TV Show Review | New World : Episode 5 (2021)

Monday, 13 December 2021

 

Director : N/A

Writer : N/A

Cast :  Lee Seunggi, Kim Heechul, KAI EXO, Jo Bo-Ah, Park Na-rae, Eun Ji-won

Production Company : Netflix

Distributor : Netflix

Genre : Adventure / Survival / Comedy / Mystery

Running Episodes : 8 episodes (75 minutes per episode)

Release Date : 20 November 2021 – 11 December 2021

Trailer :


Sambungan game real property di New World dalam episod 4, Beggar Kim dapat peluang untuk beli aset yang diidamkan – Venus Square sebab ada kolam yang penuh dengan bunga teratai. Kalau ikut apa yang penjual di Kedai Bayang tu cakap, dia kena campak benih dalam kolam baru lah Mutiara akan muncul. Harga Mutiara tu memang berbaloi lah untuk buang status dia sebagai pengemis. 

Sementara Na-rae makin anxious dengan aset yang dipegang sebab dah makin hampir jam 7 petang di mana game akan tamat. Dia perlu dapatkan aset yang berbaloi untuk dijual kepada bank dan peroleh ganjaran tinggi. Dia tak tahu sama ada nak pegang Blooming Garden ataupun jualkan saja pada bank tapi rugi lah sebab dia beli dengan harga mahal tapi jual dengan harga yang rendah. 

Sama lah dilemma tu dengan Kai sebab dia beli Twin Tree Café dengan harga 150 juta nyang tapi harga jatuh sampai 50 juta nyang saja. Harga yang dia tetapkan untuk jual pun agak tinggi sampai 200 juta nyang so tak ada yang nak sebab dah tahu harga dah merudum jatuh. Seunggi nasihatkan dia jual saja pada bank sebab diorang dah dapat telur emas. 

Makin lama makin ramai pulak yang berlakon diorang bukan owner aset tu sebab tak nak property tu diganggu. Kalau Na-Rae tahu aset tu naik, kejap lagi bergegas lah dia bawak lipas atau ular ke Kawasan tu. Kalau naik pun buat relaks je, berlakon tak tahu siapa punya supaya selamat sampai jam 7 petang nanti. 

‘It was hard to keep a straight face. Sunrise Crossroads is 400 million nyang. The price of Stone Park rose. Then there was the golden egg. The total will be 940 million nyang. Then the profit will be 440 million nyang. I started off with 20 million nyang, right? It’s a legendary success. It should be a documentary!’ – Lee Seunggi

Berdekah betul tengok Seunggi menyembang sorang-sorang sambil bawak shield besar dia. Masa dia aktifkan shield tu memang kelakar lah. Editor pun sama naik je dengan dia punya caption tapi at the same time cantik jugak sebab ada vfx yang team production guna untuk scene ni. Sama jugak dengan scene Kai tunggu angsa dia bertelur sebab telur emas tu berharga 90 juta nyang. 

Masa main game kemain masing-masing guna helah kotor nak jatuhkan pihak lawan tapi bila dah jatuh terduduk kemain muhasabah diri jangan jadi tamak. Dah masuk game keempat tapi perangai sama je masing-masing. Manusia kan, masa buat tu tak ingat dosa tapi bila dah terciduk mula lah insaf. Tapi yang paling menyampah haruslah dengan Na-Rae sebab banyak sangat dia rosakkan property orang lain tapi bila aset dia jatuh sebab orang lain kacau, tahu pulak dia nak menangis bagai. 

Lepas dah penat main semua peserta pergi ke Mega Bank untuk bayar pinjaman dan terima keuntungan yang diperolehi sebagai pemegang aset. Ada yang happy, ada yang kekal sebagai pengemis, ada juga yang not bad lah. Lepas liquidated asset, semua peserta berkumpul dekat Bistro Oasis untuk makan malam. Sedap tengok semua menu yang bertemakan makanan China.  Ada sup ketam, jjamppong dengan jjajangmyeon. 

Penghujung episod 5 terjadi sesuatu yang misteri di pulau New World bila semua staff hilang sampaikan Bistro Oasis pun ditutup. Masa semua peserta sedang nyenyak tidur ada sesuatu berlaku di pulau tersebut. Sementara tunggu pihak technician datang, peserta kena pilih sama ada nak tutup atau buka kamera CCTV. Kalau kamera dibuka lebih banyak maka akaun bank semua peserta akan sama seperti sebelumnya tapi kalau banyak kamera CCTV ditutup maka akaun bank akan mengalami gangguan di mana jumlah harta top 3 akan bertukar dengan bottom 3. 

Sekali lagi mereka diuji dengan game yang terpaling mudah di New World. Siapa yang akan berjaya kena tengok di Netflix. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.