Pelakon : Sissy Priscillia, Vanesha Prescilla, Achmad Megantara, Karina Suwandi, Verdi Solaiman, Roy Sungkono, Aulia Sarah, Ferry Salim
Syarikat Produksi : Paragon Pictures, Ideosource Entertainment, Astro Shaw, Endeavor Content, NFC Indonesia
Genre : Musikal / Drama
Tarikh Tayangan : 29 November 2021 (JAFF), 30 Disember 2021 (Indonesia), 20 Januari 2022 (Malaysia)
Durasi Tayangan : 115 minit
Trailer :
Elsa (Vanesha Prescilla) dan Sandra (Sissy Priscillia) diberhentikan kerja kerana restoran tempat mereka bekerja mempunyai masalah kewangan dan terpaksa ditutup. Pampasan mereka berdua juga lesap bersama manager. Ibu mereka, Andini (Karina Suwandi) menjadi tempat bergantung sementara mereka berdua dapat kerja baru. Tapi berapa lah sangat yang ibu mereka boleh dapat hasil jualan dumpling.
Elsa tak putus asa mencuba nasib dengan uji bakat sebagai pelakon. Bagi dia impian yang satu itu tak perlu disimpan. Berbeza dengan Sandra yang mempunyai suara emas tapi tak berkeyakinan untuk pertontonkan pada orang luar selain Elsa dan Andini.
Satu hari Bayu (Verdi Solaiman), penerbit Big entertainment bersama dua orang pembantunya datang ke rumah untuk mencari Elsa selepas melihat video uji bakat untuk filem terbaru. Menurut Bayu, Elsa mempunyai pakej lengkap sebagai superstar dengan wajah yang cantik dan juga suara merdu. Malangnya harapan dia untuk kekal sebagai produser berkecai bila nampak Sandra yang menyanyi dan bukan Elsa.
Bayu datang dengan cadangan supaya Elsa menyanyi menggunakan suara Sandra di atas pentas. Elsa tak ada masalah asalkan dia boleh jadi pelakon tapi Sandra keberatan sebab dia akan menipu ramai orang. Kerana sayang dia turutkan jua permintaan Elsa tambahan pula ibu dia dah berusia untuk membanting tulang menyara mereka bertiga. Namun rahsia mereka tak bertahan lama bila Michael Nara (Achmad Megantara) dapat tahu dan mengugut bayu dengan video yang dia dapat di backstage.
Idea untuk menghasilkan naskhah Backstage ni dah lahir sejak 2016 lagi bila penulis dengar Sissy Priscillia menyanyi atas pentas untuk promosi filem Ada Apa Cinta 2 (2016). Sissy setuju untuk berlakon dan bagitahu tentang adik dia, Vanesha juga boleh menyanyi. Tak sangka langsung adik-beradik ni boleh menyanyi sebab tak kenal sangat dengan Sissy. Kenal Vanesha pun dari franchise movie Dilan tapi dalam movie tu tak tunjuk pula bakat terpendam.
Kekuatan movie Backstage ni haruslah pada kekuatan lakonan adik-beradik Sissy Priscillia dan Vanesha Prescilla. Konflik tu tak lah teruk mana pun tapi kalau adik-beradik bergaduh mesti over. Pinjam baju pun dah boleh berperang satu rumah. Tengok The Kardashians boleh keluar sampai 12 musim pun dah boleh nampak macam mana kan level drama diorang? Sama jugak lah dalam movie ni, yang sorang ego nak minta maaf padahal jelas dia yang salah, yang sorang lagi dah meletup macam gunung berapi.
For me, konflik dalam movie Backstage yang menghidupkan elemen drama di hujungnya terasa tak begitu dalam dan kuat. Konflik juga muncul terlalu awal sehinggakan drag sampai ke second half. Lebih menarik kalau penulis berpihak pada Elsa bila kita sedia maklum menjadi selebriti bukan mudah sebabtu kebanyakan penyanyi lebih memilih untuk miming pada beberapa event.
Elsa kena menyanyi atas pentas, kena pergi rancangan wawancara, fanmeeting, diskusi bersama penerbit, dance training, award events sementara Sandra cuma menyanyi di belakang pentas atau studio sahaja. Bila Elsa menjerit dia penat jaga rahsia ni, I rasa lebih kesian dengan dia walaupun pengarah lebih berpihak pada Sandra dengan scene dia menangis dalam bilik.
Selain sinematografi dari Hani Pradigya yang cantik dalam memaparkan profesion penyanyi dan juga kota Jakarta dengan menarik, music album Backstage hasil kerja Andi Rianto pun cemerlang. Lagu Seberapa Pantas diberikan nafas baru dan beberapa lagu famous yang lain. Lagu duet Elsa dengan Michael Nara tu best tapi sayangnya hanya ada dalam movie.
Rasa goosebump tengok scene Elsa dengan Sandra nyanyi lagu Melangkah atas stage sebab lega konflik adik-beradik ni dah habis satu hal, diorang berdua dapat keluar dari manipulasi Bayu pun satu hal juga. Bonding dengan emotion jelas terasa masa babak tu muncul. Bukan setakat buktikan pada penonton dalam movie tu tapi pada penonton luar juga supaya ramai tahu bakat besar dua beradik ni.
Boleh kata movie Backstage ni adalah platform kepada Sissy Priscillia dan Vanesha Prescilla untuk berkarya sebagai penyanyi dan sebagai buah tangan kepada peminat dua generasi.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thanks for your recommended:)
ReplyDelete