Director : Hernán Jiménez
Writer : Danny Mackey, Rebecca Ewing
Cast : Nina Dobrev, Jimmy O. Yang, Darren Barnet, Heather McMahan
Production Company : Wonderland Sound and Vision
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 105 minutes
Release Date : 5 November 2021
Trailer:
Mengisahkan Natalie Bauer (Nina Dobrev) yang selalu bernasib malang dalam percintaan dan dari pengalaman tu semua, dia dapat kerja sebagai penulis artikel dalam kolum Disaster Date. Kawan baik dia, Kerry (Heather McMahan) cadangkan supaya luaskan lagi pencarian sebab dia cuma mencari di bandar Loas Angeles.
Natalie berjumpa dengan Josh Lin (Jimmy O. Yang) yang tinggal di Lake Placid, New York. Tak ambil masa yang lama pun untuk Natalie berkawan mesra dengan Josh sebab interest mereka lebih kurang sama. Bagi Natalie, biodata dan fizikal Josh menawan hati dia sampai dia sanggup pergi ke New York untuk buat kejutan sempena Krismas.
Boss Natalie, Lee (Matty Finochio) rasa idea untuk bagi kejutan tu mungkin akan jadi artikel menarik sebab Natalie akan kecewa teruk bila tengok siapa sebenarnya Josh. Dia tak kenal tapi dia dapat rasa yang Natalie akan kena game. Dah banyak dah kes catfish dekat dating apps.
Tepat seperti yang Lee jangka, Natalie kena game dengan Josh Lin bila muka dia jauh berbeza dengan gambar dalam dating profile. Gambar yang Josh guna adalah gambar kawan baik dia, Tag (Darren Barnet) yang popular di pekan tersebut. Natalie nak mengorat Tag dan minta bantuan Josh untuk ajar semua yang Tag suka. Dalam masa yang sama Natalie kena menyamar sebagai teman wanita Josh sebab satu family dah tahu Natalie datang Lake Placid untuk buat kejutan.
Jalan cerita Love Hard tak lah berat mana pun dan mudah untuk dijangka sebab template yang sama je pengarah Hernán Jiménez guna. Excited nak tengok pun sebab ada Nina Dobrev sebagai watak utama. Dari zaman Vampire Diaries memang suka tengok dia berlakon ataupun senyum sebab cantik dan comel at the same time.
Susah jugak nak accept Jimmy O. Yang sebagai hero sebab muka dia memang tak ada hero material pun. Memang totally nerd guy yang sesiapa pun takkan swipe kanan. Tapi memang senang lah nak tertawan dengan karakter dia sebab chemistry dan personality dia sama macam Natalie. Sesuai lah dengan fav quotes dia - "Great things are done by a series of small things brought together" dari Van Gogh.
Walaupun Tag handsome dan popular tapi susah nak nampak sparks tu bila ada scene bersama Natalie ataupun penulis sengaja tone down watak dia supaya tak nampak sebagai ancaman sangat kepada kisah cinta Natalie dan Josh.
‘You might not always get the ending you want, but you'll get the ending you need.’- Kerry
Sinematografi Love Hard meriah dengan hiasan perayaan Krismas terutamanya rumah Josh yang memang suka sambut Krismas setiap tahun. Wardrobe Nina Dobrev pun cantik, sesuai dengan cuaca musim sejuk. Scene keluarga Lin pergi menyanyi carol dekat rumah-rumah jiran tu menarik jugak lah tapi tak suka bila Josh buat keputusan drastik. Apa keputusan tu kena tengok lah dekat Netflix.
At first ingatkan tajuk movie Love Hard ni sebab jalan cerita dia yang menggambarkan kisah cinta Natalie dan Josh perlu lalui jalan yang sukar rupanya sebab gabungan favorite movies Natalie dengan Josh – Love Actually, Die Hard.
Jimmy O. Yang dah bagitahu ada sequel untuk Love Hard tapi tak pasti bila akan release, will it be during Christmas or just release it at any dates available. Hopefully jalan cerita Love Hard 2 lebih kemas dan babak kelakar betul-betul kelakar bukannya try hard especially untuk watak Owen Lin (Harry Shum Jr.) dengan isteri dia, Chelsea Lin (Mikaela Hoover).
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10
Best jugalah layan cerita romance ni
ReplyDeletebaru nak tengok. haha turn down la.
ReplyDeleteGambar-gambar babak dari filem yang Farhana share tu cantik sangat..
ReplyDelete