Meriah tahun ni dengan movie dekat streaming platforms. Untung dekat I lah sebab tak payah pergi cari cinema mana yang tayang movie Hindustan. Tunggu je tarikh tayang lepastu tengok dekat rumah. Surprisingly movie dari Zee5 Premium pun banyak yang berkualiti. Dalam list ni I senaraikan semua movie Bollywood yang best untuk tahun 2021.
Director : Bugs Bhargava Krishna
Writer : Bugs Bhargava Krishna
Cast : Arjun Rampal, Manav Kaul, Anand Tiwari, Rajit Kapur, Madhoo, Samreen Kaur, Sameer Dharmadhikari
Genre : Psychology / Crime / Drama / Mystery
Rating : 9.4/10
Kes jenayah yang berlaku di mana 36 orang kanak-kanak dibunuh dalam masa 5 tahun. Polis dapat jejak Veer Singh (Manav Kaul), jurulatih sukan di Udaan Sports sebagai suspek bila ada dua orang aktivis yang ternampak dua mayat kanak-kanak dibakar sampai rentung lepas ditinggalkan oleh pemandu SUV hitam. Jaisingh (Arjun Rampal) jadi peguambela untuk Veer Singh dan dalam masa yang sama secure seat dalam politik.
Director : Renuka Shahane
Cast : Kajol, Tanvi Azmi, Mithila Palkar, Kunaal Roy Kapur, Vaibhav Tatwawaadi, Shweta Mehendale, Antara Deshpande, Arha Mahajan, Kanwaljit Singh, Manav Gohil
Genre : Drama
Rating : 8.3/10
Filem arahan Renuka Shahane keluaran terbaru Netflix mengisahkan tentang 3 generasi wanita di dalam sebuah keluarga yang messed up and broken. Movie bermula dengan conversation antara Nayantara Apte (Tanvi Azmi) dengan Milan (Kunaal Roy Kapur), penulis autobiografi yang akan membukukan kisah Nayan, penulis terkenal era 80-an. Bercerai dan keluar dari rumah, tukar surname anak-anak kepada surname keluarga dia.
Berbeza dengan Nayan, Anu memilih untuk tidak berkahwin dan Masya pula dikahwinkan dengan lelaki dari keluarga yang konservatif. Masing-masing berbeza perwatakan dan jalan hidup tetapi kesemuanya terkesan dari pilihan yang dibuat oleh si ibu.
Director : Dibakar Banerjee
Cast : Parineeti Chopra, Arjun Kapoor, Neena Gupta, Raghubir Yadav, Dinker
Genre : Crime / Drama
Rating : 9/10
Sandeep a.k.a. Sandy Walia (Parineeti Chopra) jadi sasaran untuk dibunuh selepas dia ugut Parinchay (Dinker) mengenai 'Swabhiman' scheme di Parivartan bank. Skim ni dicipta oleh Sandy untuk bantu lelaki tersebut keluar dari beban hutang sebanyak Rs132 juta. Sandeep berhasrat untuk tarik diri bila dapat tahu Kerajaan cuba audit malangnya ditolak sebab Parinchay nak dia bertanggungjawab sepenuhnya. Dalam masa yang sama Sandeep hamil anak Parinchay dan perlukan kandungan tersebut sebab dia sunyi dan perlukan seseorang.
Director : Umesh Bist
Cast : Sanya Malhotra, Shruti Sharma, Sayani Gupta, Ashutosh Rana, Raghubir Yadav, Rajesh Tailang, Nakul Roshan Sahdev
Genre : Drama
Rating : 10/10
Kematian Astik dan meninggalkan seorang balu bernama Sandhya (Sanya Malhotra). Seluruh keluarga mula berkumpul di rumah pusaka tu untuk menghantar roh Astik ke alam barzakh selama 13 hari mengikut tradisi mereka. Keluarga Sanddhya juga datang dengan bawa kain sari putih untuk anak perempuan mereka.
Kawan baik dia, Nazia (Shruti Sharma) kemudiannya datang untuk bagi moral support tapi keadaan Sandhya berbeza dari yang dia sangka. Tak bersedih langsung dengan pemergian si suami. Mungkin sebab mereka kahwin atas aturan keluarga 5 bulan yang lepas. Atau mungkin kerana gambar Aakansha (Sayani Gupta) dalam laci dengan dokumen peribadi Astik.
Director : Amole Gupte
Cast : Parineeti Chopra, Manav Kaul, Meghna Malik, Naishaa Kaur Bhatoye, Subhrajyoti Barat, Eshan Naqvi, Ankur Vikal
Genre : Biopic / Sports / Drama
Rating : 8/10
Movie biopic pemain badminton negara India, Saina yang mendapat tunjuk ajar dari Coach Rajan sampai lah ranking dia No. 2 Dunia dan cipta sejarah dalam negara India. Masa tu tak ramai pemain badminton yang berjaya di mana-mana kejuaraan. Sebab tu Saina bangga dapat kalahkan pemain senior dari pelbagai negara dan bangga dilahirkan sebagai perempuan. Konflik dalam movie biopik ni timbul bila populariti mula kacau fokus dan dia terpaksa buang cinta untuk jadi World No. 1 dalam sukan badminton.
Director : Shashank Khaitan, Raj Mehta, Neeraj Ghaywan, Kayoze Irani
Cast : Fatima Sana Shaikh, Jaideep Ahlawat, Abhay Joshi, Armaan Ralhan, Arvind Pandey, Nushrat Bharucha, Abhishek Banerjee, Inayat Verma, Maneesh Verma, Konkona Sen Sharma, Aditi Rao Hydari, Shefali Shah, Manav Kaul, Tota Roy Chowdhury, Sara Arjun
Genre : Romance, Drama
Rating : 7.5/10
Netflix terbitkan sebuah lagi antologi yang bertemakan ajeeb (pelik) daastaans (kisah) selepas dua antologi sebelum ni – Lust Stories (2018) & Ghost Stories (2020) di bawah produksi kepunyaan Karan Johar, Dharmatic Entertainment. Mempunyai 4 kisah yang berbeza olaahan 4 orang penulis dan juga pengarah, Ajeeb Dastaans membawakan kisah cinta pelik yang berlaku di India.
Director : Amit Masurkar
Cast : Vidya Balan, Vijay Raaz, Sharat Saxena, Brijendra Kala, Mukul Chadda, Neeraj Kabi, Ashwini Ladekar, Gopal Datt, Ila Arun
Genre : Drama
Rating : 8/10
Vidya Vincent (Vidya Balan) adalah Division Forest Officer yang baru dihantar ke kampung tersebut bila penduduk kampung mengadu takut akan kehadiran harimau. Penduduk di kampung tersebut bergantung pendapatan pada hasil ternakan seperti kambing, lembu dan kerbau. Kebanyakan mereka akan bawa ternakan masuk ke dalam hutan untuk diberi makan. Kerja-kerja menyelamatkan harimau terganggu dengan kehadiran parti politik.
Director : Ken Ghosh
Cast : Akshaye Khanna, Gautam Rode, Vivek Dahiya, Parvin Dabas, Samir Soni, Abhimanyu Singh, Mir Sarwar, Manjari Fadnnis, Kallirroi Tziafeta, Akshay Oberoi, Abhilash Choudary, Dhanveer Singh, Mridul Das, Mihir Ahuja
Genre : Crime / Action / Thriller
Rating : 9/10
Diinspirasikan dari jenayah serangan pengganas di kuil Akshardham, Gandhinagar, Gujarat pada September 24, 2002. Seramai 33 orang awam terbunuh dalam serangan tersebut termasuklah seorang komando National Security Guard (NSG), 2 orang pegawai polis Gujrat dan 80 orang awam cedera.
Director : Vishnuvardhan
Cast : Sidharth Malhotra, Kiara Advani, Shiv Panditt, Sahil Vaid, Nikitin Dheer
Genre : War / Drama / Romance
Rating : 9/10
Movie Shershaah memaparkan kisah keberanian Kapten Vikram Batra yang berjuang melawan tentera Pakistan dan juga pengganas untuk merampas kembali kawasan Kashmir dalam perang Kargil tahun 1999. Walaupun bertemakan peperangan, movie Shershaah membawakan mesej tentang kesetiaan, semangat patriotik, kekeluargaan, persahabatan malah percintaan buatkan perjalanan cerita jadi lebih bermakna.
Director : Kunal Deshmukh
Cast : Sunny Kaushal, Radhika Madan, Mohit Raina, Diana Penty, Vidhatri Bandi, Chirag Malhotra, Atul Kumar, Nazneen Madan
Genre : Romance / Drama
Rating : 8.7/10
Joginder Dhillon a.k.a Jaggi (Sunny Kaushal) jatuh cinta dengan Kartika (Radhika Madan) di sports camp sejak pertama kali berjumpa di kolam renang. Sepanjang perkenalan mereka berdua, Jaggi banyak membantu Kartika untuk improve swimming skills dia sampai lah Jaggi dapat tahu yang Kartika akan berkahwin dengan calon pilihan keluarga tak lama lagi di London.
Puas Jaggi pujuk Kartika supaya batalkan perkahwinan tersebut tapi masih lagi dia bertegas dengan prinsip tentang hidup yang praktikal. Jaggi tetap dengan janji dia untuk berkahwin dengan Kartika. Dari India dia kumpul duit untuk ke London namun malangnya duit dia dicuri oleh travel agent.
Director : Akarsh Khurana
Cast : Taapsee Pannu, Priyanshu Painyuli, Abhishek Banerjee, Supriya Pilgaonkar, Supriya Pathak, Mantra, Manoj Joshi, Miloni Jhonsa, Varun Badola
Genre : Sports / Drama
Rating : 9.2/10
Rashmi Rocket berkisarkan dunia sukan di mana penulis paparkan ketidakadilan yang berlaku pada atlet wanita akibat gender test. Movie ni diinspirasikan oleh kisah sebenar di mana dua orang atlet wanita negara India kena ban oleh Persatuan Atlet Negara hanya kerana level testerone mereka lebih tinggi pada kadar normal.
Hal ni terjadi disebabkan oleh hyperandrogenism dan sering berlaku kepada wanita. Antara simptomnya ialah level testerone lebih tinggi dari 3.3, haid tidak teratur, acne ataupun mempunyai bulu badan lebih banyak.
Director : Shoojit Sircar
Cast : Vicky Kaushal, Kirsty Averton, Stephen Hogan, Shaun Scott, Banita Sandhu, Amol Parashar
Genre : Bioghraphy / History / Drama
Rating : 9/10
Kekejaman Michael O’Dwyer yang membunuh seramai 20,000 orang penduduk Amritsar di Jallianwala Bagh pada 13 April 1919 diceritakan dalam naskhah terbaru Shoojit Sircar melalui watak pejuang yang lahir di tanah Punjab.
Dari pengalaman dan penceritaan Udham Singh yang bekerja dengan Michael O’Dwyer, pesara askar tersebut merupakan seorang yang zalim. Tujuan dia membunuh semua yang hadir sebagai tanda protes adalah untuk hadirkan rasa tenang tanpa bunyi bising meminta itu dan ini. Saiz peluru yang askar British guna tu memang besar sampaikan ada anggota badan yang hancur atau terputus. Tak kisah lah yang tua, wanita atau kanak-kanak, semuanya ditembak tanpa belas.
Director : Vivek Soni
Cast : Abhimanyu Dassani, Sanya Malhotra, Purnendu Bhattacharya, Shiv Kumar Subramaniam, Nivedita Bhargava, Komal Chhabria, Manoj Mani Mathew, Archana Iyer
Genre : Romantic / Comedy
Rating : 7/10
Meenakshi Sundareshwar adalah nama sebuah kuil yang terbesar di Madurai yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Naskhah terbaru terbitan Netflix Originals mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mempunyai personaliti dan citarasa yang berbeza tapi bersatu dalam sebuah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga.
Sundareshwar (Abhimanyu Dassani) dan Meenakshi (Sanya Malhotra) mempunyai perbezaan yang ketara dalam hampir semua perkara tapi perbezaan ni yang buatkan mereka mudah mesra dan jatuh cinta.
Director : Rohit Shetty
Cast : Akshay Kumar, Katrina Kaif, Jaaved Jaaferi, Vivan Bhatena, Gulshan Grover, Abhimanyu Singh, Jackie Shroff, Kumud Mishra, Ajay Devgn, Ranveer Singh
Genre : Action / Comedy / Romantic
Rating : 8.8/10
Fourth installment dalam cop universe arahan Rohit Shetty kali ni membawakan watak polis ketiga iaitu Sooryavanshi (Akshay Kumar) yang berkhidmat dalam Anti-Terrorism Unit di Mumbai, India. Patah balik ke tahun 1993 di mana Mumbai diletupkan dengan 400kg RDX yang diseludup masuk dari Pakistan dan mengorbankan ramai orang awam. 600kg RDX masih lagi tak diketahui di mana lokasinya kerana Bilal Ahmed (Kumud Mishra) dah lari ke Pakistan selepas kejadian tersebut.
Director : Ram Madhvani
Cast : Kartik Aryan, Mrunal Thakur, Amruta Subhash
Genre : Thriller / Drama
Rating : 7/10
Remake kepada movie Korea, The Terror Live (2013) arahan Kim Byung-woo yang mengisahkan tentang Arjun Pathak (Kartik Aryan), news anchor untuk program Bharosa 24x7 mendapat panggilan daripada pekerja buruh yang bekerja di tapak pembinaan jambatan Bandra-Worli Sea Link. Jambatan sepanjang 5.6km dengan kelebaran 8 laluan yang menghubungkan Bandra dan Mumbai Selatan terletak tidak jauh dari bangunan studio TRTV.
Arjun nampak peluang untuk dapatkan berita eksklusif buat panggilan kepada Ankita (Amruta Subhash) supaya boleh disiarkan live di TV. Kalau rating cecah 70%, bukan sahaja Arjun malah Ankita juga akan dinaikkan pangkat dan mendapat ganjaran.
Director : Abhishek Kapoor
Cast : Ayushmann Khurrana, Vaani Kapoor, Gourav Sharma, Gautam Sharma, Abhishek Bajaj
Genre : Romantic / Drama
Rating : 9/10
Naskhah terbaru arahan Abhishek Kapoor, Chandigarh Kare Aashiqui mengisahkan tentang Manvinder Munjal aka Manu (Ayushmann Khurrana) yang berlatih setiap hari untuk menang dalam pertandingan Gabru Of All Time (GOAT). Pertandingan tersebut disertai oleh beberapa orang lelaki untuk cari siapa yang paling kuat di daerah Chandigarh. Pertemuan dengan Maanvi (Vaani Kapoor) mengubah perspektif dia terhadap cinta dan perkahwinan. Malngnya Manu rasa jijik dengan Maanvi bila tahu kisah silam gadis bandar tersebut.
Director : Aanand L. Rai
Cast : Dhanush, Sara Ali Khan, Akshay Kumar, Seema Biswas, Dimple Hayathi, Ashish Verma
Genre : Romantic / Drama
Rating: 8.8/10
Kisah cinta tiga segi antara Rinku, Vishu dan Sajjad Ali Khan. Rinku dan Vishu dikahwinkan secara paksa oleh keluarga. Sementara nak tunggu dokumen cerai siap, Rinku dengan Vishu akan tinggal bersama di Delhi. Lepas tu Vishu akan kahwin dengan Mandy dan Rinku pula akan hidup bahagia dengan Sajjad.
Lama kelamaan Vishu pula jatuh cinta dengan Rinku sampaikan dia tak kisah langsung pertunangan dengan Mandy putus walaupun mereka bercinta dah lama. Mampukah Rinku buat pilihan yang besar dalam hidup dia?
Director : Manish Gupta
Cast : Vinay Pathak, Ranvir Shorey, Rohan Mehra, Arif Zakaria, Gul Panag
Genre : Crime / Drama
Rating : 7/10
Mengisahkan tentang akauntan Bansi Keswani (Vinay Pathak) disiasat oleh pihak CBI selepas salah seorang kliennya didakwa untuk kesalahan penggubalan wang haram. Walaupun pihak CBI tak jumpa sebarang bukti tapi Bansi masih dalam pemantauan mereka. 5 bulan kemudian Bansi digeledah sekali lagi kerana Mr. Sinha (Arif Zakaria) dakwa 3 keping cek miliknya dicuri.
Pihak polis jumpa cek tersebut di pejabat Bansi dan kes dibawa ke mahkamah dengan Balbir Chaudhary (Rohan Mehra) menjadi peguam kepada Bansi manakala Sewak Jamshedji (Ranvir Shorey) peguam plaintif. Memang susah untuk Balbir nak buktikan Bansi tak bersalah melainkan kesan lipatan pada 3 keping cek tersebut. Kalau betul Bansi yang curi, kenapa kesan lipatan terlampau dalam?
dalam list ni i cuma tengok filem meenakshi.okla nanti i try tengok yang lain pula..hehe
ReplyDeletemalam ni nak tengok Shershaah laa.. :)
ReplyDelete...
lama nya tak jenguk sini..hello hello..maka bertambalah wishlist beta, hahaha..nak tengok xde masa lagi
ReplyDeleterabia singgah sini
ReplyDeleteYour work here on this blog has been top notch from day 1. You've been continously providing amazing articles for us all to read and I just hope that you keep it going on in the future as well. Cheers! ดูหนังออนไลน์
ReplyDeletehebat hebat movie tamil sekarang ni.. tgk pun tak bosan
ReplyDelete