Sebelum ni dah pernah nampak amaran hujan lebat tapi endah tak endah je sebab musim tengkujuh, hujan atau ribut tu perkara biasa. Tapi jadi luar biasa bila dari petang Khamis sampai ke malam Jumaat masih hujan lagi. Dah mula risau sebab air senang naik dekat beberapa kawasan. Dekat Seksyen U5 ni mungkin tak lah sebab kawasan tinggi tapi dengan construction sana sini tak mustahil ada longkang tersumbat ke apa.
Masa hujan tu nampak lah ada beberapa post yang perfectly describe scene dalam movie Parasite where it's a lazy weather meanwhile rumah orang lain dah tenggelam dalam banjir. Kawasan Shah Alam naik air sampai banyak kawasan tenggelam. Ada yang stranded dekat highway, ada yang stuck dekat rumah bila air dari Sungai Klang naik.
Bila tengok Twitter banyak updates pasal tempat yang banjir especially Taman Sri Muda sebab kawasan tu luas dan dekat dengan sungai. Sepanjang hari Sabtu tu memang melekat dekat Twitter je sebab tolong RT semua pusat penempatan sementara then monitor perkembangan semasa. Nak tidur pun risau bila jadi bencana macam tu.
Dalam masa yang sama maki kerajaan jugak sebab diorang boleh pergi event tak penting siap tembak bunga api lagi. Jam 11 malam kata nak buat press conference tapi tunda sampai 53 minit hanya untuk cakap jangan bimbang?
Siapa tak bimbang kalau hujan tak berhenti, air empangan nak melimpah, bot pula tak ada untuk kerja-kerja pengasingan? Selangor jarang banjir dan kawasan industri jadi mana sukarelawan nak cari bot? Decathlon dah keluarkan notis supaya tak beli bot, kayak dan jaket keselamatan dari semua outlet sebab Decathlon nak guna untuk kerja-kerja menyelamat di kawasan yang terkesan dengan bencana.
Sama juga dengan Sunway Lagoon dah keluarkan pelampung, bot, life jacket dengan payung untuk bantu penduduk di kawasan Kuala Lumpur. Lega sikit bila tahu KL ada Smart Tunnel yang berfungsi dengan baik jadi banjir tu tak teruk macam Selangor.
Banjir dekat Lembah Klang ni menakutkan sebab buaya dengan ular pun keluar. Ada beberapa rumah elektrik meletup atau pencawang tumbang mengakibatkan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik. Bahaya untuk berenang dalam air sebab takut dengan risiko-risiko ni. The only way minta bantuan melalui social media dengan bagi koordinat kawasan.
Pagi Ahad rasa lega sikit sebab hujan dah berhenti tapi angin masih lagi kuat dan mungkin akan hujan balik. Air dekat kawasan Shah Alam dah mula surut, sama juga dengan kawasan di Kampung Melayu Subang. Bila dapat tweet waspada untuk hujan dan bekalan elektrik akan terputus, kitorang pergi beli stok makanan kecemasan dan lilin. Tapi lilin tak ada jadi terpaksa beli scented candle dengan lampu suluh. Bateri pun beli buat stok.
Bila dah siang baru nampak keadaan kawasan sekitar rumah. Nusa Subang ni dekat depan rumah je. Bahagian ni yang paling teruk sebab tanah jadi lembab dan bergerak. Kesian owner rumah ni sebab rumah dah mula senget.
Jalan ni dah ditutup tapi ada jugak yang degil nak lalu dekat sini walaupun ada penghadang. Dekat tepi jalan pun banyak pokok tumbang terutamanya dekat sempadan tanah RISDA sebab tanah merah runtuh ke jalan. Jalanraya pun banyak yang berlubang sebab tanah mendap. Sepanjang jalan ke Skypark dan Oasis pun sama, banyak jalan yang berlubang dalam. Bahaya kalau malam sebab tak nampak lubang tu.
Pagi Ahad tu pun dapat mesej dari makcik minta tolong sebab diorang terperangkap di Paya Jaras. Datang ke kenduri dekat situ tapi banjir pula. Memang risau lah sebab tak kenal siapa dekat Paya Jaras. Nak pergi sana pun tak dapat sebab air naik sampai ke dada. Boleh bagi nombor telefon makcik kepada sukarelawan untuk hantar ke PPS Paya Jaras.
Sama macam Sabtu, masih lagi tak dapat tidur sebab kawasan Taman Sri Muda belum habis lagi aktiviti pengasingan. Paling sedih bila PM dah keluar statement yang proses penempatan dah dikira selesai pada jam 5.30 petang padahal MB Selangor dengan Syed Saddiq stay sampai jam 4 pagi dekat sana. NGO bergaduh dengan badan penyelamat kerajaan sebab diorang tak boleh masuk dalam. Nak kena isi form dulu baru boleh masuk. Merepek!
Masa nampak tweet yang Kampung Melayu Subang perlukan pakaian dengan tuala, terus isi dalam kotak semua baju yang dah lama tak pakai dan beberapa helai tudung dan tuala. Boleh bantu banyak ni je sebab memang ada dekat rumah. Dalam 6 kotak jugak lah kami bagi dekat Dewan MBSA tu supaya boleh bantu serba sedikit mangsa banjir yang terjejas. Masa pergi tu jalan memang gelap sebab dah pukul 12 malam dengan jalan dah rosak lagi. Slow je drive kereta masa tu. Sepanjang jalan tu nampak banyak perabot yang terpaksa dibuang sebab rosak lepas banjir.
Memandangkan dah dapat gaji awal dengan imbuhan dari RRM, Insya-allah akan disalurkan kepada mangsa bencana yang memerlukan. Tak banyak tapi boleh lah nak tolong serba-sedikit sementara kerajaan keluarkan dana bantuan lebih besar. Sedih tengok keadaan pasca banjir sebab kesan dia dah macam dilanda tsunami. Kawasan Sri Muda, Hulu Langat, Kuala Langat, Dengkil semuanya terjejas teruk.
Sedih tapi dalam masa yang sama happy bila tengok semua bersatu tak kira bangsa, kaum dan agama jadi sukarelawan sampai ada yang ambil unpaid leave untuk membantu. Bukan area Lembah Klang je tapi dari negeri-negeri lain juga. Semoga yang terkesan dengan bencana ni diberikan kekuatan dan ketabahan hadapi ujian. Yang mana dapat bantu Insya-Allah rakyat Malaysia sama-sama bantu.
Semoga dipermudahkan urusan mereka yg memberi bantuan dan diberi ganti yg lebih baik kepada mangsa banjir, sebak tengok gambar sukarelawan tu.
ReplyDeletesedih baca update banjir kat selangor. negeri lain banjir tak pernah dgr lagi cerita orang terkandas sampai 3 hari bantuan tak kunjung tiba. selangor paling moden tapi something wrong dgn sistem, kerajaan gagal. rakyat pula yg terpaksa cari alternatif sendiri bantu sesama sendiri.
ReplyDeleteAllahu takutnya tengok rumah tu dah senget betul.
ReplyDeleteTahniah kerana usaha membantu mangsa banjir
press conference cakap tu je? nasib baik tak tengok, kalau tak boleh mengundang marah. apa pun pujian untuk rakyat yang perihatin. hulu langat sampai tutup jalan sebab ramai sangat orang naik nak bagi bantuan dan tolong kemas rumah lepas banjir
ReplyDeleteTerlalu banyak kejadian sampai terbawa-bawa saya dengan perasaan sedih
ReplyDeletebetul apa yang orang tulis, rakyat jaga rakyat...
ReplyDeletememang perasan kerajaan agak slow, nadma tu macam tak nampak apa fungsi geram sangat...
kita bantu apa yang patut ya dik
Banjir yang sangat teruk.. Tu pun ada yang masih menunding jari..
ReplyDeleteTapi paling best tengok bila rakyat terus bantu rakyat walau apa pun bangsa..
semoga Allah permudahkan semua urusan mangsa banjir dan juga sukarelawan yang menolong.. Aamiin..