReplyDeleteDah jadi pengarah, Abishek ni ya. Lama tak ikuti perkembangan hollywood. kalau nak cari movie utk ditonton, memang suka rujuk review dari FJ ni.
ReplyDeleteakakkk, ni bukan abhishek bachchan anak amitabh dengan jaya tau. Ni abhishek kapoor, dia memang pengarah dari dulu haha thanks rujuk sini untuk movie hindi :)
DeleteFilem komersial kan.. kenalah letak ending best dan sampaikan dengan santai.. Karang banyak sangat drama dan berat sangat tak best pula..
ReplyDeleteDah tengok juga movie ni sabtu lepas sebab baca review kat sini.. hehehhe.. Serius arr, best jalan ceritanya.. dan tepukan gemuruh untuk Vaani Kapoor.. lakonan dia terbaik dalam filem ni.. sebelum ni pandang dia sebelah mata je tp kali ni dia buktikan sesuatu.. best..!
ReplyDelete:)
...