TV Show Review | New World : Episode 7 (2021)

Monday, 13 December 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer : 


Nyenyak betul Seunggi tidur lepas nasib dia berubah dalam Episod 6 masa Mega Lottery tu. Awal pagi lagi dia dah menuju ke Mega Bank sambil memikirkan beberapa kemungkinan dalam hidup dia di New World. Dah dapat duit terus menuju ke Kedai Bayang sebab nak beli barang berharga dekat sana. Kebetulan ada barang istimewa yang baru diperkenalkan di New World  iaitu Dadu Takdir. 

Kelebihan dadu ni bila dia akan menukar nasib seseorang dengan nombor yang ditunjukkan. Macam contoh Heechul ada di ranking yang ke-5 sebab harta dia ada sekian sekian jumlah. Bila dia lempar Dadu Takdir kemudian dapat nombor 3, harta dia akan bertukar amaun dengan jumlah harta nombor 3. Malang untuk Heechul kalau dia dapat nombor 6 lah sebab jadi lagi miskin dari yang sebelumnya. 

Dadu Takdir ada dua buah jadi Seunggi tolong Heechul beli satu dadu dan dia simpan lagi satu dadu. Sebagai cagaran kepada pinjaman kepada Heechul, Seunggi minta untuk pegang Chul-borghini sampailah Heechul bayar balik 200 juta nyang yang dia pinjam. Bahagia betul Heechul sepanjang hari tu sebab memikirkan nasib dia akan berubah. 

Game pada hari kelima agak grand dan menarik sebab mereka semua perlu mencari permata berpandukan petunjuk yang terdapat pada Mermaid’s Tears. Walaupun mereka berjaya jumpa permata dengan mudah dek kerana kepintaran Heechul tapi nak jaga permata dari kotor memang mencabar sangat. 

Dalam game ni memang semua kena bekerjasama untuk dapat ganjaran yang tinggi. Sementara Kai, Seunggi, Ji-won dengan Heechul angkat permata yang besar tu, Na-Rae dengan Bo-Ah kena pastikan semua halangan di hadapan mereka tak akan mengotorkan atau mencacatkan rupa bentuk permata yang cantik. Makin kotor permata tersebut, makin berkurang lah nilai dia semasa ditukarkan kepada nilai mata wang nyang nanti. 

Tak sikit-sikit halangan tu sebab datang dari pelbagai sudut. Kalau diorang berjaya elak yang atas, tak mungkin dapat elak kotoran dekat bawah. Ada laluan yang guna drone untuk jatuhkan belon air dekat permata. Laluan di Stairway To Heaven pula penuh dengan cop bermacam warna di sebelah kiri dan kanan. Memang kesian lah tengok semua orang struggle untuk pastikan permata tu tak kotor sangat. Na-Rae sampai comot dah dari kepala sampai ke kaki dalam game ni. 

Dah settle challenge yang pertama, semua peserta kena pergi ke pantai menggunakan Pintu Ajaib dan berjumpa dengan sotong kurita yang pegang Mermaid’s Tears sekiranya mereka semua berjaya jawab 6 soalan dengan tepat. Soalan tu pula semuanya berkenaan dengan New World yang ditampal di beberapa kawasan utama seperti New Mart, Bistro Oasis, Mega Bank dan Twin Tree Café. 

Walaupun Na-Rae yang baca kesemua trivia tu tapi dia tak boleh bantu peserta lain untuk jawab soalan. Siapa yang masukkan Mutiara kecil ke dalam mulut sotong, hanya dia saja yang boleh jawab soalan tanpa bantuan dari ahli lain. Soalan dia pun agak susah sebab memang berkaitan dengan New World je. Kalau salah semua akan disembur dengan air yang keluar dari sotong. 

Kalau mereka semua tak berjaya jawab 6 soalan dengan tepat, seorang peserta akan diundi keluar oleh peserta yang lain sementara mereka yang lainnya akan bergerak ke challenge terakhir. Berjaya ataupun tak mereka semua jawab soalan dari sotong tu kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.