Layangan Putus | Berbaloikah Memendam Rasa Demi Rasa Sayang Pada Yang Curang?
Tuesday, 25 January 2022
Pengarah : Benni
Setiawan
Penulis Skrip : Oka
Aurora
Pelakon : Reza
Rahadian, Putri Marino, Anya Geraldine, Frederika Cull, Graciella Abigail, Reyhan
Vandennoort, Marthino Lio, Raquel Katie, Michelle Wanda
Genre : Drama
Jumlah Episod : 10 Episod
(25 – 42 minit per episod)
Tarikh Tayangan : 26
November 2021 – 22 Januari 2022
Syarikat Produksi : MD
Entertainment
Penyiaran : WeTV,
iflix
Trailer :
Kisah benar hasil curhat Mommy
ASF di media sosial diangkat ke layar hasil sutradara Benni Setiawan yang
mengisahkan tentang kecurangan Aris Pratama Sugarda (Reza Rahadian) bersama Lydia
Permata Danira (Anya Geraldine). Isterinya Kinan Aripurnami (Putri Marino) mula
nampak perubahan Aris yang suka menipu, sukar untuk dihubungi dan selalu pulang
lambat atau sibuk dengan kerja.
‘Iya sekarang kamu kan punya
kebiasaan baru…. gak bisa dihubungi.’ – Kinan
Makin bertambah parah bila Kinan
terjumpa anting-anting dalam suit kepunyaan Aris dan kawan-kawan Kinan juga
mengetahui rahsia gelap keluarga kecil ni. Tak mampu lagi untuk disorok, Aris
berterus-terang tentang hubungan sulit. Kinan yang sedang hamil anak kedua mula
terkesan dengan berita kecurangan Aris sehingga keguguran.
Kalau sebelum ni pada tahun 2020, industri Korea Selatan terbitkan The World of the Married Couple yang bertemakan kecurangan si suami, Layangan Putus dari negara Indonesia juga menggunakan tema yang sama. Lagi menarik perhatian bila pelakon terkenal Reza Rahadian yang menjadi pelakon utama. Pertama kali Reza membawakan watak antagonis sebegini. Walaupun cerita yang sama tapi kualiti lakonan dan impaknya dirasakan berbeza.
Depan isteri bagus sangat berlakon jadi suami soleh, setia dengan isteri sampai rasa angau tengok sweet scenes Aris dengan Kinan. Tapi dekat belakang isteri, main cinta dengan perempuan lain. Jangankan Kinan, yang tengok ni pun sentiasa rasa curiga dengan perangai Aris. Sebal terus bila dengar ayat-ayat manipulatif yang keluar dari mulut Aris nak shift blame kepada Kinan.
Lagu tema drama Layangan Putus, "Sahabat
Dulu" dendangan Prinsa Mandagie pun tepat dengan situasi dan perasaan
Kinan bila lirik lagu pada bahagian intro ialah ‘Aku salah apa? Ku tak paham
cinta, boleh kau jelaskan dulu?’. Kalau suami curang memang pertanyaan tu lah
yang akan berlegar di kepala tapi tak kisah lah jawpaannya apa pun atau si
isteri sesempurna mana pun, tetap juga suami memilih untuk selingkuh. Sama lah
situasinya dengan Kinan.
Sejujurnya kekuatan drama Layangan Putus terbitan MD Entertainment adalah kerana tema kecurangan yang diangkat dari kisah benar dan juga kekuatan lakonan Reza Rahadian yang mempunyai perubahan karakter dari awal hingga habis. Lakonan Putri Marino sebagai si isteri juga banyak mempamerkan emosi dan mempunyai perkembangan karakter serta lengkungan emosi manambahkan lagi impak drama. Sampaikan klip ‘It’s my dream, not her!’ jadi viral di media sosial dan meme.
Selain mesej pengajaran yang
dipaparkan dari kisah kecurangan Aris yang menyakitkan hati Kinan juga Raya (Graciella
Abigail), belajar untuk melepaskan, belajar tentang harga diri, ada juga
diselitkan pengajaran dari keluarga Miranda (Frederika Cull) bila hubungan dia
dan suami memberi kesan kepada Brandon (Reyhan Vandennoort) sampai anaknya jadi
cranky.
‘Siapa sih bahagia terus-menerus Kinan? Menikah ataupun enggak, apakah ada orang yang bahagia terus? Ini bukan masalah aku nggak bahagia di rumah terus mau cari kebahagiaan di luar. Ini tentang kehilangan rasa percaya sama orang yang paling kamu percaya.’ – Miranda
Mungkin alur cerita dan plot drama Layangan Putus ada sedikit perbezaan dengan kisah asalnya supaya elemen dramatik dan emosi menjadi lebih kuat. Tak ada salahnya juga kan kerana drama ni tetap dipaparkan dengan baik dengan sinematografi dan music score yang menambahkan impak cerita.
Berbaloikah memendam rasa demi rasa sayang pada yang curang? Jangan terlepas untuk saksikan episod terakhir drama Layangan Putus di WeTV.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10